Selasa, 18 Januari 2011

Everly Resort, Masjid Selat dan Perigi Hang Tuah

Hari Sabtu lepas, ayah ajak ke Melaka sebab ada kerja.  Ayah tinggalkan kami di Everly Resort, Tanjung Kling, sebab ayah ikut rombongan meminang untuk adik bungsu ayah, Faruqi.  Ayah terlambat bangun pagi tu, banyak benda tertinggal termasuklah kamera dan buah-buahan yang sepatutnya dibawa ke KL.

Ummi dan anak-anak buat apa lagi selain duduk dalam bilik atau sekitar kolam renang, sebab resort tu 20 minit berkereta dari bandar Melaka.  Kami duduk suite satu bilik.  Dulu dikenali sebagai Riviera Bay Resort, masa makteh masih kerja chef sekitar tahun 2002.  Dari beranda bilik, memang cantik betul pemandangan landscape kolam renang, dan nun jauh di depan dah nampak laut.  Memang puas budak-budak berenang terutama si Sarah.


Tengahari Ahad dah keluar, dan terus ke Masjid Selat yang terletak di tanah tambak, sebelah je dengan laluan Duck Tour semasa bertukar dari kereta ke bot.  Tapi tak naik la bot tu sebab tak cukup masa, dan tak cukup bilangan anak-anak.  Terjumpa blog ni yang ada banyak gambar Duck Tour.

Masjid Selat yang sejuk dan berangin

Dalam perjalanan menuju ke highway, kami ikut Jalan Semabuk dan ternampak papantanda Perigi Hang Tuah, Kampung Duyung.  Terus singgah ke situ.  Ayah kata itulah pertama kali dia ke situ.  Menurut sejarah, inilah kampung tempat Hang Tuah dilahirkan.  Perigi tu dikatakan digali oleh Hang Tuah sendiri, tapi semakin dibesarkan kemudian.  Airnya memang jernih dan tak kering walaupun musim kemarau.


Bentuk batu dinding perigi ni sama dengan batu-bata binaan di sekitar perkuburan lama di Tanjung Kling, dimana kubur Hang Tuah juga dikatakan ada di situ. 

Peta di bawah menunjjukan caea ke Kampung Duyong dari arah lebuhraya,


Jumaat, 14 Januari 2011

Update 30 Ogos 2012: Rayyan 16 Tahun

Ogos 2012: Gambar terbaru Rayyan bersama ayah dan sepupu2 lelaki semasa berusia 16 tahun. Rayyan baju merah kolar putih.  Helmi yang sebaya umurnya disebelah Rayyan, dah sama tinggi dengan ayah.



September 2010:  Gambar hariraya di Segamat.Rayyan yang berbaju ungu terang, lahir bulan November.  Masa ni umur Rayyan  14 tahun dan tingginya  hampir sama dengan ummi. Helmi berbaju hijau paling kanan,  sebaya Rayyan, lahir bulan September. Tapi Helmi memang sentiasa berbadan lebih besar dan tinggi dari Rayyan sejak baby lagi.




September 2008:  Rayyan 12 tahun berbaju pink cair berdiri paling kiri, Helmi dan ayah berbaju hitam.


Rabu, 12 Januari 2011

Kerja Rumah Pertama HF

Lepas seminggu di tadika, Hf dah boleh pergi sekolah tanpa disuruh-suruh lagi.  Cuma dia komplen aje apa pasal kejap je rehat (waktu pagi), dah kena mandi.

Hari Isnin lepas dia dapat kerja rumah pertama.  Kena ikut garisan putus-putus huruf kecil a, dan warnakan buah epal.  Hf ni sebenarnya kidal.  Tapi sebab dia tak reti pegang pensil, tak reti tulis 123 dan ABC lagi, cikgu tak perasan yang dia kidal.   Jadi cikgu latih dia menulis dengan tangan kanan.

Bila ummi tengok tangan kanan dia dan tulisan dia terketar2, ummi suruh dia tukar tangan kiri.  Tapi Hf tak nak, katanya cikgu ajar tangan kanan.  Alhamdulillah!!! Mudah-mudahan Hf mahir guna tangan kanan untuk menulis.  Insyaallah dengan latihan setiap hari, dia boleh buat.

Sabtu, 8 Januari 2011

Filipina 31 Dis 2010 - 7 Jan 2011

Ayah dah selamat balik ke rumah malam tadi.  Baru pukul 9 malam, tapi kami semua dah tertidur keletihan kecuali Hf yang asyik main kereta atas katil ummi.  Hf sambut ayah, dan kejut ummi dari tidur.

Di bawah ni gambar-gambar menarik sepanjang lawatan kerja ayah Davao, Filipina.

Sawah teres di kawasan pergunungan.  2 jam berjalan kaki untuk naik ke sini.

Rumah penduduk kampung

Telut balut yang banyak dijual di  sepanjang jalan

 Pelajar yang berani sahut cabaran


Ayah bawak balik 3 set Ferraro Roche, walaupun tak dipesan.  Tekak ummi rasa tersekat, tak boleh nak makan sebab teringat kat Rayyan dan Aisyah.  Diaorang berdua yang pesan coklat tu masa ayah ke New Zealand.  Ummi nak poskan kat budak berdua tu, tapi cemana nak pastikan coklat tu tak cair di perjalanan?

