Ayah dah resign pengetua KTDI, tapi cuba mohon fellow KTGB. Belum dapt jawapan. Kami dah kena keluar dari KTDI bulan ni. Jadi kami bayar bil air yg enam ratus lebih tu, dan baik pulih rumah yang dah 4 tahun ditinggalkan ni.
Malam ni malam kedua kami tidur di Pulai Indah, tapi barang belum habis dipindahkan. Kami bawa sikit2 barang yg boleh angkut dengan kereta, sebab lori mungkin hari Sabtu ni baru dapat. Bulan ni sibuk betul sebab semester dah nak habis dan banyak sillibus nak dihabiskan. Kesian budak-budak yang bercuti, tak dapat jalan sana sini kecuali yg kebetulan masa pergi majlis kenduri kawin. baju sekolah pun ummi belum belikan. Syukurlah peralatan sekolah dah beli masa mula2 cuti hari tu.
Penat sangat kemaskan barang dan kemaskan rumah.
Dulu Pulai Indah ni banyak anjing liar dari kebun orkid di belakang kawasan perumahan. Rupa-rupanya selepas 4 tahun kami tinggalkan, anjing liar semakin banyak terutama di belakang rumah kami. Jiran kami yang pindah masuk semasa kami tiada, suka memberi makan kepada anjing2 tersebut. Jadi anjing2 tu bersepah2 di luar rumah dia, dan kadang2 kencing berak di luar pagar rumah kami. Stress tapi tak tau nak buat apa. Anak2 pun tak boleh main kat luar tanpa orang dewasa, takut jadi apa-apa yang tak baik sebab anjing tu sangat2 garang dan liar.
Satu lagi masalah lama yang tak selesai ialah lalat yang sangat banyak. Masa kami kat KTDI, memang jarang nampak lalat masuk rumah. Kalau ada pun kat kawasan belakang rumah, tempat ummi buang sampah2 organik. Tapi kat sini, panas sikit je, terus meluru lalat datang. Kertas lalat tu kejap aje dah gelap penuh dengan lalat mati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan