Isnin, 8 April 2013

Pilihanraya 2013

Insyaallah ummi akan mengundi di parlimen Gelang Patah, ayah pula di Sungai Udang.  Parlimen dah bubar, tunggu masa nak mengundi je ni.  Suratkhabar hari ni penuh dengan manifesto BN kalau menang.  Umi nak tepek kat sini, boleh jadi peringatan  bila diaorang buat2 lupa nanti.  Yang ni ambil dari Free Malaysia Today.


Policies in the manifesto include:
  • The BR1M one-off cash payment to low income households (who earn less than RM3,000 per month) will be increased, during the next five years, from RM500 to up to RM1,200. The BR1M will also be paid out annually.
  • Revamping the National Automotive Policy to gradually reduce car prices by 20-30%.
  • Opening new Klinik 1Malaysia in high density communities.
  • Establishing more 1Malaysia Daycare Centres for working parents.
  • Lowering broadband internet fees by at least 20%, while guaranteeing bandwidth.
  • Creating a new ministry focused on urban affairs (70% of Malaysians now live in urban areas).
  • Increasing NGOs and civil society representation in local government decision-making.
  • Building 1,000,000 new affordable homes, including 500,000 PR1MA houses priced at 20% below market rates.
  • Abolishing stamping fees for first home purchases priced below RM400,000.
  • Developing a national system to provide all Malaysians with access to quality healthcare.
  • Establishing a Heart Centre and Cancer Centre in major hospitals in every part of the country.
  • Providing dialysis treatment in every high-density area.
  • Expanding the Rapid Bus System to every state capital, with facilities for the elderly and disabled.
  • Continuing the expansion of the MRT, LRT and Commuter rail systems.
  • Building Integrated Bus, Rail & Taxi Terminals in all towns and cities, and increasing individual taxi permits.
  • Implementing the national high speed rail network and double tracking, including the high speed rail link between KL and Singapore.
  • Expanding the North-South Expressway; building the 2,300km Pan Borneo Highway from Sematan in Sarawak to Serudung in Sabah.
  • Extending the East Coast Highway and building a new West Coast Highway.
  • Extending the supply of clean water to 320,000 homes.
  • Expanding the electricity supply to 6,000 homes in the Peninsula, 60,000 in Sabah and 80,000 in Sarawak.
  • Ensuring high quality mobile phone coverage and reliable wireless internet access throughout the country.
  • Attracting RM1.3 trillion of investments and creating 3.3 million new jobs, of which 2 million will be in high income sectors.
  • Implementing polices, including pro-growth policies, which are fair and equitable to all races in Malaysia.
  • Establishing a more broad-based tax system, and gradually reducing personal and corporation tax.
  • Improving the command of Bahasa Malaysia and English from pre-school level, and making English a compulsory SPM pass subject in all schools.
  • Building more schools in areas of high demand, and providing more merit-based scholarships.
  • Guaranteeing free broadband WIFI access on all public campuses.
  • Providing new career pathways to allow performance-based fast tracking promotion of 420,000 teachers.
  • Increasing the PDRM by 4,000 police personnel per year, strengthening the PDRM Motorcycle Patrol Unit by 5,000 vehicles, and enrolling an additional 50,000 Police Volunteer Reserves.
  • Improving lighting in streets, alleyways and lanes to reduce street crime.
  • Enhancing the total capability of the Armed Forces to deal with any external threat.
  • Increasing the participation of women in national decision making, and opening 1Malaysia Daycare centres in all government offices.
  • Tightening laws to prevent sexual abuse or harassment in the home and workplace.
  • Providing funding, training and incentives for youth-based commercial ventures, creating more youth volunteerism through 1M4U, and expanding free WIFI hotspots in rural and semi-rural areas.
  • Turning Brickfields into a blind-friendly zone, to serve as a model for future zones throughout the country.
  • Upholding Islam and ensuring that other religions can be practiced in peace and harmony, and promoting the principles of moderation (wasatiyyah) in all undertakings.
  • Publicly disclosing contracts to enhance transparency in government procurement.
  • Empowering the Malaysia Anti-Corruption Commission by establishing a Service Commission to oversee the MACC’s recruitment and service issues.
  • Establishing additional special corruption Sessions and High Courts.
  • Introducing the Transformative Salary Scheme for civil servants, providing a special salary movement of 3% to those on maximum salary.
  • Fighting for a Palestinian state, supporting the realization of the ASEAN Economic Community by 2015, and spearheading humanitarian work in Gaza, the West Bank, Southern Thailand and Mindanao.
  • Providing financial incentives to commercial and private premises that invest in clean energy such as biomass and solar power.
  • Allocating more space for green lungs in major cities, and revitalizing rivers and streams.
  • Preserving Malaysia’s forests, undertaking reforestation programmes, and implementing stricter laws to prevent illegal deforestation.


Manifesto PR pula apa ye.  Ambik dari website Husam 
RAKYAT BERSAUDARA 
Menghapus diskriminasi 8Mengiktiraf sumbangan wanita dan warga emas 8Merangkum semua aliran pendidikan 9
Mengembalikan hak Sabah Sarawak seperti Perjanjian 1963 10
Hak tanah dan kebajikan Orang Asli dipelihara 11
Kehormatan amalan beragama 12
 
 EKONOMI RAKYAT
1 juta peluang pekerjaan untuk rakyat 15
Perkongsian produktiviti yang adil melalui gaji minima 15
1 juta tenaga kemahiran terlatih dari kalangan lepasan sekolah 15
Reformasi pendidikan merangsang ekonomi 16
Membudayakan perkongsian bijak kesatuan sekerja, majikan dan kerajaan 16
IKS dan inovasi teras ekonomi negara 17
Pelarasan percukaian rakyat demi kesaksamaan 17
Ekonomi lestari 17
Membela ekonomi dan kebajikan perajurit 17
Memberdayakan usahawan teksi 18
Pelaburan R&D mencecah 5% dari KDNK 19
Pengangkutan awam nadi ekonomi negara 19
Memecah monopoli merancakkan persaingan 20
 
KESEJAHTERAAN RAKYAT
Mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga
dan menghapuskan monopoli 23
Merombak dasar automotif untuk mengurangkan bebanan rakyat 24
Perumahan selesa dan mampu milik untuk semua 25
Pendidikan percuma untuk semua, hapus PTPTN 26
Hapus AES, batal saman AES 26
Keadilan untuk warga Felda 27
Keselamatan rakyat 27
Kemudahan kesihatan asas percuma dijamin 28
Membina jaringan keselamatan sosial rakyat 28
KERAJAAN RAKYAT
Reformasi institusi Islam dan keagamaan 31
Pakej penggajian dan perkhidmatan baru penjawat awam 31
Pilihanraya yang bersih, adil dan telus 31
Reformasi institusi kehakiman, Kamar Peguam Negara, SPRM dan PDRM 31
Reformasi Parlimen 32
Kebebasan media dan mengembalikan amanah kepada pengamal media 32
Memansuhkan AUKU dan menjamin kebebasan akademik 32
Memansuhkan semua undang-undang anti-rakyat 32
Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) 33
 
HARAPAN RAKYAT
Malaysia 2023: Sedekad Pentadbiran Pakatan Rakyat 34

Rabu, 23 Januari 2013

Sawah Padi di Perlis

Gambar-gambar ini diambil semasa menghantar Rayyan dan Aisyah ke Beseri, Perlis pada Disember 2012 yang lalu.  Apa yang kami perhatikan, musim padinya berbeza-beza dari satu tempat ke tempat lain, malah petak bersebelahan pun ada padi yang masih hijau, ada yang sudah kuning.






Kompleks Dewan Udnangan Negeri (DUN) Perlis di tengah2 sawah padi.

Isnin, 24 Disember 2012

Legoland Johor

Kami pergi ke Legoland pada hari Khamis 20 Disember 2012.  Bertolak dari rumah pukul 8.30 pagi melalui jalan Ulu Choh-Kota Iskandar sejauh 20 km.

Legoland di buka pukul 10 pagi dan kami terus ke FactorX, roller coaster berbentuk kereta   4 tempat duduk sahaja. Ayah seorang yang tak ikut sebab trauma selepas menaiki roller coaster extreme di Korea.   Seterusnya ke the Dragon, traknya lebih panjang tapi agak rendah berbanding yang tadi.  Hf dan ummi pula tak naik sebab .... ;).  Hf teringin nak naik pula, jadi sambung ke The Dragon Apprentice, roller coaster yang lebih kecil dan lebih sesuai untuk kanak2 macam Hf.

Yang paling ummi suka ialah 4D movie.  Anak2 suka Mindstorm, jadi mereka naik lagi sekali sebelum balik pukul 4.30 petang tu.  Cuaca baik hari tu, tapi hujan renyai2 sebaik kami beredar keluar.  Ayah suka Mini World dan ambik banyak foto di situ.  Hf  suka tengok bot dan lori2 kecil yang bergerak di situ.

Paling tak best ialah harga makanan dan minuman yang mahal.  Jadi sebaik-baiknya bawa banyak air mineral sebab ummi minum berbotol2 air hari tu.







Untuk ke Legoland, dari KL dan Singapura paling mudah ikut 2nd Link, kemudian exit Nusajaya  Dari JB, dari arah Danga Bay menuju Nusajaya/Kota Iskandar.  Dari Pontian dan sekitar, ikut Ulu Choh menuju Kota Iskandar.





Isnin, 10 Disember 2012

Sekeluarga Berbasikal di Hutan Bandar Kulai

Alhamdulillah semalam, Ahad, kami sekeluarga keluar 7.30 pagi ke Hutan Bandar Kulai.   Letaknya di hujung jalan Bandar Putra Kulai.  Belum habis lagi projeknya, masih ada laluan yang baru dibina, dan tak ramai orang.  Pokok2 pun masih kecil lagi.

Mula-mula kami berjalan kaki ke seluruh kawasan tasik, dan melihat ikan2 koi, dan kaloi yang besar2 di dalamnya.  Ada juga beberapa ekor ikan keli. 

Kemudian ummi dan ayah naik turun tangga sebanyak 10 kali.  Anak-anak dah pasti lebih sebab mereka berlari.

Kemudian kami sewa basikal, satu basikal 3 tempat duduk Rm8, dan 4 basikal single 4RM setiap satu.  Tapi semuanya RM20.  Semasa berbasikal tu, terjumpa basikal2 lain seperti basikal yang ada tempat duduk baby di depan, dan basikal beca (boleh bawa 2 anak kecil).  Kreatif mereka ni, dan memang sesuai buat di sini sebab banyak laluan yang landai, serta tak ramai orang berjogging seperti di Hutan Bandar Mutiara Rini. 

Hutan Bandar JB pula langsung tak sesuai berbasikal sekeluarga sebab banyak laluan curam, licin  dan terlalu dekat dengan tasik.

Kerana cuaca yang redup dan berangin, kami habiskan masa 2 jam di situ, tak sedar pun.  Balik tu kami ikut jalan melalui airport Senai, dan ayah bawa kami berjalan2 di  situ. Masyallah lamanya ummi tak pernah datang ke airport, sebab dah berubah habis.  Dulu cuma ada sebiji kedai aje, sekarang dah ada macam2 kedai di situ.

Kami rasa sangat gembira dan segar selepas berbasikal, memang seronok sangat.  Balik tu, anak2 ummi masing2 makan 2 keping roti canai/telur di gerai Sri Pulai.

Tengahari tu ummi timbang, wah 55 kg.  Tapi malangnya lepas makan malam dah naik 59 kg.   Salah baca ke tengahari tadi?

Update:  Cuti Mac 2013 kami pergi lagi ke sini.  Kali ni semua naik basikal sorangsatu sebab Hf dah cekap berbasikal tanpa roda kecil.

 Laluan tepi tasik

Laluan ATV

Selasa, 23 Oktober 2012

Minggu 4: 22 - 28 Okt 2012 Lari Naik Tangga

Isnin:  Berat masih 59 kg, tak berkurang sekilo pun, sebab makan tak diet pun.  Kesan buruk hasil berjogging setiap pagi ...muka ummi dah gelap. Beza warna pipi yg terdedah dengan pipi dalam tudung sangat jelas .... kalau teruskan boleh berganda2 gelap nanti, sebab muka ummi memang cepat terbakar walau keluar awal pagi.

Jadi minggu ni ummi nak tukar exercise dalam rumah je.  Buat permulaan lari setempat 100 kali dan lari naik tangga 100 langkah.  Lari naik tangga tu ok lagi masa 80 yang pertama.  Selepas yang ke 100 memang tercungap-cungap, maknanya sampailah objektif ummi nak gerakkan jantung.

Hari Khamis sampai Ahad ummi tak exercise langsung .... balik kampung beraya, dan makan makan makan.  Berat dah 60 kg, tangan rasa kebas2 dan kepala pening.  Agaknya darah tinggi ummi dah naik sebab banyak sangat makan nasi himpit dan rendang daging.  Mulut ummi pecah2 sebab panas dalam.  Tak sempat jumpa doktor sebab sibuk.

Isnin, 15 Oktober 2012

Minggu 3: 15 - 21 Oktober 2012 Jogging

Hari Isnin, berat masih 59 kg.   Pagi ni pergi lagi tasik, tapi pergi sorang2 sebab Basel ada hw masih tak siap.   Kaki masih sakit dari semalam.  Pergi agak lambat sebab nak siapkan anak2 pergi sekolah, kemudian kemas dapur.   Pukul 8 pagi baru keluar rumah, dah agak panas.

Di tasik cuma ada sorang apek dan 2 pemotong rumput.  Apasal tak ramai orang, adakah sebab dah terlewat atau sebab hari Isnin.

Jalan keliling tasik habis satu pusingan.  Apek dah balik.  Sorang pemotong rumput berehat pulak duduk2 tepi tasik kat bawah pokok, agak menakutkan.  Kalau kena tarik, tak sapa pun tau.

Pergi ke taman berdekatan berhampiran tepi jalan raya.  Panasnya kat situ maklum pokok baru setinggi orang dan dahan pun kurus2 lagi.  Nak cuba jogging.

Kena panaskan badan, cuba semua jenis senaman pemanas badan yg dapat diingat masa anak2 belajar renang dulu.  Tegangkan kaki, tangan, pinggang, peha, kepala, semualah.  Tapi buat random aje, sebab dah ingat2 lupa step.

Teruskan jogging.  Ya Allah, baru 200 meter mata dah berpinar dan kepala dah pusing. Cuaca dah mula panas.   Macam nak pitam.   Tapi alhamdulillah kaki tak sesakit semalam.  Dengan segala kudrat, cuba teruskan hingga habis 1 km jogging sekitar taman tu je.  Tapi setiap 200 meter memang akan berehat, berjalan2 sampai pening kepala dah hilang.  Lepas tu baru sambung balik.  Tak berani nak duduk terus sebab takut terus pitam.

Kalau tengok sengsaranya ummi sekarang, tak sangka zaman muda2 dulu ummi pelari 100 dan 400m.

Insyaallah besok nak sambung jogging lagi.  Berat tak turun, kena jaga makan oii.

Selasa:  Ummi cuba keluar awal.  6.45 am hambat Hf masuk bilik air mandi.  Sedakan sarapan dan kelengkapan sekolah letak depan pintu.  Pesan kat budak2 tunggu ayah balik, ummi nak pergi jogging.  Biasanya ayah akan sampai dari sekolah Sarah dalam 7.10 am.

Sampai tasik, tak ada orang.  Jadi ummi jogging kat tempat semalam.  Tapi hari ni sangat panas, baru 7.30 pagi, matahari dah tinggi memancar.  Ummi rasa penat sangat, baru jogging 500m.  Lagi 500 m ummi cuma dapat berjalan je.

Rabu:  ummi keluar rumah agak awal, 6.45 am.  Basel dan Hf nak ikut jugak.  Sampai2 aje Hf nak buang air kecil.  Baru 1/2 jam kat sana, nak buang air besar pulak.  7.30 kami dah sampai balik rumah.  Terus bersiap untuk ke sekolah.   Ummi dapatkan senarai makanan dengan jumlah kalori dari internet.  Untuk berat badan ummi, kalau nak kurus, kena makan kurang dari 1200 kalori sehari.  Dapat 800 meter aje.

Khamis:  nak keluar cepat, tapi lepas siapkan sarapan dan anak2 sekolah, pukul 6.45 am jugak yg paling awal ummi boleh keluar.  Alhamdulillah hari ni dapat 1 km jog+jalan.   Hf nak ikut tapi kasutnya basah kena air hujan.  Ummi bawak penyembur air sebab takut anjing liar sepanjang jalan.

Dah 3 hari ummi makan kiwi sebelum berjogging, ok dapat tenaga.  Kiwi cuma 46 kalori aje.

Jumaat ummi sakit duduk rumah je.

Pagi Sabtu satu keluarga pergi Hutan Bandar JB, ummi jalan kaki 5km.  Mula2 ayah jaga budak2 main air, pastu turn ummi jaga, ayah pula pergi jalan kaki.Tapi ayah jalan sikit je sebab kaki dia masih sakit lepas panjat Gunung Yong Belar minggu lepas.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Diari Diet Ummi 1-28 Oktober 2012

Dua minggu lepas  ayah di KL selama seminggu.  Ummi gunakan peluang ini untuk crash diet sebab nak jump start, nak ringankan badan dulu.   Pagi-pagi ummi sarapan asam laksa di Meranti.  Tengahari cuma makan sebiji epal hijau.  Malam makan epal hijau lagi.  Cuma air nescafe 3-1 tu aje ummi tak boleh tinggalkan.  Pagi petang malam, tetap ambil.  Tapi ummi ambil separuh peket aje sebab nak kurangkan gula.   Untuk pekatkan air, ummi tambah serbuk nescafe dan susu Anelen.

Update Minggu 1: 1 - 7 Oktober 2012
Lepas seminggu berat ummi dah 58 kg.  Masyaallah, gembiranya rasa.  Cuma perubahan berat tu tak nampak kat badan.  Ummi rasa teruja sangat nak diet lagi.

Ayah balik weekend tu.  Diet terus hilang.  Sarapan, tengahari dan malam balik macam biasa.   Tapi pagi Ahad 7 Oktober kami pergi jogging kat Hutan Bandar MPJBT.   Ummi rasa badan dah ringan sikit, cuma pergelangan kaki sangat sakit sebab 1st time berjalan jauh. .  Tapi alhamdulillah ummi dah boleh berjalan kaki, dulu langsung tak berdaya.  


Update Minggu 2:  8-14 Oktober 2012
Berat badan ummi dah naik 59 kg.  Mungkin sebab dah hentikan crash diet.  Sebelum pergi kerja pada hari Isnin, ummi minum secawan milo, dan ajak Basel temankan jogging di Tasik Pulai Indah.  Kami berjalan kaki dari rumah.   2 minggu lepas masa temankan anak2 ke situ, anak2 je yang berjogging.  Ummi duduk je kat tepi tasik sebab badan berat dan penat berjalan 1 km dari rumah.   

Tapi kali ni ummi dapat keliling tasik 3 kali, dan ummi langsung tak rasa penat.  Anggaran satu pusingan tasik = 1km.  Ummi dah dapat jalan kaki pantas 3 km!!!! Tahniah untuk diri sendiri!!!!    Ummi langsung tak rasa haus, lapar atau penat.  Sangat2 berbeza dari dulu.  

Pagi Selasa dan Rabu ummi teruskan jalan kaki 3 km keliling tasik.   Tapi hari Khamis dan Jumaat tak dapat teruskan sebab banyak kerja dan kena berkejar ke ofis sebelum pukul 7 pagi.  Pergelangan kaki ummi sakit sangat sepanjang 3 hari tu, tapi ummi tahankan sebab nak sihat.  Alhamdulillah semasa rehat selama 2 hari, kaki ummi dah pulih.

Psgi Sabtu ummi ajak anak2 pergi pusing tasik lagi.  Kali ni ummi dapat jalan 7 pusingan =  7 km.  Anak2 memang banyak tenaga, asyik berlari je.  Tapi mereka juga cepat penat dan asyik berehat.  Ummi berjalan tanpa henti dan berharap sangat berat ummi akan turun semula.  

Alhamdullillah kali ni ummi dah tau cara berjalan tanpa sakitkan pergelangan kaki.  Kena jalan pantas tapi langkah kecil2.  Minggu lepas ummi jalan langkah besar, sebab itu agaknya kaki ummi sakit.   Ummi cuba berjogging, tapi tekanan yang kuat semasa kaki ummi mendarat di atas tanah sangat sakit,  jadi ummi berjalan kaki sahaja, langkah kecil tapi pantas.

