Selasa, 18 Januari 2011

Everly Resort, Masjid Selat dan Perigi Hang Tuah

Hari Sabtu lepas, ayah ajak ke Melaka sebab ada kerja.  Ayah tinggalkan kami di Everly Resort, Tanjung Kling, sebab ayah ikut rombongan meminang untuk adik bungsu ayah, Faruqi.  Ayah terlambat bangun pagi tu, banyak benda tertinggal termasuklah kamera dan buah-buahan yang sepatutnya dibawa ke KL.

Ummi dan anak-anak buat apa lagi selain duduk dalam bilik atau sekitar kolam renang, sebab resort tu 20 minit berkereta dari bandar Melaka.  Kami duduk suite satu bilik.  Dulu dikenali sebagai Riviera Bay Resort, masa makteh masih kerja chef sekitar tahun 2002.  Dari beranda bilik, memang cantik betul pemandangan landscape kolam renang, dan nun jauh di depan dah nampak laut.  Memang puas budak-budak berenang terutama si Sarah.


Tengahari Ahad dah keluar, dan terus ke Masjid Selat yang terletak di tanah tambak, sebelah je dengan laluan Duck Tour semasa bertukar dari kereta ke bot.  Tapi tak naik la bot tu sebab tak cukup masa, dan tak cukup bilangan anak-anak.  Terjumpa blog ni yang ada banyak gambar Duck Tour.

Masjid Selat yang sejuk dan berangin

Dalam perjalanan menuju ke highway, kami ikut Jalan Semabuk dan ternampak papantanda Perigi Hang Tuah, Kampung Duyung.  Terus singgah ke situ.  Ayah kata itulah pertama kali dia ke situ.  Menurut sejarah, inilah kampung tempat Hang Tuah dilahirkan.  Perigi tu dikatakan digali oleh Hang Tuah sendiri, tapi semakin dibesarkan kemudian.  Airnya memang jernih dan tak kering walaupun musim kemarau.


Bentuk batu dinding perigi ni sama dengan batu-bata binaan di sekitar perkuburan lama di Tanjung Kling, dimana kubur Hang Tuah juga dikatakan ada di situ. 

Peta di bawah menunjjukan caea ke Kampung Duyong dari arah lebuhraya,


2 ulasan:

  1. hang tuah dilahirkan di riau. datang ke melaka bila bapanya hang mahmud dan ibunya dang merdu berpindah ke negeri melaka. kerana pada masa itu melaka baru dibuka dan menjadi tumpuan pedagang.

    BalasPadam
  2. saya merujuk pada sukatan pelajaran Malaysia - Hang Tuah lahir di Kg Duyung, Melaka

    BalasPadam