Selasa, 27 Disember 2011

PMR Rayyan dan Kaki HF

Sejak Rayyan balik bercuti ni, dia selalu bawa Hf naik basikal.  Selalunya ok, seronok aje Hf membonceng basikal Rayyan.  Tapi 5 hari lepas, kaki Hf termasuk dalam rim basikal semasa basikal bergerak.  Ummi tengok darah keluar banyak sangat dan ada luka besar, terus rasa nak pengsan.  Ummi dukung masuk rumah dan tekap luka tu dengan sapu tangan.  Syukurlah ayah ada, sebab dia tak mudah panik. Ayah dan Rayyan bawa Hf ke emergency room kat klinik UTM, ummi ada kelas dan tak dapat ikut.  Ayah kata, sikit lagi nak kena urat keting yang sekiranya putus ...

Sejak masuk rumah baru ni, kaki Hf masih belum pulih jadi duduk ajelah kat atas sofa.  Ke mana-mana ummi tolak dalam stroller, fuhh nasib baik badan dia kecik macam umur 3 tahun.

Pada 22 Disember, Rayyan dapat keputusan PMR, 7A 1B 1D.  B untuk Agama dan D untuk bahasa Arab.  Rayyan dah cuba yang terbaik, mudah-mudahan dia dapat terus cemerlang sehingga bila-bila. .

Jumaat, 23 Disember 2011

Pindah Balik Ke Pulai Indah

Ayah dah resign pengetua KTDI, tapi cuba mohon fellow KTGB.  Belum dapt jawapan.  Kami dah kena keluar dari KTDI bulan ni.  Jadi kami bayar bil air yg enam ratus lebih tu, dan baik pulih rumah yang dah 4 tahun ditinggalkan ni.

Malam ni malam kedua kami tidur di Pulai Indah, tapi barang belum habis dipindahkan.  Kami bawa sikit2 barang yg boleh angkut dengan kereta, sebab lori mungkin hari Sabtu ni baru dapat.   Bulan ni sibuk betul sebab semester dah nak habis dan banyak sillibus nak dihabiskan.  Kesian budak-budak yang bercuti, tak dapat jalan sana sini kecuali yg kebetulan masa pergi  majlis kenduri kawin.  baju sekolah pun ummi belum belikan.  Syukurlah peralatan sekolah dah beli masa mula2 cuti hari tu.

Penat sangat kemaskan barang dan kemaskan rumah.

Dulu Pulai Indah ni banyak anjing liar dari kebun orkid di belakang kawasan perumahan.  Rupa-rupanya selepas 4 tahun kami tinggalkan, anjing liar semakin banyak terutama di belakang rumah kami.  Jiran kami yang pindah masuk semasa kami tiada, suka memberi makan kepada anjing2 tersebut.  Jadi anjing2 tu bersepah2 di luar rumah dia, dan kadang2 kencing berak di luar pagar rumah kami.  Stress tapi tak tau nak buat apa.  Anak2 pun tak boleh main kat luar tanpa orang dewasa, takut jadi apa-apa yang tak baik sebab anjing tu sangat2 garang dan liar. 

Satu lagi masalah lama yang tak selesai ialah lalat yang sangat banyak.  Masa kami kat KTDI, memang jarang nampak lalat masuk rumah.  Kalau ada pun kat kawasan belakang rumah, tempat ummi buang sampah2 organik.  Tapi kat sini, panas sikit je, terus meluru lalat datang.  Kertas lalat tu kejap aje dah gelap penuh dengan lalat mati.

Khamis, 8 Disember 2011

Strawberi Membiak dan Berbunga

Kami beli sepasu pokok strawberi 3 bulan lepas di Pesta Flora Putrajaya.   Masa tu strawberi tengah berbuah 3 biji, dan penjual nasihatkan mesti siram dengan air ais supaya pokok berbunga.

Pasu strawberi tu digantung di bawah atap porch kereta.  Semakin hari semakin uzur dan mengecil macam nak mati.  Nasihat penjual supaya siram dengan ais tak pernah ikut sebab ais pun tak pernah buat.  Takat siram dengan air biasa je.  2 bulan lepas, sebelum strawberi tu mati, usaha terakhir pun dilakukan.   Kebetulan hujan turun, dan air hujan memang sangat sejuk seperti ais.

Maka pasu strawberi pun digantung pada ranting pokok.  Alhamdulillah selepas 2-3 kali disiram air hujan, pokok strawberi kembali subur.   Bukan saja tumbuh subur, membiak lagi dengan sulur yang keluar dari celah batang dan daun-daunnya.   Sehingga hari ni, anak2 pokok strawberi dah 3 pasu, dan sulur2 baru dihalakan ke pasu2 itu aje sebab belum beli pasu baru.

Pokok asal pula berbunga lagi setelah diberi makan baja tahi ayam.  3 kuntum bunga keluar, tapi buah pertama membusuk.  Agaknya sebab dibiarkan berpanas berhujan macam asal.  Jadi pasu berbunga dialihkan semula ka bawah porch untuk berlindung.  Alhamdulillah 2 bunga tu menjadi buah, masih kecil lagi.  Cuma buah tu   tak cantik macam kat Cameron Highland.   Tak cukup vitamin ke?  Kena cari ilmu nak dapat buah cantik pula.

Pokok induk sudah berbunga

Update:  kira2 sebulan keluar bunga, akhirnya buah strawberi yang asalnya hijau muda bertukar warna merah dalam masa sehari je.  Basel yang merasa buah tu kata rasanya manis, tak masam seperti yg dibeli di Jaya Jusco. 

Budak bertuah yang dapat merasa buah strawberi masak

Update:  Januari 2012
Pokok straw beri yang sama dah berbunga buat kali kedua.  Kali ni 3 kuntum bunga keluar satu demi satu.  Buah yang pertama masak pada bulan Februari 2012 dan buah yang ketiga masak 2 minggu kemudian.  Kali ni buah2 strawberi tu agak besar sikit dan bentuk pun dah cantik.



Kali ni giliran Hf pula dapat makan strawberi

Anak pokok strawberi dalam pasu kedua sudah berbunga.


Di Sydney ummi  ada hampir 200 pokok strawberi.  Ummi catat  perkembangan strawberi dari 2016 di sini: Tanam Strawberi di Sydney