Hari Sabtu kami bertolak ke Melaka, sebab ayah ada perbincangan dengan saudara-mara terdekat untuk hari pertunangan Faruqi, adik bungsu ayah. Hari Ahad, terus ke Dusun Eco Resort di Bentong, Pahang. Ayah bersama student KTDI yang bakal dipilih untuk jadi AJK ada sesi orientasi. Antara aktiviti yang sempat ayah, Rayyan dan Sarah ikut bersama ialah canopy walk sepanjang 120 meter, flying fox 250 meter, mandi kolam (tak menten dan sejuk). Ummi dan Aisyah tak ikut sebab takut, Basel dan Hf kecil lagi. Yang tak sempat ikut sebab kami dah pergi antaranya berakit buluh, dan larian halangan ala askar.
Hari Selasa bertolak ke Seberang Prai sebab ayah ada kerja di situ, tinggal di Seaview Hotel. Ummi belikan Rayyan MP3 di salah satu kedai elektrik di bawah hotel.
Petang Rabu bertolak ke Perlis, tidur di Putra Palace Hotel di Kangar. Apa yang best tentang hotel ni ialah bilik yang luas dan selesa, dan kolam renang 3 kedalaman, untuk kanak-kanak, 3 kaki, dan dewasa ~ 6 kaki. Sarah paling aktif berenang merentas kolam tu. Sepanjang malam pula ayah tengok bola!!!! Malaysia lawan Indonesia 4-2 Piala Suzuki. Ummi bawak anak2 makan malam di luar.
Pagi Khamis 30 Dis baru pergi Matri hantar Aisyah dan Rayyan. Pukul 10 pagi kami dah bertolak balik ke Skudai sebab ayah kena pergi Filipina pukul 12 malam ni.
Canopy walk 120 meter

Tiada ulasan:
Catat Ulasan