Kami beli sepasu pokok strawberi 3 bulan lepas di Pesta Flora Putrajaya. Masa tu strawberi tengah berbuah 3 biji, dan penjual nasihatkan mesti siram dengan air ais supaya pokok berbunga.
Pasu strawberi tu digantung di bawah atap porch kereta. Semakin hari semakin uzur dan mengecil macam nak mati. Nasihat penjual supaya siram dengan ais tak pernah ikut sebab ais pun tak pernah buat. Takat siram dengan air biasa je. 2 bulan lepas, sebelum strawberi tu mati, usaha terakhir pun dilakukan. Kebetulan hujan turun, dan air hujan memang sangat sejuk seperti ais.
Maka pasu strawberi pun digantung pada ranting pokok. Alhamdulillah selepas 2-3 kali disiram air hujan, pokok strawberi kembali subur. Bukan saja tumbuh subur, membiak lagi dengan sulur yang keluar dari celah batang dan daun-daunnya. Sehingga hari ni, anak2 pokok strawberi dah 3 pasu, dan sulur2 baru dihalakan ke pasu2 itu aje sebab belum beli pasu baru.
Pokok asal pula berbunga lagi setelah diberi makan baja tahi ayam. 3 kuntum bunga keluar, tapi buah pertama membusuk. Agaknya sebab dibiarkan berpanas berhujan macam asal. Jadi pasu berbunga dialihkan semula ka bawah porch untuk berlindung. Alhamdulillah 2 bunga tu menjadi buah, masih kecil lagi. Cuma buah tu tak cantik macam kat Cameron Highland. Tak cukup vitamin ke? Kena cari ilmu nak dapat buah cantik pula.

Pokok induk sudah berbunga
Update: kira2 sebulan keluar bunga, akhirnya buah strawberi yang asalnya hijau muda bertukar warna merah dalam masa sehari je. Basel yang merasa buah tu kata rasanya manis, tak masam seperti yg dibeli di Jaya Jusco.
Budak bertuah yang dapat merasa buah strawberi masak
Update: Januari 2012
Pokok straw beri yang sama dah berbunga buat kali kedua. Kali ni 3 kuntum bunga keluar satu demi satu. Buah yang pertama masak pada bulan Februari 2012 dan buah yang ketiga masak 2 minggu kemudian. Kali ni buah2 strawberi tu agak besar sikit dan bentuk pun dah cantik.
Kali ni giliran Hf pula dapat makan strawberi
Anak pokok strawberi dalam pasu kedua sudah berbunga.
Di Sydney ummi ada hampir 200 pokok strawberi. Ummi catat perkembangan strawberi dari 2016 di sini: Tanam Strawberi di Sydney
Tiada ulasan:
Catat Ulasan