Lepas seminggu di tadika, Hf dah boleh pergi sekolah tanpa disuruh-suruh lagi. Cuma dia komplen aje apa pasal kejap je rehat (waktu pagi), dah kena mandi.
Hari Isnin lepas dia dapat kerja rumah pertama. Kena ikut garisan putus-putus huruf kecil a, dan warnakan buah epal. Hf ni sebenarnya kidal. Tapi sebab dia tak reti pegang pensil, tak reti tulis 123 dan ABC lagi, cikgu tak perasan yang dia kidal. Jadi cikgu latih dia menulis dengan tangan kanan.
Bila ummi tengok tangan kanan dia dan tulisan dia terketar2, ummi suruh dia tukar tangan kiri. Tapi Hf tak nak, katanya cikgu ajar tangan kanan. Alhamdulillah!!! Mudah-mudahan Hf mahir guna tangan kanan untuk menulis. Insyaallah dengan latihan setiap hari, dia boleh buat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan