Sabtu, 13 Oktober 2012

Kena Darah Tinggi dan Overweight....Mesti Diet



  Sepanjang bulan Ramadhan lepas, berat ummi menten 58 kg waktu siang, dan naik 60 kg malam.  Hari Raya pertama, lepas makan sehari suntuk, berat ummi terus naik 60 kg tak turun-turun.  Lepas sebulan beraya, berat dah naik 62 kg.  Agaknya 62 kg ni berat maksimum buat masa ni, sebab menten aje angka tu.  Tapi ummi rasa miserable dan tak sihat.  Semua gambar ummi masa  open house hari raya nampak gemuk sangat.



Patutlah ummi rasa pening kepala selepas makan rendang banyak sangat sepanjang Syawal, rupanya ummi dah ada darah tinggi.  Masa kepala ummi sakit sangat dan selepas 1 hari masih sakit, ummi pergi jumpa doktor.

Tekanan darah ummi 145.   Doktor kata waktu ummi tengah sakit sangat, bacaan tu mungkin lebih tinggi lagi.  Doktor kata ummi stress.   Doktor nasihat kurangkan makan lemak dan garam.   Yang ini memng susah untuk ummi amalkan, sebab ummi suka makan ikan masin dan jeruk.  Dua-dua tu kira makanan ruji sejak kecil.   Mesti boleh, mesti!!!

Ummi surf dan baca macam2 testimoni diet, termasuklah yang tengah panas sekarang, SDII.  Kalau baca testimoni dioarang dalam ruang iklan macam best aje turun berkilo-kilo, tanpa berlapar katanya.  Tapi bila ummi ikuti satu forum tentang cara mereka berdiet ni, rupanya banyak pantang larang yang kena diamalkan.  Contohnya tak boleh makan nasi atau apa2 karbohidrat, tak boleh makan makanan manis termasuklah buah-buahan.   Kalau macam tu punya ekstreme jaga makan, tak payah minum minuman kesihatan pun, badan boleh kurus!!!!  Dari ummi habiskan duit beratus ringgit beli diet drink tu, baik ummi beli macam2 jenis buah-buahan dan susu, lagi sihat dan semulajadi.

Yang buat lagi stress, ayah pula semakin sihat dan mantap sejak mulakan hobi mendaki gunung. 

Ummi bawa anak2 berjalan kaki ke tepi tasik, tujuan nak exercise.  BIla dah penat berjalan dari rumah ke tasik yang hampir  1 km jauhnya tu, ummi terus terduduk keletihan.  Jadi sepanjang masa berada di situ, anak2 je yang berlari pusing tasik.  Ummi cuma duduk dan dapat tengok saja, sebab dah rasa letih yang amat.

Macammana ni ummi, takkan nak jadi begini selamanya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan