Kereta ummi beli May 2002, tahun depan cukup 10 tahun umurnya. Sebulan lepas ummi accident teruk, ummi keluar simpang terus masuk laluan laju. Ummi tak nampak ada kereta tengah laju, terus kena langgar. Pintu kereta sebelah ummi kemek kena langgar, alhamdulillah ummi dan Hf tak cedera. Pemandu kereta tu perempuan, terhantuk strering kereta dia dan kereta dia langgar pembahagi jalan selepas langgar kereta ummi.
Oleh sebab ummi yang salah, kami buat report polis di Nusa Jaya, dan ummi kena bayar 300 ringgit. Sejak hari tu, ummi dah macam patah kaki. Tiap kali nak buat pasar atau beli barang, minta ayah tolong hantar, kemudian balik naik teksi. Semua urusan pun kena minta tolong ayah.
Dah sebulan, kereta ummi masih belum siap di bengkel, ayah baru pergi tengok tadi, katanya Sabtu ni mungkin siap.
Tapi hikmah juga semua ni. Ummi dapat rehat sebulan dari keluar ulang alik ambik dan hantar anak ke sekolah. Semua ayah yg buat, dari 6.30 pagi sampai 7 malam. Tiap-tiap malam ayah terlepek keletihan. Tapi tak pernah sekali ayah komplen, mungkin dia sedar ummi dah buat semua ini semasa dia takde, ditambah dengan kerja2 rumah lagi.
update; cukup sebulan kereta dah siap dibaiki. Ummi pergi sekali lagi ke tempat kemalangan untuk tengok dengan teliti kenapa boleh jadi accident. Ummi drive betul2 macam apa yg ummi buat pada hari kemalangan tu. Sampai di simpang 3, tempat kereta ummi keluar dan terus dilanggar kereta dari belakang, ummi berhenti di belakang stop sign dan tengok ke kanan. Patutpun, di sebelah kanan ada satu sign board tak tau untuk apa sebab dah penuh dengan nombor along. Sign board tu terletak betul2 di paras mata pemandu kereta, dan semasa berhenti, sign board tu melindungi sebahagian jalan yang jauh di kanan.
Mungkin masa tu, kereta yg melanggar ummi tu betul2 berada di belakang sign board, dan sebab ummi tengok sekejap aje, ummi tak sempat tengok kereta tu bergerak kedepan dari sign board. Jadi pengajarannya, kalau nak keluar dari simpang, tengok dengan agak lama, sebab kita tak tau kalau2 ada blind spot yg disebabkan oleh cermin kereta kita sendiri, atau benda2 asing di tepi jalan.
Rabu, 19 Oktober 2011
Ahad, 4 September 2011
Rayyan dan Aisyah balik MATRI, Ayah ke New Delhi
Tengahari semalam ummi bawak budak2 beli barang2 keperluan asrama dan makan kat KFC. Ummi beli set burger untuk Rayyan, dan set baru macam snack plate (2 ayam, kentang putar, sayur, roti), tapi 50 sen untuk didermakan. Kami share makan, seketul ayam Aisyah dan Sarah. Seketul lagi ummi, Basel dan Hf. Tambah kentang putar untuk Hf.
Pasangan apek dan nyonya kat meja sebelah asik tengok aje keluarga kami makan, dia kesian ke tengok kami makan berkongsi? Memang habis licin, tak bersisa. Ummi bayar RM19 aje untuk semua, kurang separuh dari selalu. Sebenarnya anak2 umi dah kenyang sebab dah makan di rumah tadi. Kami ke KFC temankan Rayyan sebab dia seorang yang belum makan.
Hari ni ayah ke New Delhi selama seminggu. Baru semalam ayah bagitau, ummi terus sedih dan tak lalu nak makan. Rasa tersekat aje kerongkong. Ya Allah dugaan terbesar minggu depan, akan jadi the worst week of my life. Ummi ada banyak assignment n report due!!! Student baru masuk dan semester baru mula .... teringat kisah minggu ummi yg huru-hara masa ayah ke Australia dulu.
Ummi dah bagitau ayah, takkan hantar anak ke sekolah agama seminggu, sebab ummi akan sibuk di ofis. Akan hantar ke sekolah Cina aje.
Semalam ayah puasa, lewat petang tu ummi sibuk gosokkan pakaian Aisyah sebab nak keluar terus lepas maghrib. Jadi ummi terlupa nak sediakan makan berbuka untuk ayah. Nasib baik atas meja dah ada buah kurma, air mineral dan lagsania yg ummi buat petang tu. Tp ayah makan je sorang2 tak komplen, dia tau ummi tengah stress. Ayah makan lagsania direct dari tupperware sebab ummi tak sediakan pinggan!
Lepas mahgrib, Aisyah dan Rayyan angkut semua beg, dan ayah bawak kami makan di Mama Chops n Papa Grill yang 5 minit aje dari rumah. Ayah dan Rayyan makan lamb chop, ummi makan Black Pepper Chicken RM14, Aisyah dan Basel minta Fish n Chip. Tapi Basel seperti biasa tertidur di meja makan. Dia sempat minum air dan sentuh sikit aje makanan. Sarah dan Hf minta air je.
Servis di Mama Chops n Papa Grill sangat cepat, jadi kami dah habis makan sebelum 8.30 malam, sempat balik rumah dan solat isyak. Pastu hantar Rayyan dan Aisyah di Seri Putri, Jalan Skudai. Kami sampai sana 9.10 pm, bas sampai 11.10 pm. Macam nilah bas di tempat kami, tak pernah tepat masa. Anak2 kecik masing2 dah merengek2 nak buang air. Toilet kat stesen Shell orang berbaris panjang, terpaksalah membuang dalam semak.
Kami terserempak keluarga kak Khairiyah yg hantar Mamat, dan keluarga Hilal Ashraf yg hantar adik lelakinya.
Balik rumah dekat pukul 12 malam, si Hf minta susu. Tak sempat minum, dah lelap.

Isnin, 15 Ogos 2011
Bedak Sejuk dan Jerawat Batu
Tak tau la salah makan ke salah pakai ke, dah sebulan muka ummi tumbuh jerawat batu yang sungguh besar dan sakit. Jerawat tu mula2 tumbuh di bawah dagu, lepas tu merebak sebelah bawah telinga kiri dan kanan. Pakai ubat jerawat, berhenti makan benda2 yang mungkin jadi punca, semua tak jalan. Jerawat makin banyak, seolah-olah ada akar kat bawah kulit.
Dulu2 ummi pernah kena macam ni, seminggu sebelum hari nikah!!! Malang betul. Masa tu muka ummi langsung tak bermasalah, tp konon2 nak lawa masa kawin nanti, ummi pun amalkan satu set cucian muka jenama Nutrilite. Pastu apalagi, jerawat batu tumbuh merata2. Alhamdulillah masa hari nikah, jerawat tu baru nak tumbuh kat keliling muka. Tapi sebab ummi tak tau apa punca jerawat, ummi teruskan pakai set cucian tu.
2 minggu lepas nikah, ayah pergi ke Jepun selama 14 hari. Alhamdulillah ayah takde, sebab .masa ni muka ummi dah jadi sangat teruk, jerawat batu dan nanah dah pecah di seluruh muka. Masa ummi naik kerja, semua orang tanya ummi kena cacar ke?

Sorang staf tiba2 tanya ummi ada makan/pakai apa2 produk ke baru2 ni. Bila ummi sebut jenama ... di atas tu, dia terus kata... dah agak dah. Sebab dia pun pakai jenama yg sama tapi kulit dia jadi gebu dan halus. Tapi katanya ada beberapa kawan yang jadi macam ummi. Terus ummi berenti pakai dan akhirnya berakhir juga derita selepas berbulan2 berjerawat batu.
Sekarang benda yang sama dah jadi, tapi sebab lain pula. Kali ni ummi dah ada clue, jadi ummi terus berenti makan lepas jerawat batu yang pertama keluar. Ummi suspek pelet minyak prim rose yg ummi amalkan sebelum ini setelah terhasut dengan dakwaan minyak ni boleh buat kulit wanita yang bermasalah jadi gebu dan halus.

Betul agaknya untuk setengah perempuan, memang serasi. Tapi bila ummi pakai, seawal seminggu je sikit demi sikit muka ummi naik jerawat. Ubat jerawat, pencuci muka mana ummi tak cuba, jerawat memang kering tapi tak kecut, lepas tu naik kat tempat lain pula.
Minggu lepas, tiba2 je ummi terpandang bedak sejuk yang ummi guna untuk sapu dan sejukkan badan Hf masa dia kena sakit gatal2 badan tempohari.
Ummi pun tawakkal, bancuh 3 biji dalam air dan sapu kat seluruh muka. Pertama kali pakai aje dah rasa perubahan. Kulit muka yang selama ni rasa pedih dan sakit terus rasa sejuk je. Bila bedak tu kering, ummi bersihkan muka dengan air dan keluar sekali nanah dari jerawat yang tengah masak.
Sekarang dah seminggu ummi amalkan pakai bedak sejuk, cuma satu je jerawat baru yang tumbuh. Jerawat2 lama pun sikit semi sikit kecut, dan paling penting rasa sakit dah hilang.
update 15 Feb 2018
Ummi dah menetap di Sydney. Masa datang 2 tahun lepas, ummi bawa satu set bedak sejuk. Dah lama habis, so nak tak nak, kena la usaha buat bedak sejuk sendiri. Tapi silap tak tanya orang2 dulu resepi nak buatnya. Tak jadi bedak sejuk ummi tu. Patutnya jadi debu halus macam bedak, tapi ummi punya jadi kasar macam scrub muka. Ummi letak kat bilik air je, jadikan scrub muka berasaskan beras. Best sangat, rasa sejuk dan fresh sangat muka lepas guna scrub beras buatan sendiri tu.

Khamis, 4 Ogos 2011
Memori Silam di Canada
Kami tinggal di Canada antara tahun 1997 dan 2002. Sebenarnya ummi ada laman keluarga geocities waktu di sana, tapi sudah hilang. Ummi tak sempat nak selamatkan satu catatanpun.
Antara memori yang paling ummi ingat, ekonomi dan ringgit Malaysia jatuh mendadak semasa kami dalam perjalanan ke Canada. Semasa di Malaysia, ringgit masih cantik lagi berbanding dollar, lebihkurang RM2.30 = $1 Canada. Masa transit di UK, nampak tukaran dah jatuh. Ayah percaya itu sementara, dan nak tunggu sehingga pulih semula. Tapi bila tiba di Canada, ringgit semakin jatuh sehingga menghampiri RM3 kepada $1 Canada.
Kerana kami dah kehabisan dollar, ayah terpaksa tukar juga matawang ringgit kami walaupun rate ketika itu sudah sangat tinggi. Alhamdulillah kami bertindak cepat, sebab ringgit Malaysia terus jatuh paling teruk pada Januari 1998. Berdasarkan rekod di https://tradingeconomics.com/, ringgit Malaysia berbanding dollar US = RM4.71, terburuk dalam sejarah. Kerajaan Malaysia di bawah Mahathir ketika itu, terus ikat ringgit kepada dollar = RM3.80 selama 7 tahun.
Winter
Antara kenangan termanis di Canada adalah salji yang menutupi buminya selama hampir 6 bulan setiap tahun, bermula pada bulan Disember sehingga bulan Mei. Aisyah lahir ketika salji tebal separas lutut, dan Sarah pula lahir ketika buah2 strawberi sudah merah dan boleh dipetik diladang2.
Kami pernah travel menyambut raya sehingga ke Kansas City tempat seorang saudara jauh ummi, ketika itu salji terlalu tebal sehingga tak nampak garis pemisah antara langit dan bumi. Semuanya nampak putih dari atas ke bawah. Kami terlepas exit ketika di lebuhraya kerana jarak penglihatan yang hanya beberapa meter sahaja.
sehari sebelum tahun 2000
Kebetulan kami berada di bandaraya New York semasa sambutan tahun baru 2000 dan dapat melihat bunga api dari beranda rumah tumpangan. Sempat pula bergambar dengan menara kembar sebelum hilang pada tahun 2001. Ummi bawa keluarga melawat univ tempat ummi belajar satu masa dulu, dan bermalam di rumah kenalan yang sudah menetap sejak 10 tahun lalu.
Spring
Musim bunga walaupun singkat, sangat cantik, bermula dengan tulip dan daffodil pada bulan Mei semasa salji masih ada di atas tanah , diikuti bunga2 ceri, peach, plum dan epal yang lebat menutup seluruh dahan dan ranting. Kami melawat ladang tulip di Ottawa dan naik ke Quebec City yang dingin dan berangin. Biasanya kami pergi ke tempat yang dekat2 sahaja kerana ayah sibuk dengan researchnya.
