Dua minggu lepas ayah di KL selama seminggu. Ummi gunakan peluang ini untuk crash diet sebab nak jump start, nak ringankan badan dulu. Pagi-pagi ummi sarapan asam laksa di Meranti. Tengahari cuma
makan sebiji epal hijau. Malam makan epal hijau lagi. Cuma air nescafe
3-1 tu aje ummi tak boleh tinggalkan. Pagi petang malam, tetap ambil.
Tapi ummi ambil separuh peket aje sebab nak kurangkan gula. Untuk
pekatkan air, ummi tambah serbuk nescafe dan susu Anelen.
Update Minggu 1: 1 - 7 Oktober 2012
Lepas seminggu berat ummi dah 58 kg. Masyaallah, gembiranya rasa. Cuma
perubahan berat tu tak nampak kat badan. Ummi rasa teruja sangat nak diet lagi.
Ayah balik weekend tu. Diet terus hilang. Sarapan, tengahari dan malam
balik macam biasa. Tapi pagi Ahad 7 Oktober kami pergi jogging kat Hutan
Bandar MPJBT. Ummi rasa badan dah ringan sikit, cuma pergelangan kaki
sangat sakit sebab 1st time berjalan jauh. . Tapi alhamdulillah ummi dah boleh berjalan kaki, dulu langsung tak berdaya.
Update Minggu 2: 8-14 Oktober 2012
Berat badan ummi dah naik 59 kg. Mungkin sebab dah hentikan crash diet. Sebelum pergi kerja pada hari Isnin, ummi minum secawan milo, dan ajak Basel temankan jogging di Tasik Pulai Indah. Kami berjalan kaki dari rumah. 2 minggu lepas masa temankan anak2 ke situ, anak2 je yang berjogging. Ummi duduk je kat tepi tasik sebab badan berat dan penat berjalan 1 km dari rumah.
Tapi kali ni ummi dapat keliling tasik 3 kali, dan ummi langsung tak rasa penat. Anggaran satu pusingan tasik = 1km. Ummi dah dapat jalan kaki pantas 3 km!!!! Tahniah untuk diri sendiri!!!! Ummi langsung tak rasa haus, lapar atau penat. Sangat2 berbeza dari dulu.
Pagi Selasa dan Rabu ummi teruskan jalan kaki 3 km keliling tasik. Tapi hari Khamis dan Jumaat tak dapat teruskan sebab banyak kerja dan kena berkejar ke ofis sebelum pukul 7 pagi. Pergelangan kaki ummi sakit sangat sepanjang 3 hari tu, tapi ummi tahankan sebab nak sihat. Alhamdulillah semasa rehat selama 2 hari, kaki ummi dah pulih.
Psgi Sabtu ummi ajak anak2 pergi pusing tasik lagi. Kali ni ummi dapat jalan 7 pusingan = 7 km. Anak2 memang banyak tenaga, asyik berlari je. Tapi mereka juga cepat penat dan asyik berehat. Ummi berjalan tanpa henti dan berharap sangat berat ummi akan turun semula.
Alhamdullillah kali ni ummi dah tau cara berjalan tanpa sakitkan pergelangan kaki. Kena jalan pantas tapi langkah kecil2. Minggu lepas ummi jalan langkah besar, sebab itu agaknya kaki ummi sakit. Ummi cuba berjogging, tapi tekanan yang kuat semasa kaki ummi mendarat di atas tanah sangat sakit, jadi ummi berjalan kaki sahaja, langkah kecil tapi pantas.
Tapi balik rumah anak2 semua lapar, jadi beli kuih dan nasik lemak di warung depan. Ummi pun termakan sama. Sad.
Pagi Ahad ummi ajak anak2 temankan ke hutan bandar MPJBT lagi. Kami bertolak pukul 6.30 pagi, sampai pukul 7 pagi. Subuh masuk awal, dan orang ramai sangat dah sampai lebih awal dari kami. Alhamdulillah dapat juga parking. Cantik betul hutan bandar ni, ada pondok2 tradisional dari kayu berukir. Sangat cantik untuk sesi bergambar.
Kali ni jogging ada banyak masalah. Baru satu pusingan, anak2 dah bosan. Kaki ummi pula tersalah langkah dan tiba2 sakit sangat dipergelangan. Jadi ummi cuma boleh berjalan perlahan. Lagilah mereka bosan. Nak berpisah dari ummi tak boleh sebab hutan bandar ni besar sangat dan orang terlalu ramai. Memang takkan jumpa kalau terpisah.
Bila si Sarah dan Hf dah mula bergaduh, ummi kena balik rumah je. Sampai pasar tani pukul 8 pagi, ummi beli barang2 dapur.
Ayah berada di gunung Yong Belar sejak hari Jumaat.
Update Minggu 3: 15-21 Oktober 2012
Hari Isnin, berat masih 59 kg. Pagi ni pergi lagi tasik, tapi pergi sorang2 sebab Basel ada hw masih tak siap. Kaki masih sakit dari semalam. Pergi agak lambat sebab nak siapkan anak2 pergi sekolah, kemudian kemas dapur. Pukul 8 pagi baru keluar rumah, dah agak panas.