Tapi balik rumah anak2 semua lapar, jadi beli kuih dan nasik lemak di warung depan.  Ummi pun termakan sama.  Sad.

Pagi Ahad ummi ajak anak2 temankan ke hutan bandar MPJBT lagi.  Kami bertolak pukul 6.30 pagi, sampai pukul 7 pagi.  Subuh masuk awal, dan orang ramai sangat dah sampai lebih awal dari kami.  Alhamdulillah dapat juga parking.  Cantik betul hutan bandar ni, ada pondok2 tradisional dari kayu berukir.  Sangat cantik untuk sesi bergambar.

Kali ni jogging ada banyak masalah.  Baru satu pusingan, anak2 dah bosan.  Kaki ummi pula tersalah langkah dan tiba2 sakit sangat dipergelangan.  Jadi ummi cuma boleh berjalan perlahan.  Lagilah mereka bosan.  Nak berpisah dari ummi tak boleh sebab hutan bandar ni besar sangat dan orang terlalu ramai.  Memang takkan jumpa kalau terpisah.

Bila si Sarah dan Hf dah mula bergaduh, ummi kena balik rumah je. Sampai pasar tani pukul 8 pagi, ummi beli barang2 dapur.

Ayah berada di gunung Yong Belar sejak hari Jumaat.


Update Minggu 3:  15-21 Oktober 2012
Hari Isnin, berat masih 59 kg.   Pagi ni pergi lagi tasik, tapi pergi sorang2 sebab Basel ada hw masih tak siap.   Kaki masih sakit dari semalam.  Pergi agak lambat sebab nak siapkan anak2 pergi sekolah, kemudian kemas dapur.   Pukul 8 pagi baru keluar rumah, dah agak panas.

Di tasik cuma ada sorang apek dan 2 pemotong rumput.  Apasal tak ramai orang, adakah sebab dah terlewat atau sebab hari Isnin.

Jalan keliling tasik habis satu pusingan.  Apek dah balik.  Sorang pemotong rumput berehat pulak duduk2 tepi tasik kat bawah pokok, agak menakutkan.  Kalau kena tarik, tak sapa pun tau.

Pergi ke taman berdekatan berhampiran tepi jalan raya.  Panasnya kat situ maklum pokok baru setinggi orang dan dahan pun kurus2 lagi.  Nak cuba jogging.

Kena panaskan badan, cuba semua jenis senaman pemanas badan yg dapat diingat masa anak2 belajar renang dulu.  Tegangkan kaki, tangan, pinggang, peha, kepala, semualah.  Tapi buat random aje, sebab dah ingat2 lupa step.

Teruskan jogging.  Ya Allah, baru 200 meter mata dah berpinar dan kepala dah pusing. Cuaca dah mula panas.   Macam nak pitam.   Tapi alhamdulillah kaki tak sesakit semalam.  Dengan segala kudrat, cuba teruskan hingga habis 1 km jogging sekitar taman tu je.  Tapi setiap 200 meter memang akan berehat, berjalan2 sampai pening kepala dah hilang.  Lepas tu baru sambung balik.  Tak berani nak duduk terus sebab takut terus pitam.

Kalau tengok sengsaranya ummi sekarang, tak sangka zaman muda2 dulu ummi pelari 100 dan 400m.

Insyaallah besok nak sambung jogging lagi.  Berat tak turun, kena jaga makan oii.

Selasa:  Ummi cuba keluar awal.  6.45 am hambat Hf masuk bilik air mandi.  Sedakan sarapan dan kelengkapan sekolah letak depan pintu.  Pesan kat budak2 tunggu ayah balik, ummi nak pergi jogging.  Biasanya ayah akan sampai dari sekolah Sarah dalam 7.10 am.

Sampai tasik, tak ada orang.  Jadi ummi jogging kat tempat semalam.  Tapi hari ni sangat panas, baru 7.30 pagi, matahari dah tinggi memancar.  Ummi rasa penat sangat, baru jogging 500m.  Lagi 500 m ummi cuma dapat berjalan je.

Rabu:  ummi keluar rumah agak awal, 6.45 am.  Basel dan Hf nak ikut jugak.  Sampai2 aje Hf nak buang air kecil.  Baru 1/2 jam kat sana, nak buang air besar pulak.  7.30 kami dah sampai balik rumah.  Terus bersiap untuk ke sekolah.   Ummi dapatkan senarai makanan dengan jumlah kalori dari internet.  Untuk berat badan ummi, kalau nak kurus, kena makan kurang dari 1200 kalori sehari.  Dapat 800 meter aje.

Khamis:  nak keluar cepat, tapi lepas siapkan sarapan dan anak2 sekolah, pukul 6.45 am jugak yg paling awal ummi boleh keluar.  Alhamdulillah hari ni dapat 1 km jog+jalan.   Hf nak ikut tapi kasutnya basah kena air hujan.  Ummi bawak penyembur air sebab takut anjing liar sepanjang jalan.

Dah 3 hari ummi makan kiwi sebelum berjogging, ok dapat tenaga.  Kiwi cuma 46 kalori aje.

Jumaat ummi sakit duduk rumah je.

Pagi Sabtu satu keluarga pergi Hutan Bandar JB, ummi jalan kaki 5km.  Mula2 ayah jaga budak2 main air, pastu turn ummi jaga, ayah pula pergi jalan kaki.Tapi ayah jalan sikit je sebab kaki dia masih sakit lepas panjat Gunung Yong Belar minggu lepas.


Update Minggu 4:  22-28 Oktober 2012
Isnin:  Berat masih 59 kg, tak berkurang sekilo pun, sebab makan tak diet pun.  Kesan buruk hasil berjogging setiap pagi ...muka ummi dah gelap. Beza warna pipi yg terdedah dengan pipi dalam tudung sangat jelas .... kalau teruskan boleh berganda2 gelap nanti, sebab muka ummi memang cepat terbakar walau keluar awal pagi.

Jadi minggu ni ummi nak tukar exercise dalam rumah je.  Buat permulaan lari setempat 100 kali dan lari naik tangga 100 langkah.  Lari naik tangga tu ok lagi masa 80 yang pertama.  Selepas yang ke 100 memang tercungap-cungap, maknanya sampailah objektif ummi nak gerakkan jantung.

Hari Khamis sampai Ahad ummi tak exercise langsung .... balik kampung beraya, dan makan makan makan.  Berat dah 60 kg, tangan rasa kebas2 dan kepala pening.  Agaknya darah tinggi ummi dah naik sebab banyak sangat makan nasi himpit dan rendang daging.  Mulut ummi pecah2 sebab panas dalam.  Tak sempat jumpa doktor sebab sibuk.

Kena Darah Tinggi dan Overweight....Mesti Diet



  Sepanjang bulan Ramadhan lepas, berat ummi menten 58 kg waktu siang, dan naik 60 kg malam.  Hari Raya pertama, lepas makan sehari suntuk, berat ummi terus naik 60 kg tak turun-turun.  Lepas sebulan beraya, berat dah naik 62 kg.  Agaknya 62 kg ni berat maksimum buat masa ni, sebab menten aje angka tu.  Tapi ummi rasa miserable dan tak sihat.  Semua gambar ummi masa  open house hari raya nampak gemuk sangat.



Patutlah ummi rasa pening kepala selepas makan rendang banyak sangat sepanjang Syawal, rupanya ummi dah ada darah tinggi.  Masa kepala ummi sakit sangat dan selepas 1 hari masih sakit, ummi pergi jumpa doktor.

Tekanan darah ummi 145.   Doktor kata waktu ummi tengah sakit sangat, bacaan tu mungkin lebih tinggi lagi.  Doktor kata ummi stress.   Doktor nasihat kurangkan makan lemak dan garam.   Yang ini memng susah untuk ummi amalkan, sebab ummi suka makan ikan masin dan jeruk.  Dua-dua tu kira makanan ruji sejak kecil.   Mesti boleh, mesti!!!

Ummi surf dan baca macam2 testimoni diet, termasuklah yang tengah panas sekarang, SDII.  Kalau baca testimoni dioarang dalam ruang iklan macam best aje turun berkilo-kilo, tanpa berlapar katanya.  Tapi bila ummi ikuti satu forum tentang cara mereka berdiet ni, rupanya banyak pantang larang yang kena diamalkan.  Contohnya tak boleh makan nasi atau apa2 karbohidrat, tak boleh makan makanan manis termasuklah buah-buahan.   Kalau macam tu punya ekstreme jaga makan, tak payah minum minuman kesihatan pun, badan boleh kurus!!!!  Dari ummi habiskan duit beratus ringgit beli diet drink tu, baik ummi beli macam2 jenis buah-buahan dan susu, lagi sihat dan semulajadi.

Yang buat lagi stress, ayah pula semakin sihat dan mantap sejak mulakan hobi mendaki gunung. 

Ummi bawa anak2 berjalan kaki ke tepi tasik, tujuan nak exercise.  BIla dah penat berjalan dari rumah ke tasik yang hampir  1 km jauhnya tu, ummi terus terduduk keletihan.  Jadi sepanjang masa berada di situ, anak2 je yang berlari pusing tasik.  Ummi cuma duduk dan dapat tengok saja, sebab dah rasa letih yang amat.

Macammana ni ummi, takkan nak jadi begini selamanya?

Sabtu, 1 September 2012

Air Garam Perawat Mulut

Hampir 20 tahun usia perkahwinan ummi, listerin adalah salah satu barang yang tak boleh tinggal dalam list groceries setiap bulan.


Waktu muda memang nampak cantik je gigi.  Tapi setiap kali mengandung dan rosak barulah nampak kekurangan dan kerapuhan gigi ummi.  Sebab tu listerin dan floss memang tak tinggal, sentiasa ada.  Terlalu banyak gigi yg dah berlubang, ditampal dan akhirnya kena root canal, sampaikan ummi kena budget, setahun satu gigi je sebab dekat beribu dah habis kat doktor gigi.  Jadi sementara nak tunggu bajet tahun depan, bertahan ajelah dengan lubang2 yang ada.

Dulu2, kalau mulut bau tak sedap aje ummi kumur dengan listerin.   Tapi bulan ramadhan baru2 ni, sebab ada satu lubang tu sentiasa ada makanan terselit kat lubang yang sangat sempit, maka bau susah nak hilang.  Kumur dengan listerin berkali2 pun tak hilang.  Takkan puasa waktu siang nak berkumur2 je kat billik air.  Batal puasa kang.  Sudahlah listerin tu ada rasa manis2 sikit.   Ummi cuba jalan akhir, guna air garam.  Lepas sahur, ummi terus berkumur dengan segelas air garam.  Segar je bau mulut ummi lepas tu, hilang langsung bau yang menghantui beberapa hari sebelum tu!!!!   Sekali tu je ummi berkumur, alhamdulillah.

Beberapa hari kemudian, tekak ummi pula rasa sakit macam nak kena demam selsema.  Biasanya waktu tekak gatal2 macam tu, ummi kumur dengan listerin.  Beberapa kali juga kena kumur baru ok.  Itupun cuma legakan tekak je, bukan sembuhkan.  Kena juga ambik antibiotik dan ubat demam selsema ikut aturan.

Bulan puasa ummi cuba elakkan makan ubat berjadual.  Jadi ummi bertawakkal berkumur dengan air garam lagi.  Mudah-mudahan sembuh.  Masyaallah, sekali je ummi kumur.  Selepas tu tekak ummi terus hilang gatal.  Nampak gaya sebotol listerin yang dibeli sebelum ramadhan akan bertahan beberapa bulan lagi!

Kepercayaan ummi pada khasiat air garam memang dah 90% waktu ni.

Hari raya tiba, anak2 ummi dari asrama pun dah balik.  Beraya sakan 6 hari di kampung, Aisyah pula sakit mulut.  Katanya sakit sangat bila dia makan makanan pedas macam rendang dan kuah-muah di hari raya.   Oh masa tu ummi terlupa pasal air garam, sebab benda baru jumpa kan.  Ummi cuma teringatkan listerin yang tertinggal di rumah.  Jadi ummi minta Aisyah bersabar sampai balik rumah.

Sampai di rumah, putih2 kat mulut Aisyah dah besar dan macam luka bernanah.  Kesiannya dia.   Masa ummi nak capai botol listerin tu, barulah ummi teringat tentang air garam yang berkhasiat dan berjasa pada mulut ummi.   Ummi terus bancuhkan segelas air campur sesudu garam untuk Aisyah..   Malam tu Aisyah kumur sikit2 sampai habis segelas.  Ummi suruh dia kumur sekali lagi subuh esok, dan kumur lagi bila2 dia masih rasa sakit.

Esoknya pagi2 lagi Aisyah terus bagitau, ummi dah tak payah kumur lagi.   Kenapa?  Sebab mulut Aisyah dah baik.   Wah miraclenya!!!!!   Ummi masih ingat rupa luka bernanah kat mulut Aisyah tu, tapi dah kering dan sembuh dengan segelas air garam je?? Macam tak percaya!!!!


Update 1 Okt 2012:

Gusi ummi berdekatan geraham bungsu sakit dan pecah2.  Agaknya sebab cuaca panas dan ummi kurang minum air.  Ummi terus berkumur dengan air garam beberapa kali sehari.  Lepas sehari, masih tak  baik tapi dah kurang sakitnya.  Pelik jugak, kenapa lambat baik sebab Aisyah dulu kumur sekali je.  Tapi mungkin sebab pecah gusi ummi kat belakang sekali, tempat tersorok, sedangkan Aisyah kat gusi depan.

Hari ni hari kedua, alhamdulillah dah tak rasa sakit langsung.  Nak tengok tak dapat sebab tersorok kat belakang, tapi ummi yakin tentu dah kering dan sembuh lukanya sebab dah tak rasa apa-apa.

Ummi risau jugak nak kumur air garam ni sebab baru disahkan ada darah tinggi beberapa hari lepas.  Doktor dah suruh kurangkan garam.  Jadi masa kumur tu memang bersungguh-sungguh ummi  luakkan air garam yg tersisat di mulut.  Kemudian kumur last sekali dengan air bersih.


Update 15 Feb 2018:

Lama tak update.   Ummi tinggal di Australia sekarang, dimana kos pergigian macam nak pergi melancong.   Budak2 sekolah rawatan free, kerajaan bayarkan, tapi kami dapat bill dari doktor.  Pergi kali pertama, x-ray  check dan cleaning aje dah  Aud $400 seorang.  Mahalnya.  Dua tahun ummi kat sini, 2 tahun la tak pergi jumpa dentist.   Kat sini buat root cannal kosnya Aud $3000, kat Malaysia dulu ummi buat kena RM200 je kat klinik swasta.  Ummi pernah tampal gigi kat klinik kerajaan di Malaysia, bayar RM1 je.  Tak de tanya pendapatan berapa. 

Kat OZ tak dapat la nak pergi klinik gigi kerajaan melainkan kita tergolong dalam kumpulan fakir miskin (homeless/jobless).  Ada kad khas untuk layak dapat rawatan kerajaan percuma tu.   

Kalau sewa rumah aje dah hampir Aud $3000 sebulan (lebihkurang RM9000),  takkan nak claim homeless/jobless pula.  Duit sebanyak ni ummi boleh hidup selesa dudukla mana2 kampung kat Malaysia.  Kami dah terlajak tinggal di Sydney cuba bertahan selagi boleh.

Padahal, hidup bercatu2 sebab utamakan bayar sewa rumah  dan bill2.  Ye, ummi letak figure RM tu sebab dah selalu kami terpaksa keluarkan saving dari Malaysia bila pelanggan homestay dan tour kurang dan duit bulan tu tak cukup. 

Kenapa ummi melalut pasal sewa rumah ni?   Ye lah bila kos  sewa rumah dan kos dental tinggi sangat, terpaksalah ummi bergantung dengan air garam je untuk rawatan sendiri2 kat rumah.  Ummi dah sakit gigi dan sakit gusi banyak kali,  umur dah tua, gigi banyak dah haus.  Lubang kat geraham dah makin besar.  Berkumur dengan air garam je lah ikhtiar  pertama dan terakhir ummi.  

Semalam masa gusi tepi geraham  rasa nyilu mencucuk-cucuk sangat, ummi kumur air garam beberapa kali sehingga malam tadi.  Alhamdulillah hari ni dah hilang nyilu tu.  Terimakasih ya Allah kerana kurniakan garam kepada kami, selain boleh sedapkan makanan, boleh juga jadikan ubat.

Tak sangka link ini pun cerita tentang kebaikan air garam untuk mulut..Poster di sebelah ambil dari link ini: /salt-water-gargle-benefits/ 


Update:10 June 2018

Bulan Ramadhan, lagi seminggu nak raya. Alhamdulillah gigi dan mulut ummi ok takde masalah sepanjang bulan puasa ni, sehinggalah semalam.  Tiba2 mulut ummi kering,  ada mata ikan dan gusi pecah, sebelah kiri dan kanan mulut ummi serentak sakit,   Adakah sebab minum air bergas di majlis buka puasa yang sekolah anak2 anjurkan sebelum tu?    

Jadi beberapa kali  waktu malam  dan subuh tadi, ummi berkumur dengan air garam.  Alhamdullillah pagi ni dah rasa lega.  Mata ikan yang baru nak muncul pun dah hilang, dan gusi pecah tu pun dah tak nampak.  Oh ya kali ni ummi berkumur pakai air garam bukit, sebab ayah dah larang ummi beli garam laut sebab terlalu banyak pencemaran  plastik di laut sekarang sehingga garamnya  pun ada trace mikroplastik.  Dah ada banyak berita pasal ni:  Microplastic in Ocean.


Sekiranya saudara  suka dengan  tulisan di atas ni, mohon support ummi dengan klik pada iklan di bawah.  Sekiranya tak suka iklan tersebut, klik pada x sahaja dan pilih sebab, insyaallah iklan sepertinya tak kan muncul lagi.   Kalau tak nak buat apa2 pun boleh, biar sahaja iklan itu duduk disitu.

-------------------------------------------------------------
More on  Diet Garam dan Gula  di rumah kami.

Jumaat, 31 Ogos 2012

Perusahaan Kelapa di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam

Nenek cerita zaman kanak-kanaknya, seawal 3 pagi dah pergi mencungkil  kelapa di rumah asap.  Rumah asap ni kebiasaanya dimiliki kaum Cina, yang membeli buah2 kelapa dari kebun penduduk kampung, dan membayar upah pada penduduk kampung untuk menyungkil isi kelapa dari tempurungnya.  Kemudian isi kelapa diasapkan sehingga kering.  Tempurung kelapa dikumpul dan dijadikan bara di bawah rumah asap untuk mengeringkan isi kelapa.  Selepas itu dibawa ke kilang untuk diperah menjadi minyak kelapa.

Masa ummi kanak2 pada tahun 1980an, ummi sempat ikut nenek dan moyang ke rumah asap dan sempat merasa pengalaman mencungkil  isi kelapa.  Kerjanya kejap je, selebihnya kami main2 kat situ.  Moyang lelaki pula mengambil upah mengait buah2 kelapa di kebun-kebun penduduk kampung.  Pada waktu lain, kedua2 moyang akan mengambil upah mengemaskan kebun dan mengumpul buah koko masak untuk dikeringkan.  Mereka hanya bekerja mengambil upah sahaja kerana mereka tiada kebun sendiri.  Cuma ada sikit tanah cukup untuk jadi tapak rumah.

Selepas berpuluh tahun meninggalkan kampung, Syawal 2012 baru-baru ni ummi sekeluarga balik semula ke Sabak Bernam.  Kami ambil peluang mengambil gambar perusahaan kelapa yang terkini.  Rupa-rupanya kini mengumpul sabut kelapa pula jadi antara perusahaan yang terpenting.  Sabut kelapa ini dibwa ke kilang dan dipintal untuk menjadi tali yang kuat.  Pekerja pula adalah kaum Bangladesh sebab semua orang kampung di situ dah uzur.  Anak-anak muda lebih suka berhijrah ke bandar.


Rumah asap yang masih wujud tapi dah nampak uzur. 

Buah kelapa yang belum dikupas.  Yang jauh tu isi kelapa yang dah dicungkil dari tempurung.

 Sabut kelapa dikumpulkan di tepi jalan untuk dikutip dan dihantar ke kilang tali sabut.  Kanak2 tu mungkin cucu atau cicit kepada pemilik rumah asap.