Jumaat, 7 Januari 2011

HF Meraung Hari Pertama Sekolah Tadika

Minggu ni adalah minggu yang paling sibuk.   Mana taknya, budak-budak mula sekolah serentak dengan UTM mula semester baru.  Ayah pulak dah 3 hari ke luar negara.

Hari pertama sekolah, Sarah masuk 7 am, Basel 7.15 am, dan Hf tadika 8 am. 

Walaupun mata ummi mengantuk sangat sebab tak cukup tidur, ummi pastikan pukul 5 am dah terjaga.  Kejut Sarah dan Basel, semua terus mandi, pakai baju  dan solat.  Ummi cuba bakar roti pakai microwave + oven yang baru dibeli dengan harga RM500 tu.

Pukul 6 pagi, semua dah siap. Awal lagi, ummi tidur dulu, pesan kat budak2 6.30 am kang kejut.  Lena betul ummi tidur, masa nak bawak budak2 pergi tu macam mamai2 je.  Si Hf dah lama terjaga dan ikut sama pakai baju tidur dia tu.

Pukul 6.45 am sampai sekolah Sarah di SJKC Kangkar Pulai.  Patah balik arah Skudai untuk hantar Basel ke sekolah agama UTM.  Jem yang teramat sangat, pukul 7.12 am baru sampai sekolah Basel ... sempat-sempat je.   Balik rumah, nak mandikan Hf.  Hf langsung tak nak bergerak, tak nak pergi sekolah.  Dia lah satu-satunya anak kami yang tak nak pergi sekolah.  Apasal tah.

Kena dukung ke bilik air.  mandikan, gosokkan gigi.  Dukung lagi ke atas katil.  Dia betul2 batukan diri.  Tak mau pakai baju sekolah. Cikgunya dah pesan pakai je baju biasa.  Sebabnya masa register hari tu, dia ikut sekali.  Masa cikgu keluarkan baju sekolah, dia menjerit cakap tak nak pakai baju tu.  Ummi bawak Hf ke sekolah, kena dukung dia masuk kelas sebab dia batukan diri lagi.

Dia menangis2 masa ummi dukung ke kelas. Lama jugak pujuk, tetap tak jalan.  Lepas setengah jam,  ummi kena pergi.  Dia tarik baju dan tudung ummi, sambil dua2 kaki kepit rapat badan ummi, suara dia menjerit masa tu boleh bergegar anak telinga.  Cikgu Angeline yang berbadan besar pun gigih usaha nak ambik dia dari ummi.  Isssh malu betul tengok budak2 lain semua elok je duduk tunggu nak belajar.

Lepas 3 hari, alhamdulillah dia dah suka nak ke sekolah, dah nak pakai baju, tiap kali ummi ambik, dia asyik senyum aje.  Ummi tanya apasal, katanya ada budak perempuan.  Hf suka bila dia buat funny faces, ada budak perempuan yang tergelak.

Ummi pula, ya Allah, penat sangat.  Hari pertama di ofis, sibuk dengan pelajar yang lambat register, sibuk uruskan hal makmal diaorang.  Kelas hari Isnin ummi dah termiss.  Harap budak2 tu faham.  Pukul 9 am, kena ambik Basel dari sekolah, 12 pm ambik Hf pulak, 1.30 pm hantar Basel ke SJKC, terus ambik Sarah balik rumah.  Pukul 2 pm hantar Sarah sekolah agama, 3.30 pm ambik Sarah dari sekolah agama.  5 pm ambik Hf dari baby sitter, 6.30 pm ambik Basel dari sekolah.  Lepas Maghrib ummi collapsed, terus tertidur.  Pesan kat budak2 tu mesti tidur pukul 9 pm.  Tak sure malam tu kami makan apa ... pandai2 la budak2 cari sendiri agaknya. 

Ummi bangun 4.30 am esoknya, siapkan kerja ofis yang masih banyak lagi. 5.30 am kejutkan budak2 bangun dan ulang aktiviti di atas untuk hari kedua.  Notebook ummi jem, entah student mana yang tekan sana sini, habis  jem dah tak nak bergerak.  Hari ke 3 banyak urusan tertangguh sebab tak dapat access dokumen dalam notebook.  Student dah berlonggok kat depan ofis ummi.  Ummi usaha belajar balik camne guna arahan keyboard untuk gerakkan komputer.

Hari Rabu, hari ketiga minggu ni, adalah hari yang paling stress bagi ummi. Sampai ummi menangis sepuasnya dalam kereta masa nak ambik Hf dari sekolah.  Ummi bangun 4.30 am solat hajat, mintak bantuan dari Allah cemana nak selesaikan masalah ummi.  Alhamdulillah hari ni idea datang mencurah2 nak selesaikan masalah, dan malam ni ummi dah free, sebab semua urusan dah selesai.  Walau notebook ummi masih jem, tapi ummi dah berjaya pindahkan semua dokumen penting ke komputer lain dan dapat sambung kerja dengan teratur.