Di tasik cuma ada sorang apek dan 2 pemotong rumput. Apasal tak ramai orang, adakah sebab dah terlewat atau sebab hari Isnin.
Jalan keliling tasik habis satu pusingan. Apek dah balik. Sorang pemotong rumput berehat pulak duduk2 tepi tasik kat bawah pokok, agak menakutkan. Kalau kena tarik, tak sapa pun tau.
Pergi ke taman berdekatan berhampiran tepi jalan raya. Panasnya kat situ maklum pokok baru setinggi orang dan dahan pun kurus2 lagi. Nak cuba jogging.
Kena panaskan badan, cuba semua jenis senaman pemanas badan yg dapat diingat masa anak2 belajar renang dulu. Tegangkan kaki, tangan, pinggang, peha, kepala, semualah. Tapi buat random aje, sebab dah ingat2 lupa step.
Teruskan jogging. Ya Allah, baru 200 meter mata dah berpinar dan kepala dah pusing. Cuaca dah mula panas. Macam nak pitam. Tapi alhamdulillah kaki tak sesakit semalam. Dengan segala kudrat, cuba teruskan hingga habis 1 km jogging sekitar taman tu je. Tapi setiap 200 meter memang akan berehat, berjalan2 sampai pening kepala dah hilang. Lepas tu baru sambung balik. Tak berani nak duduk terus sebab takut terus pitam.
Kalau tengok sengsaranya ummi sekarang, tak sangka zaman muda2 dulu ummi pelari 100 dan 400m.
Insyaallah besok nak sambung jogging lagi. Berat tak turun, kena jaga makan oii.
Selasa: Ummi cuba keluar awal. 6.45 am hambat Hf masuk bilik air mandi. Sedakan sarapan dan kelengkapan sekolah letak depan pintu. Pesan kat budak2 tunggu ayah balik, ummi nak pergi jogging. Biasanya ayah akan sampai dari sekolah Sarah dalam 7.10 am.
Sampai tasik, tak ada orang. Jadi ummi jogging kat tempat semalam. Tapi hari ni sangat panas, baru 7.30 pagi, matahari dah tinggi memancar. Ummi rasa penat sangat, baru jogging 500m. Lagi 500 m ummi cuma dapat berjalan je.
Rabu: ummi keluar rumah agak awal, 6.45 am. Basel dan Hf nak ikut jugak. Sampai2 aje Hf nak buang air kecil. Baru 1/2 jam kat sana, nak buang air besar pulak. 7.30 kami dah sampai balik rumah. Terus bersiap untuk ke sekolah. Ummi dapatkan senarai makanan dengan jumlah kalori dari internet. Untuk berat badan ummi, kalau nak kurus, kena makan kurang dari 1200 kalori sehari. Dapat 800 meter aje.
Khamis: nak keluar cepat, tapi lepas siapkan sarapan dan anak2 sekolah, pukul 6.45 am jugak yg paling awal ummi boleh keluar. Alhamdulillah hari ni dapat 1 km jog+jalan. Hf nak ikut tapi kasutnya basah kena air hujan. Ummi bawak penyembur air sebab takut anjing liar sepanjang jalan.
Dah 3 hari ummi makan kiwi sebelum berjogging, ok dapat tenaga. Kiwi cuma 46 kalori aje.
Jumaat ummi sakit duduk rumah je.
Pagi Sabtu satu keluarga pergi Hutan Bandar JB, ummi jalan kaki 5km. Mula2 ayah jaga budak2 main air, pastu turn ummi jaga, ayah pula pergi jalan kaki.Tapi ayah jalan sikit je sebab kaki dia masih sakit lepas panjat Gunung Yong Belar minggu lepas.
Update Minggu 4: 22-28 Oktober 2012
Isnin: Berat masih 59 kg, tak berkurang sekilo pun, sebab makan tak diet pun. Kesan buruk hasil berjogging setiap pagi ...muka ummi dah gelap. Beza warna pipi yg terdedah dengan pipi dalam tudung sangat jelas .... kalau teruskan boleh berganda2 gelap nanti, sebab muka ummi memang cepat terbakar walau keluar awal pagi.
Jadi minggu ni ummi nak tukar exercise dalam rumah je. Buat permulaan lari setempat 100 kali dan lari naik tangga 100 langkah. Lari naik tangga tu ok lagi masa 80 yang pertama. Selepas yang ke 100 memang tercungap-cungap, maknanya sampailah objektif ummi nak gerakkan jantung.
Hari Khamis sampai Ahad ummi tak exercise langsung .... balik kampung beraya, dan makan makan makan. Berat dah 60 kg, tangan rasa kebas2 dan kepala pening. Agaknya darah tinggi ummi dah naik sebab banyak sangat makan nasi himpit dan rendang daging. Mulut ummi pecah2 sebab panas dalam. Tak sempat jumpa doktor sebab sibuk.