Musim panas pula nyaman walaupun siangnya panjang. Kami pernah pulang ke rumah pukul 9 malam, dan masih sempat bersolat maghrib. Subuh ketika itu masuk sekitar 2.30 pagi. Cuaca betul2 panas melebihi 25 Celcius cuma dalam masa seminggu dua sahaja. Selebihnya hanya sekitar 20 Celcius, seperti dikawasan peranginan tanah tinggi Frasier. Kami biasanya berjalan jauh ketika ini, pernah mengelilingi sebahagian tasik2 besar, utara Ontario, turun ke Chicago, terus ke Niagara, seterusnya Boston, dan naik semula ke Canada menuju Montreal.
Summer
Musim luruh adalah yang tercantik pemandangannya. Kebanyakan pokok kecuali pokok2 pine, bertukar warna menjadi kuning terang, oren dan merah. Bendera Canada juga berdasarkan daun maple yang merupakan hutan semulajadi di sini.
Kami berjalan ke Halifax dan kawasan sekitarnya waktu itu, melihat keindahan alam semulajadi dan merasa sendiri air segar yang manis tak tercemar. Antara memori yang masih diingat selepas peristiwa Sept 11, ayah ditahan ketika sudah berada di depan pintu kapalterbang, dan seorang wanita Malaysia dipenjarakan hanya kerana berkata dia tak mahu transit di New York, ketika menempah flight dari Canada ke USA.
Fall
Khamis, 21 Julai 2011
Endau Rompin - Laluan Selai
Kami ikut rombongan Summer Course yg ayah dan Dr Lee buat untuk pelajar university dari Thailand. Antara aktiviti yang mereka buat ialah berkemah di Taman Negara Endau Rompin selama 3 hari. Keluarga kami dan keluarga Dr Lee datang pada hari kedua. Kami masuk melalui pekan Bekok. Tinggalkan kereta di stesen dan naik kenderaan pacuan 4 roda sejauh 27 km ke Kem Lubuk Tapah melalui kampung orang Asli di Selai. Kenderaan tu kira macam teksi ke dalam hutan. Driver kami bekerja tetap di KTM, Sabtu Ahad part time bawak 'teksi' kat situ.
Kami melalui ladang-ladang kelapa sawit dan perkampungan orang asli. Kalau lihat di google map, laluan kami tu satu-satunya laluan masuk dari barat ke hutan Endau. Di kiri kanan bukit bukau dan lurah bersilih ganti. Sejam kemudian, baru sampai ke kawasan kem. Lihat lokasi Endau Rompin di Johor.
Peserta kem sedang membuat aktiviti di dalam hutan, jadi keluarga kami dan keluarga Dr Lee cuma rehat-rehat dan bersarapan sementara menanti mereka balik. Tengahari tu mereka balik dan kemudian pergi semula untuk aktiviti trekking sejauh 8 km. Ayah, Dr Lee dan anak lelakinya berusia 13 tahun ikut sekali. anak-anak ummi nak ikut, tapi staf Taman Negara tak benarkan, kecik lagi katanya. Faham, takat 1 km boleh la bertahan, kalau 8 km, mau berdukung nanti!
Lewat petang, kami dibawa naik landrover ke Base Camp kira2 1 km di atas, dimana airnya lebih jernih dan sesuai untuk bermain. Ummi biarkan anak2 main air, ummi rehat kat atas batu. Tak sangka jumpa ayah yang baru balik dari trekking. Tak lama lepas tu, satu-satu peserta muncul dari hutan , muka masing-masing terbakar dan bermandi peluh. Fuhh nasib baik tak ikut. Sekarang memang musim yang panas membahang. Apalagi kawasan kem kami tu yang lapang berpasir, lagi la terasa bahang panasnya.
Ada banyak air terjun yang cantik di sepanjang jungle trekking, tapi ayah ambik gambar air terjun Takah Tinggi je. Link ni ada tunjukkan banyak lagi gambar air terjun yang terdapat di situ. Nama-nama air terjun di Selai bermula dengan Takah.
Kami melalui ladang-ladang kelapa sawit dan perkampungan orang asli. Kalau lihat di google map, laluan kami tu satu-satunya laluan masuk dari barat ke hutan Endau. Di kiri kanan bukit bukau dan lurah bersilih ganti. Sejam kemudian, baru sampai ke kawasan kem. Lihat lokasi Endau Rompin di Johor.
Jalan masuk ke Taman Negara Endau Rompin - Selai
Peserta kem sedang membuat aktiviti di dalam hutan, jadi keluarga kami dan keluarga Dr Lee cuma rehat-rehat dan bersarapan sementara menanti mereka balik. Tengahari tu mereka balik dan kemudian pergi semula untuk aktiviti trekking sejauh 8 km. Ayah, Dr Lee dan anak lelakinya berusia 13 tahun ikut sekali. anak-anak ummi nak ikut, tapi staf Taman Negara tak benarkan, kecik lagi katanya. Faham, takat 1 km boleh la bertahan, kalau 8 km, mau berdukung nanti!
Jadi petang tu anak-anak ummi habiskan masa dengan bermain pasir dan kereta-kereta kecik yang dibawa. Anak Dr Lee yang berusia 6 tahun tinggal bersama kami. Fuhh, penat juga nak jaga budak2 ni, sebab sebelah kem tu ada sungai yang agak dalam airnya. Ummi kena bertahan mata dan aktif berlari sana-sini mengejar budak2 yang bergerak terlalu dekat dengan tebing sungai.
Orang dewasa pergi jungle trekking, budak kecik main kat sini je
Lewat petang, kami dibawa naik landrover ke Base Camp kira2 1 km di atas, dimana airnya lebih jernih dan sesuai untuk bermain. Ummi biarkan anak2 main air, ummi rehat kat atas batu. Tak sangka jumpa ayah yang baru balik dari trekking. Tak lama lepas tu, satu-satu peserta muncul dari hutan , muka masing-masing terbakar dan bermandi peluh. Fuhh nasib baik tak ikut. Sekarang memang musim yang panas membahang. Apalagi kawasan kem kami tu yang lapang berpasir, lagi la terasa bahang panasnya.
Lubuk Tapah selepas banjir besar bulan Feb 2011
Takah Tinggi
Malam tu kami tidur dalam kemah. Ummi dan ayah tersangat letih dan tidur awal. Tapi sebelum terlena, sempat jugak ummi terdengar riuh suara anak-anak ummi dan anak-anak Dr Lee bermain hide and seek. Seronok dengar diaorang sibuk mengundi dan mencari, adakalanya bertekak, dalam bahasa Cina. Ummi cuma faham masa ada yang kira ee er san sek tu je. Peserta kem ada aktiviti masak nasi dalam plastik dan daun, serta pancing ikan dan bakar. Penuh unggunan api di sana sini ikut kumpulan masing-masing. Yang ni pun ummi cuma faham hilai tawa diaorang je, sebab bercakap semua dalam bahasa Thai.
Sarah bersama peserta Summer School 2011
Isnin, 11 Julai 2011
Skudai-Putrajaya-KL: 9 Julai 2011
Nenek dan anjang call memanjang, tanya jadi ke pergi KL, macammana nak pergi. Diaorang macam tak percaya ummi nak pergi jugak sebab ayah takde dan keadaan KL sekarang. Nenek dah duduk KL dari hari Khamis lagi, tolong majlis perkahwinan kat rumah mak lang.
Selepas berkemas, belum sarapan, pukul 9.00 pagi baru bertolak dari rumah di Skudai. Jam pulak kat lebuhraya JB-Senai, ingatkan ada accident. Rupanya sekatan polis. Lori kecik belakang kami kena tahan. 9.30 baru lepas jem, singgah di R&R Skudai, isi minyak, makan di Dunkin Donut dan Burger King. Ummi layan budak2 ni makan pergi toilet semua, pukul 10.30 pagi baru lepas tol Skudai. Kalau ikut hari biasa, 6 jam untuk sampai KL: 4.30 pm. Ummi rasa ok dah kot, mesti pendemo BERSIH dah bersurai. Ummi dapat tau nenek dok komplen dah tau nak makan kenduri, awat pergi lambat sangat.
Buka radio semasa dalam kereta, katanya jam teruk di tol Ayer Keroh ke lebuhraya KL sebab ada sekatan polis. Polis dah bersedia dari pintu2 masuk ke lebuhraya lagi. Efficient! Tapi dah ramai yang terlepas sebenarnya dari malam sebelum tu.
Lepas Seremban, ok jalan lengang arah ke KL. Dalam keadaan macam ni, sapa-sapa yang tak ada urusan mesti malas nak pergi KL.
Sampai Nilai, jam lagi. Rupanya sekatan polis. Kereta di depan dan di belakang ummi kena tahan. Ummi masuk ke lebuhraya Nilai-Puchong untuk Putrajaya, ambik plan kedua. Tol Skudai-Putrajaya RM42.20 sejauh 307 km.
Pusing2 dan lepas bertanya arah, sampai jugak kami ke Putrajaya Sentral di Presint 9. Parking kereta dan beli tiket ERL ke Bandar Tasik Selatan. Kami terlepas perjalanan pukul 2.30, dan kena tunggu hampir setengah jam untuk perjalanan pukul 3 pm. Kalau keliru kat mana Putrajaya Sentral, ikut aje signboard arah ke Putrajaya Hospital, sebab diaorang berjiran.
Pukul 3.30 sampai Bandar Tasik Selatan dan naik STAR pergi ke Sentul Timur. Transit Masjid Jamek, PWTC, dan beberapa tempat pendemo berkumpul ditutup, kami dalam tu tak tau apa-apa. Nampak bangunan pencakar langit dan bumbung masjid Jamek aja. LRT lengang aje, tak macam selalu. Budak-budak excited habis, ummi tak cerita pasal demo demo ni semua, nanti pening nak jawab soalan-soalan bertih dari mereka.
Syukurlah tak ambik train dari Seremban ke KL Sentral. Ummi dapat tau penyokong Anwar Ibrahim berkumpul di situ dan berlaku kekecohan, dan pastinya kami akan tersekat dan kena turun tempat lain kalau ikut plan pertama. Penyokong DAP di Bukit Bintang dan yang lain2 di beberapa tempat di KL.
Pukul 4.00 pm baru sampai hentian terakhir di Sentul Timur. Kami berjalan lebihkurang 200 meter ke Dewan tempat kenduri berjalan. Wah anjang, nenek, mak lang dan sedara-mara dah tunggu. Sempat bersalam dengan mak teh, pakcik, dan pak uda yang masing-masing dah hampir bertolak balik ke rumah nasing-masing. Kami berpeluk-pelukan (muhrim sahaja) macam sambut sedara balik dari mekah aje lagaknya. Dapat tau paktih yang baru nak datang kenduri pukul 9 pagi dari rumahnya di Puchong, sampai Sentul selepas 1 tengahari disebabkan sekatan dan demo jalanan.
Sempat makan sebelum catering mengemaskan majlis. Lepas tu bergambar sakan. Tapi kesian kat maklang, ramai jemputan dari luar KL yang tak datang. Jiran2 dan kawan2 yang tinggal berhampiran je ada. Makanan dan nasik banyak berlebih. Patutla masa nak cedok lauk, tengok banyak lagi macam baru nak mula majlis. Sedara-mara yang ada pun semuanya yang dah datang pada hari sebelum kenduri.
Malam tu tidur di apartment baru anjang di tingkat 4. Anak-anak ummi ingat kami duduk hotel, cantik sangat. Ada sentuhan interior designer. Rupa-rupanya pak anjang ada 3 apartment di situ. Yang terbaru di tingkat 18.
Ayah call dari KLIA pukul 6 pagi. Dia baru sampai dari Korea. Dia balik terus ke Skudai. Kami bertolak balik ke Putrajaya hari Ahad 9.30 pagi, anjang hantar. Sampai 10.30 am. Bayar tiket parking 10 ringgit.
Pergi pameran bunga di Presint 2, punyalah lama kami kat situ, pukul 12.30 tengahari baru nak bertolak balik ke Segamat. Ummi beli anak pokok nangka madu dan pokok strawberry.

Beli macam-macam kat Alor Gajah, makan dan solat di Gemas, sampai Segamat pukul 4 pm. Rehat kejap, pukul 6 petang baru bertolak balik ke Skudai. Sampai Skudai pukul 8.30 malam. Penat!!!!! Sampai aje kat parking rumah, lampu kereta ummi terus tersuluh seekor binatang gemuk pendek sebesar anak lembu. Binatang tu berdesup lari ke hutan UTM bila tersedar. Khinzir rupanya.. Patutlah anak2 pokok pisang dan kelapa ummi rosak satu persatu.
Sabtu, 9 Julai 2011
Travel to KL on BERSIH Rally Day
Ummi tak ambik tau sangat perkembangan BERSIH tu sehinggalah malam ni, macam nak tercabut je jantung bila tersedar rally tu akan dibuat pada 9 Julai 2011, sama tarikh dengan hari ummi nak travel ke KL dengan anak2.
Ummi dapat tau ada 58 roadblock dah start dibuat malam ni di semua jalan masuk ke KL. Jem di Rawang dari arah utara sebab road block Jalan Duta, Jem di Serdang dari arah selatan sebab road block di Sg Besi.
Besok ada kenduri kawin di Bandar Baru Sentul, dan ummi mesti pergi!!!!!
1. Kalau susah2, ummi nak parking kat Seremban, naik KTM Seremban-Rawang, transit ke KL Central: Putra line ke Masjid Jamek, STAR line ke Sentul. Ini kalau jem esok di Seremban.
2. Cara lain, parking kat Putrajaya, naik ERL KLIA transit ke Bandar Tasik Selatan, kemudian STAR line (RapidKL) ke Sentul. Cara ni kalau tak jem di Seremban.
Kena sentiasa update keadaan lebuhraya start dari rumah, baru boleh buat keputusan akhir.

Selasa, 5 Julai 2011
Ahad, 3 Julai 2011
Solo (Surakarta) dan Jogjakarta Jun 2011
Ayah dan rombongan gamelan UTM pergi melawat Institut Seni Indonesia. Ketua rombongan ialah Pak Herman jurulatih gamelan yang berasal dari Solo, Indonesia. Orang Jawa menyebut 'a' sebagai 'o', jadi ejaan sebenar 'Solo' ialah 'Sala' di sana. Antara tempat lawatan mereka adalah Desa Gunung Lemah di kaki Gunung Merapi dan Candi Borobodor.
Mencuba gamelan di institut yang terkenal ini
Sisa tanah yang runtuh dan mengalir bersama lahar panas gunung berapi.
Lahar panas sedang turun ke kaki gunung pada 25/10/10, dan Desa Gunung Lemah
adalah satu dari tempat yang terlibat. Gambar diambil dari website Fenieramdhani.
Gambar2 Gunung Merapi meletus dan kemusnahan waktu itu di sini.

Sabtu, 25 Jun 2011
Felda Hot Spring Resort, Sg Klah, Perak
Satu lagi tempat persinggahan untuk berehat dalam perjalanan ke Perlis tempohari. Recommended rating ***** family friendly, best sangat. Kalau datang dari KL, dekat je dengan Tanjung Malim memang boleh balik hari. Ada disediakan penginapan berdekatan, boleh sewa ramai2 buat family gathering. Kami sudah beberapa kali singgah berehat di sini dalam perjalanan dari Selatan ke Utara.
Air panasnya ada yang suam2 kuku sehingga yang panas mendidih. Jangan risau sebab semua tempat dah diletakkan signboard suhu air terutama tempat2 yang airnya melebihi 50 darjah Celcius. Ibubapa kena jaga anak masing2 takut mereka berlari masuk terus ke tempat air panas. Selipar Hf termasuk ke dalam takungan air mendidih sebab tanpa kami sedari dia boleh panjat untuk berjalan di atasnya. Mujurlah takungan yang dibuat dari simen tu di tutup dengan pagar besi, cuma kaki kecil kanak2 mungkin muat untuk termasuk ke dalamnya. Mujurlah selipar tu terapung dan masih boleh ditarik keluar menggunakan ranting.
Ada juga kawasan yang dikhaskan untuk merebus telur. Kita boleh bawa telur ayam dari luar atau beli dari gerai berdekatan. Tempat tu sesuai sebab ada batu lekuk berisi air mendidih seolah2 periuk semulajadi.
Kawasan kolam mandi yang ada sliding tu pula air sejuk gunung sepenuhnya. Kalau takut anak2 kecil termasuk ke kolam air panas, main air di sini je. Kawasan air cetek dan dalam dipisahkan dengan kabel merah melintang ditengah2.
Ada juga kawasan yang dikhaskan untuk merebus telur. Kita boleh bawa telur ayam dari luar atau beli dari gerai berdekatan. Tempat tu sesuai sebab ada batu lekuk berisi air mendidih seolah2 periuk semulajadi.
Langgan:
Catatan (Atom)