Sejak Rayyan balik bercuti ni, dia selalu bawa Hf naik basikal. Selalunya ok, seronok aje Hf membonceng basikal Rayyan. Tapi 5 hari lepas, kaki Hf termasuk dalam rim basikal semasa basikal bergerak. Ummi tengok darah keluar banyak sangat dan ada luka besar, terus rasa nak pengsan. Ummi dukung masuk rumah dan tekap luka tu dengan sapu tangan. Syukurlah ayah ada, sebab dia tak mudah panik. Ayah dan Rayyan bawa Hf ke emergency room kat klinik UTM, ummi ada kelas dan tak dapat ikut. Ayah kata, sikit lagi nak kena urat keting yang sekiranya putus ...
Sejak masuk rumah baru ni, kaki Hf masih belum pulih jadi duduk ajelah kat atas sofa. Ke mana-mana ummi tolak dalam stroller, fuhh nasib baik badan dia kecik macam umur 3 tahun.
Pada 22 Disember, Rayyan dapat keputusan PMR, 7A 1B 1D. B untuk Agama dan D untuk bahasa Arab. Rayyan dah cuba yang terbaik, mudah-mudahan dia dapat terus cemerlang sehingga bila-bila. .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan