Tuesday, September 15, 2015

Bercuti ke Jakarta Jun 2014

Kami bertolak dari Bandung sejak 8 pagi, dan sampai ke Taman Mini Indonesia   pukul 12 tengahari, padahal perjalanan setakat 145 km sahaja, kalau ikut google map 2 jam setengah  tanpa macet.  Itu ikut jalan tol sepenuhnya.  Kalau kat Malaysia, 145 km boleh sampai kurang 2 jam.

Dah sampai, terus naik kereta kabel.  Rendah je kabel tu, takat tinggi pokok kelapa.  Dapat tengok dari atas model perkampungan dan rumah2 di semua pulau2 utama Indonesia.   Belum puas, kami pergi lawat rumah2 tu berjalan kaki, singgah dari rumah ke rumah. Kesian nenek, penat sangat ikut anak cucu berjalan.   Kami tengok rumah Palembang, Sumatera yang paling sama bentuknya dengan rumah2 Melaka sekarang.  Logiklah sebab Parameswara pun berasal dari Palembang, tentulah design rumah dari sana yang dibawa ke sini.


Rumah yang paling cantik dan berseni pastilah rumah Minang dari Sumatera Barat.  Memang samalah dengan rumah2 orang besar di Negeri Sembilan.


Oleh kerana susur galur ummi adalah kaum Banjar dari Kalimantan Selatan, memang kami teringin sangat nak tengok rumah dari sana.  Tapi  uhmmm kenapa lain sangat dengan rumah2 kat kampung kami di Sabak Bernam dan Bagan Datoh?  Orang2 Banjar langsung tak bawa design rumah mereka ke Tanah Melayu ketika berhijrah beramai2 sekitar 1800an, semasa berlaku perang di Kalimantan Selatan dengan campurtangan Belanda. 


Semasa kami singgah ke rumah2 dari Sulawesi, barulah nampak persamaan dengan rumah2 di Selangor.  Rupanya design rumah2 di kampung kami mengambil design rumah Bugis.  Yang peliknya, di kampung kami tu tiada seorang Bugis pun. Mungkin kerana mereka yang berkuasa di Selangor dan menjadi raja, semua design rumah pun ikut tempat mereka.  Bahagian tepi rumah memang hampir2 sama dengan rumah arwah nenek ummi di Sungai Besar, dimana anjung dan dapur dipisahkan oleh ruang kecil dan sempit dan di situ juga ada tangga untuk ke luar rumah.





Selepas menghabiskan masa 2 jam di situ, kami bertolak ke penginapan kami di Kota Tua Jakarta.  Sengaja kami pilih tempat tu sebab masa kami pendek sahaja, dan ayah nak lawat Kota Tua sahaja.  Kami tak nak masuk ke dalam bandaraya Jakarta.  Lagipun ummi dan ayah dah pernah ke sana hampir 20 tahun yang lalu.
Kota tua ni tempat pemerintahan Belanda di Jakarta.  Bangunan2 Belanda di sini jauh lebih banyak dari di Melaka dan masih kukuh lagi.   Melaka betul2 jaga bandar mereka dan tarik ramai pelancung.   Bangunan2 Kota Tua nampak cantik dari depan sahaja,  sungai di bahagian belakangnya sangat kotor, busuk dan penuh sampah sarap.


Kami sempat merasa naik pengangkutan awam yang tiada di Malaysia.  Yang biru tuk tuk, dan kenderaan oren di bawah ialah bajaj.  Tuk tuk sudah dihentikan servisnya, yang tinggal sekarang ni bajaj je.



Kami bertolak ke Lapangan Terbang Sukarno-Hatta keesokannya.  Twins Hotel  kami tinggal tu sangat best, kami ambil 2 family room, dan sarapan disediakan.  Kota Tua juga agak dekat dengan airport, tak perlu merempuh macet kota Jakarta yang teruk semata2 nak balik Malaysia.  Jaraknya dalam peta 22 km sahaja, tapi lebihkurang sejam jugakla kami merangkak baru sampai.


Monday, August 31, 2015

Bercuti ke Bandung Jun 2014

Percutian ni dah lama, lebih setahun yang lalu, tapi baru nak update hari ni.  Kami pergi 8 orang semuanya, 6 dewasa dan 2 kanak2 bawah 12 tahun.


Antara tempat yang kami tuju di Bandung adalah Tangkuban Parahu sejam dari Kota Bandung.  Suhu nyaman masa kmai ke sini, cuaca cerah dan tak berkabus, alhamdulillah nampak semua dari bahagian sebelah atas gunung.   Kena menapak beberapa anak tangga.  Nenek berehat di pondok penjual jagung sambil makan jagung bakar dan minum air panas.   Jangan tertipu dengan penjual strawberi sebab semuanya dah direndam dalam air gula.  Kami yg dah biasa diet kurang gula memang rasa macam makan gula, bukan makan buah.





 

 



Kawah Putih 2 jam dari Kota Bandung.  Kena bertolak awal pagi kalau tak nak terperangkap dalam macet dalam kota yang boleh jadi berjam2 lamanya.   Di sini kita boleh pergi sehingga ke gigi air di dalam kawah dan boleh pegang belerang.   Tangan berbau sulfur la lepas tu.  Di sini best sebab tak ada penjual yang paksa2 kita beli.   Ada banyak pondok yang jual buah2an termasuk strawberi di pintu masuk sebelum naik trak yang membawa kita ke kawah.   Kami singgah di warung minum air coklat dan teh panas di situ.



 

Pasar Terapung  atau Pasar Lembang paling seronok sekali.  Bermacam makanan Indonesia kita boleh cuba termasuk pecal, pisang coklat keju, sate kelinci, air jahe dan banyak lagi.    Ada pemandangan perkampungan comel dan sawah padi mini.   Kami sangat2 berpuas hati dan puas makan di situ, ada bermacam jenis dan harga berpatutan.  Tiada pelancung dari Malaysia ketika tu, kebanyakan pelancung  dari Jakarta.  Mungkin ramai rakyat Malaysia tak tahu tempat ni, sebab tu makanan masih murah lagi ......





Kami juga pergi ke Muzeum Geologi dan tengok model mukabumi pulau Jawa yang penuh gunung berapi.   Di dalam tu juga dipamerkan sulfur berbagai saiz dan warna dari berbagai kawah.  Sulfur dari kawah Ijen berbentuk ketulan besar dan berwarna kuning yang sangat terang.

Bagi ummi, makanan di Bandung sangat mahal!!!! Memang cekik darah dan cekik pelancung.   Ada guide (supir) pun sama je, dia yg pilih restoren untuk kami bersarapan.   Entah berapa dia dapat komisen agaknya.  Ada ke sarapan nasi goreng dan mee goreng untuk 8 orang pun seratus ringgit, sejak hari tu kami beli roti dan jem buat sarapan di apartment. 

Kami pergi ke Pasar Baru untuk makan dan membeli belah.  Tapi pasar tu (mall sebenarnya) terlalu sesak dan tak selesa terutama bagi nenek sebab nak jalan pun terpaksa berhimpit2.   Kena tarik pula tu dengan peminta sedekah dan penjual2 jalanan.    Makan tengahari di Pasar Baru pula sehingga dua ratus ringgit. Setakat nasi ayam penyet  dan mee ntah apa2.  Jangan makan di situ lagi!  Tapi buah salak yang di jual di situ sangat manis.  Nenek beli banyak sebab dah dipesan oleh kawan2nya.

Kami tidur di Bandung 3 malam, kemudian kami bertolak ke Jakarta.

Saturday, August 22, 2015

Finally!!! Glorious Day in Sydney ... Saturday 22/8/15

Tajuk je English, isi bahasa Melayu.  Malam tadi ummi terjaga pukul 3 pagi sebab kepanasan.  Maklumla tidur pakai selimut tebal dua lapis, sebab biasanya  subuh  sejuk sehingga 5 Celcius.  Tengok kat jangkasuhu, 20 Celcius!!!   Pukul 3 pagi, macam tak masuk akal.   Lepas buka stokin, buang satu selimut, barulah selesa nak tidur balik.

Setelah 2 bulan tidur dalam suhu kurang dari  10 Celcius ...( kami tak pernah buka heater masa tidur sebab nak jimat bil ), akhirnya hari yang ditunggu2 datang juga.  Spring ... musim bunga!!!

Sepanjang hari ni ummi berada di luar rumah.  Lepas sarapan je, terus keluar ke laman belakang.  Cabut rumput yang banyak menjalar semenjak rumah ni kosong sebelum kami masuk.  Sebelum ni tak mampu nak tarik rumput sebab tangan sakit bila paksa2 kerja kuat dalam cuaca sejuk.  Tak habis cabut rumpur, pergi tengok semaian benih bunga matahari yang dah sebulan bertapa. 

Benih yang ummi semai dalam pasu besar dah mula tumbuh beberapa hari lepas.   Benih yang baru je disemai kemudian dalam bekas telur, baru nak tumbuh hari ni.  Ummi pindahkan anak2 benih dalam bekas telur ke dalam pasu kecil.  Kalau dah besar sikit nanti, nak tanam di halaman depan rumah.  Mudah-mudahan pokok ummi dah berbunga masa nenek datang sebulan lagi.

Masa basuh baju, semua air sabun yang keluar dari mesin ummi tadah dalam besen besar dan siram pokok2 yang ada.  Tengok keratan ros dalam satu pasu macam makin hitam dan tiada tanda2 nak hidup.  Bila ummi cabut dan selongkar tanah, patutlah.  Ewwwww, tanah tu menakung air, dan dah berbau busuk sebab lubang pasu cuma ada satu di tengah2, mungkin dah tersumbat.  Tanah tu ummi tukar ke pasu besar yang ada banyak lubang.  Wah ada 3 ekor cacing tanah gemuk2, ummi terus pindahkan cacing ke pasu strawberi.  Strawberi ni baru nak keluar daun2, mudah-mudahan tak lama lagi berbunga dan berbuah pula.

Ummi masuk rumah nak mandi, masak dan solat.  Kemudian ummi dan ayah keluar ambil Basel dan Habel di masjid.  Mereka ada kelas agama dari pukul 10 pagi sehingga 2 petang.  Ada pokok sedang berbunga indah di sebelah masjid.  Pokok apa agaknya, ceri, plum, pear atau epal?  Bunganya berwarna merah jambu.  Habel dan Basel seronok pergi kelas agama setiap Sabtu ni, hari ni dapat pula makan lagsania dan  aiskrim coklat.  Hamboi2.



Petang keluar lagi.  seronoknya hari ni, suhu siang 28 Celcius, dah macam Malaysia panasnya. Ummi buka luas2 semua pintu dan tingkap. Buat pertama kali, Habel dan Basel main kat luar rumah tanpa jaket.  Main sampai nak masuk maghrib, sebab  masih terang menderang.  Maghrib hari ni masuk 5.31 pm.  Sekarang waktu siang berubah dengan cepat.

Masa ummi datang 2 bulan lalu, pertengahan bulan Jun, waktu siang lebih pendek.  Kena masak lepas Zohor untuk berbuka.   Zohor ketika itu 12 pm, Asar 2.30 pm dan Maghrib 4.45 pm.  Lepas solat Asar, ummi kena ambil anak2 balik dari sekolah dan cuma sampai ke rumah pukul 3.30 pm.   Lega rasanya kalau dah masak, boleh la berkemas dan bersedia untuk maghrib.

Minggu lepas kami berjalan ke bandar Sydney, cuaca ok terang benderang tapi sangat berangin.  Ummi tak pakai jaket, tahan ajelah kesejukan.  Esok kami nak berjalan lagi, nak bawa jaket ke tak?  Ramalan cuaca 28 Celcius lagi, tak payah pakailah.

Update Selasa 25/8/15
Syukurlah tengok balik weather forecast, pagi hujan, tengahari tak hujan, petang hujan.  Tengok kat luar pun bukan main lebat hujan.  Jadi kami tunggu hujan reda sikit, tapi keluar juga pakai winter jaket!!!!   Sebab jaket ni je kalis air, kalau jaket biasa habis basah lencun nanti.  Lagipun sejuk dan berangin.   Kalau sejuk macam ni, sah2 la antara 15 - 20 Celcius je.  Kami pergi the Gap yang famous sebab cantik tapi jadi pilihan   mereka yang murung pergi bunuh diri.



Tengahari tu masa nak balik baru hujan renyai2 tadi berhenti.  Kami turun dari keretapi ke ruang parking kereta.  Sempat2 aje masuk, hujan turun semula dengan lebat.  Hujan tak berenti sampai malam.  Malah sampai hari ni pun, walaupun dah kurang hujan, masih lagi sejuk dan berangin.  Back to winter again, dapatlah merasa walau  sehari glorious day sejak datang ke Sydney.





Saturday, June 20, 2015

Basel dan Habel dah Bersekolah di Australia

Basel mula bersekolah di Kagorah High School, Sdyney, pada hari pertama Ramadhan, iaitu pada 17 Jun 2015.  Yuran Basel sebagai PR adalah $150 untuk penggal pertama, dan $25 untuk penggal seterusnya.  Sekiranya Basel mendaftar sebagai pelajar antarabangsa, yurannya adalah $14,000 per year.

Basel baru berusia 12 tahun, masih darjah 6 lagi.  Tapi di Australia, 12 tahun dah masuk High School.  Oleh kerana Basel datang dari negara yang bahasa pertamanya bukan English, dia dimasukkan ke kelas Intensif English.  Basel ambil ujian kelayakan dahulu, dan dari situ dia dimasukkan  ke dalam kelas intermediate, atau level 2.   Maksudnya pelajar2 dalam kelas ini dianggap sudah memahami bahasa Inggeris tetapi belum cekap lagi.

Ramai pelajar yang masuk ke kelas basic, ada di antaranya baru nak mengenal huruf ABC kerana tulisan di negara asal mereka berbeza..  Ada hampir 50 bangsa dari seluruh dunia bersekolah di situ.  Dalam kelas intensif ini, pelajarnya sedikit sahaja, kurang dari 20 orang.  Semuanya baru datang ke Australia, dan majoriti dari negara Cina.   Umur mereka tidak sama, ramai yang lebih tua dari Basel.  Pelajar2 Cina terkejut bila tahu Basel boleh berbahasa Mandarin. 


Rakan baik Basel dalam kelas ini ialah Philip yang berasal dari Filipina.  Philip tiba di Sydney seminggu lebih awal dari Basel.  Bahasa Inggeris Philip lebih baik dari Basel, jadi  mudah-mudahan dia boleh cepat belajar dari perbualan harian mereka di sekolah.

Selain English, mereka juga masuk kelas lain seperti Matematik, Sains, Geografi, Sejarah, Drama, Computer,  Lukisan dan Sukan.

Perbezaan paling besar ialah berat beg yang dibawa ke sekolah setiap hari.  Di sekolah lama Basel, SJKC Pulai, beg sangat berat macam bawa batu giling.  Subjek bahasa Cina sahaja ada 6 buah buku yang perlu dibawa setiap hari.  Belum masuk subjek lain seperti Matematik, BM, English dan Sains.  Di Australia, satu hari maksimum 4 subjek sahaja, setiap subjek 1 jam.   Tiada buku pula tu, semuanya dalam bentuk kertas A4 yang cikgu beri setiap hari di dalam satu fail.

Kelas Basel bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir 2.45 petang.  Ada waktu rehat setengah jam pukul 11 pagi dan 1.15 tengahari.  Atas permintaan kami,  Basel dibenarkan bersolat Zohor, dan cikgu sediakan satu bilik stor untuk tujuan tu.

Oleh kerana bulan Ramadhan, Basel tak bawa bekal makanan.  Tetapi pelajar lain boleh bawa bekal atau beli dari kantin sekolah.  Kami diberikan senarai makanan halal dan  tidak halal oleh pihak sekolah.

Basel boleh pilih untuk masuk satu kelas agama, malangnya kelas agama Islam adalah dalam bentuk ajaran Syiah, kerana pelopor orang Islam di Australia adalah bangsa Labenon yang berfahaman Syiah.   Jadi kami pilih kelas Ethics, supaya dia lebih memahami budaya dan cara kerja orang2 tempatan.

Habel pula kami daftarkan di Arncliffe Public School.  Walaupun sudah berusia 9 tahun dan berada dalam darjah 3 di Malaysia, dia masih dianggap 8 tahun di Australia kerana lahir bulan Oktober.

Di sini, umur pelajar grade 1 ialah   6 tahun yang dikira pada bulan Julai tahun sebelumnya.   Oleh kerana Habel baru berusia 8 tahun, dia masuk grade 3.  Guru kelas Habel ialah cikgu Olsen.  Ummi hantar Habel pada hari pertama sekolahnya, dan tengok dia berdiri bersama pelajar lain semasa perhimpunan.  Ummi nampak seorang pelajar perempuan cuba menegur dan bercakap dengan Habel, tapi Habel cuma tegak berdiri pandang ke depan kerana terlalu nervous agaknya.

update:  selepas seminggu, masih tiada jadual waktu atau buku dalam beg Habel.  Bila ummi tanya pihak sekolah, memang mereka tiada jadual waktu dan semua kerja2 sekolah disiapkan di sekolah.  Jadi tiada buku untuk dibawa pulang.

Satu hari, Habel bawa balik lukisan dan model sistem suria ke rumah.  Katanya hari itu, aktiviti mereka ialah melukis, buat model sistem suria di makmal sains, dan main game pendidikan di ipad.

Sekarang musim sejuk untuk hemisfera selatan.  Suhu siang ketika ini sekitar 15-18 celcius, dan malam pula antara 5-10 Celcius.  Rumah kami sangat sejuk sebab terlindung matahari tapi di luar agak suam jika matahari terang menderang.  Tapi ketika sport atau pendidikan jasmani, budak2 sekolah di sini tetap berseluar pendek aje.   Syukurlah seluar pendek tu agak besar bagi Habel dan Basel, dan tutup lutut mereka.


Hari pertama Habel ke sekolah

Update 20 Ogos 2015

Tiga minggu lepas, Basel dinaikkan ke level 3 selepas sebulan berada di level 2, kerana cikgu2 berpendapat level 2 sudah terlalu mudah untuk dia. 

Kami pergi ke sekolah Basel sebab ada perjumpaan ibubapa dan guru2.   Ada 8 matapelajaran semuanya, dan kena jumpa setiap guru untuk subjek tu kalau nak tahu pencapaian anak kita, bukan guru kelas seperti di Malaysia.  Waktu singkat, dan ibubapa pun ramai.  Kami pilih kelas English dan Matematik sebab itu kelas yang Basel nampak struggle.  Kelas matematik ada barisan yang sangat panjang.   Jadi kami jumpa cikgu English yang merupakan cikgu kelas Basel juga.   Alhamdulillah Basel dapat tempat ke 2 dalam kelas, dan markah English 88%, walaupun masuk pada pertengahan penggal.  

Selepas berjumpa dengan cikgu2 English, Matematik, Sejarah, Drama, dan Geografi, semuanya meberi komen yang sama.  Basel sangat konfiden dalam kelas, selalu bertanya soalan, banyak bercakap, dan ingat fakta2 yang sudah diajar.  Semua cikgu2 ni sukakan Basel dan kata Basel sangat cepat belajar.  Sehingga kami pergi ke cikgu Sains.  Cikgu Cina yang Englishnya tak fasih sangat, macam level kami juga.  Cikgu ini tiada yang positif tentang Basel, sedangkan Sainslah subjek yang paling Basel minat dari dulu.  Katanya Basel sangat slow.  Kami terkejut.  Ok Basel memang slow kalau buat benda fizikal, contoh ikat tali kasut dan tolong ambil barang.  Tiada istilah hurry up untuk Basel.  Tapi tidak dalam akademik.

Kami tak faham dan minta cikgu jelaskan.  Cikgu Sains terus ambil poster manila cardboard yang Basel buat.  Poster tu penuh dengan tulisan tangan Basel (yang cantik dan boleh dibaca)  dan lukisan dalam perut manusia.  Cikgu kata Basel sangat slow masa buat poster tu.  Masa budak2 lain dah siap buat, dia baru nak mewarna lukisan. Cikgu bagi contoh lain, kalau dia tulis nota untuk disalin oleh murid2, Basel tak pernah dapat habiskan sebab dia sangat slow menulis. 

Baru ummi faham.  Sebenarnya inilah masalah Basel masa sekolah di Malaysia.  Kalau dapat cikgu yang jenis mengajar tulis segala-galanya di whiteboard, dan murid2 salin dalam buku, Basel memang bermasalah.  Ini kerana tulisan tangan dia sangat teruk dan tak boleh dibaca kalau ditulis dengan cepat.  Kalau dia nak baca semula dan faham, dia kena tulis berhati2 dan perlahan-lahan.  Ini bukan cara pengajaran yang berkesan pun, dan cikgu2 lain tak buat macam ni.   Kecuali cikgu Sains ini, baru datang dari negara Cina kah?  Sepatutnya kelas Sainslah yang paling fun dan menarik, kalau cikgu pandai pelbagaikan cara pengajaran.

Sebab itu semasa di Malaysia, Basel agak tenggelam.  Dia cuma menyerlah masa exam je, sebab dapat markah tinggi. Melainkan essay, sebab tulisan teruk.  Tapi dalam kelas, dia ketinggalan, kerana cara pengajaran cikgu tulis, murid salin ini.   

Habel pun sebenarnya ada masalah yang sama, tulisan tangan sangat teruk kalau ditulis dengan cepat.  Sebenarnya ini masalah kanak2 disleksia, kerana mereka ada masalah direction susun atur abjad  menjadi perkataan.  Pernah nampak dalam buku Basel, dia tulis, MAYA NAKAM AKUS AYAS. ayat itu dia salin dari nota cikgu.  Rupa-rupanya dia maksudkan "Saya suka makan ayam.  Huruf2 yang tak simetri macam B, D, P, C dan G pun selalu tunggang langgang terbalik mereka tulis.  Anak2 ummi selalu kena potong markah untuk spelling sebab masalah macam ni.

Habel rupa-rupanya pandai melukis, kami langsng tak sangka.  Sebab dia kanak2 disleksia yang agak teruk, umur 5 tahun masih belum pandai pegang pensil.  Tulisan pun, tak pernah ummi nampak cantik dan kemas, tunggang langgang dan hampir tak boleh dibaca. Tapi semalam, Habel dan seorang rakan sekelas dipilih masuk kelas lukisan, semasa rakan2 mereka bersenam.  Bila ummi tengok lukisan Habel, macam tengok lukisan orang lain.  Langsung tak sangka ada juga anak ummi yang ikut jejak ummi.
 

Friday, May 1, 2015

Pengalaman Menunaikan Haji (18 Zulkaedah 1434 - 4 Muharram 1435 @ 22 Sept - 7 Nov 2013)

Suasana selepas solat Isya' dua minggu sebelum berwukuf



Alhamdulillah ummi dan ayah dapat menunaikan haji tahun 2013.  Kami bertolak pada 22 September, lebih kurang 3 minggu sebelum wukuf di Arafah.  Jemaah penerbangan terakhir adalah pada 8 Oktober, seminggu sebelum wukuf.  Kami sempat menemankan Sarah yang ada peperiksaan UPSR pada pertengahan September tersebut, sebelum bertolak ke Mekah.    Sebenarnya ada 3 anak kami yang ambil peperiksaan besar tahun itu.  Aisyah ambil PMR pada bulan Oktober, ketika kami masih berada di Mekah, dan Rayyan pula ambil SPM pada bulan November 2013.

Ummi baru nak blog untuk haji, sebab setahun dua lepas tu ummi sibuk betul dengan kerja dan anak2. Sekarang dah tak kerja dan anak2 yang dulu kecil pun dah berdikari.  Jadi ummi sambung di sini khas untuk mencatat pengalaman ummi  waktu di sana.  Ummi dapati ada beberapa perkara yang dilihat dan dialami semasa haji, jauh berbeza dengan suasana semasa ummi mengerjakan umrah 3 tahun dulu.


Kanak2 tahfiz di satu sudut masjid selepas waktu subuh


Proses dan Persediaan Ke Mekah
Pendaftaran haji  kami lakukan pada tahun 2006 dan giliran kami pada 2014.  Seawal tahun 2013,  kami telah dihubungi pihak Tabung Haji memaklumkan giliran kami telah diawalkan, serta diminta  untuk memilih penerbangan awal atau akhir, serta airport pilihan kami.   Carta alir wajib dan rukun haji pula banyak di web, serta di buku2 yang kami beli atau diberi percuma oleh pihak tabung haji.

Kursus haji dibuat setiap minggu di setiap masjid utama di Johor, dan kami mengikuti kursus haji perdana di UTM.   Kami dipimpin oleh Ustaz Noh Gadut. Teringat kami buat latihan praktikal mengutip batu waktu malam di tepi tasik UTM.  Satu keluarga Arab yang sedang berkelah di situ agak terkejut tengok  manusia berpakaian ihram tiba2 berombongan berarak di tepi tasik.

April 2013, kami diminta buat  medical checkup.    Ketika inilah ayah dapat tahu dia telah mendapat kencing manis dan mesti mendapat rawatan.  Sekiranya sembuh sebelum tarikh yang ditentukan, barulah dibenarkan pergi.

Tiba waktu untuk bertolak, kami berkumpul di Kelana Jaya .  Dari situ, setiap jemaah dibawa ke KLIA menaiki bas.  Setelah check in, kami berkumpul pula di dewan KLIA mendengar taklimat akhir sebelum penerbangan.  Berbagai pengalaman jemaah terdahulu dikongsi untuk dijadikan pengajaran.

Bagi  yang mahu melakukan haji tamattuk, mestilah berniat ihram umrah ketika tiba di Miqat nanti  (semasa dalam penerbangan bagi yang terbang ke Jeddah dan terus ke Mekah).  Niat ihram haji akan dilakukan pada 8 Zulhijjah nanti, iaitu sewaktu mahu berangkat ke Arafah untuk wuquf.  Selepas melakukan tawaf qudum (tawaf selamat datang), bersaei dan bercukur,   kita bebas dari ihram sehinggalah kita berniat ihram haji pula.  Sementara menunggu waktu tersebut, kita  boleh melakukan umrah sunat sebanyak mana yang kita mahu.   Tetapi kita mesti membayar dam seekor kambing atau senilai dengannya kerana melakukan haji cara ini.

Jika kita berniat ihram haji sebulan sebelum wuquf, maka selama sebulan itulah kita akan berada dalan ihram dan mesti mematuhi setiap pantang larangnya.  Walaupun nampak berat, tetapi memang ada di antara jemaah yang sanggup melakukannya.  Haji ini dinamakan haji ifrad.

Tetapi ada juga bakal jemaah yang tidak peka, telah berniat ihram haji  sejak di rumah lagi, sedangkan laporan perubatannya belum pun diluluskan dan belum mendapat visa haji.   Mereka yang sudah berniat ihram, tetapi tidak dapat visa dan tidak dapat mengerjakan haji kerana ada halangan mestilah membayar dam seekor kambing.  Keadaannya merujuk kepada rombongan haji Rasulullah yang tidak dibenarkan masuk ke Mekah, lalu mereka bertahallul dan menyembelih binatang sebagai dam.


Kami tiba melalui airport di Jeddah dan pulang ke Malaysia dari airport Madinah.  Kami bertolak ke Madinah 2 minggu selepas hari wukuf berakhir, dan dapat merasa keadaan yang semakin  lengang dan sunyi di Masjidil Haram selepas sebahagian besar jemaah haji beransur-ansur meninggalkan Mekah.   Ketika di Madinah, sudah kurang jemaah dari luar.  Kebanyakan waktu solat dihadiri oleh warga Arab.  .

Kami berada di sana selama 45 hari. Berlaku kekecohan di hotel kami ketika hendak berangkat balik kerana buat pertama kali, beg setiap jemaah ditimbang secara individu, dimana setiap beg tidak boleh melebihi 30kg.  Dahulu, beg jemaah Malaysia ditimbang secara kumpulan.   Ramailah rakan kami yang begnya melebihi 30kg terpaksa mengeluarkan barang masing2 dan menumpang beg rakan  lain yang kekurangan berat.   Sebenarnya banyak lagi ujian waktu di sana, yang memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi. 

Bagi ummi, ujian menahan sabar adalah yang paling besar sekali di Mekah.  Alhamdulillah selepas pulang dari haji, ummi tidak lagi menyumpah2 kereta yang memotong barisan pada waktu puncak ketika memandu ke tempat kerja. Dahulu bukan sahaja ummi menyumpah mereka, malah ummi pernah dengan sengaja melanggar belakang kereta yang memotong barisan di hadapan ummi.   Pemandu kereta tersebut terkejut,  pandang cermin belakang, ternampak muka ummi yang garang, dan terus memecut laju.  Kini dengan bersabar, ummi dapati sakit kepala ummi berkurangan kerana stress dapat dikurangkan, dan samada kita menyumpah atau tidak, kita memang takkan dapat mengubah pun keadaan di sekeliling kita. 

Halaman  ini sangat ringkas dan mudah difahami bagi yang ingin tahu lebih lanjut tentang jenis2 haji.   Panduan mengerjakan haji dari halaman Tabung Haji juga boleh didapati.



Rukun dan Wajib Haji

Al Baqarah 2:196 "dan sempurnakanlah ibadah haji dan ‘umrah karena Allah". 

Rukun ibadah umrah  mestilah berniat ihram, tawaf, saie, bercukur dan tertib.

Sebaliknya haji ada tambahan rukun iaitu  wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, dan  ada wajib haji antaranya mabit di Muzdalifah, bermalam di Mina dan melontar di jamrah.

Wukuf di Arafah

Mabit di Muzdalifah, sambil kutip batu kerikil



Alhamdulillah khemah jemaah Malaysia antara yang terdekat dengan tempat melontar iaitu sejauh 3km sahaja.  Khemah bagi pakej RM20,000 terletak dihadapan khemah kami, di atas bukit yang bertangga curam pula.   Kami berjalan kaki 6 km pergi balik setiap hari untuk melontar.   Sebaik tahu kami terpilih untuk ke Mekah, kami terus amalkan berjalan kaki setiap minggu  supaya badan sihat dan tidak terkejut ketika berada di sini.  Untuk mengelak kesesakan tak terkawal dan pertembungan, semua jemaah telah diberikan jadual melontar mengikut negara asal.   Tragedi rempuhan pada musim haji 2015 yang mengorbankan lebih 800 jemaah, berkemungkinan besar disebabkan ada kumpulan jemaah yang tidak mengikut jadual yang ditetapkan.


Rombongan jemaah Indonesia melalui Terowong Muaissem di Mina



Rukun jika ditinggalkan haji tak sah, wajib haji pula jika ditinggalkan kena dam.   Sebab itu jangan hairan ada jemaah yang tidak bermalam di Mina, sebaliknya balik ke hotel di  Mekah menaiki teksi. Mereka sanggup berulang-alik dalam kesesakan setiap hari untuk melontar ke jamrah.  Tapi bagi ummi apa ertinya kita berhaji tapi tidak merasa sendiri pengalaman yang pasti tiada semasa ibadah umrah.   Tinggal di dalam khemah dan beratur di depan toilet lebih sejam semata-mata nak bersihkan diri sebelum berwuduk untuk solat subuh berjemaah pada pukul 5 pagi.   Ada yang tidur beralas tikar disekitar jamrah supaya dapat melontar selepas subuh esoknya.

Jemaah Arab tempatan  datang sekitar 10 atau 11 Zulhijjah khas untuk melakukan rukun tawaf dan saei sahaja, dan pulang ke rumah masing2 atau ke Mina.    Mereka tinggal di hotel atau khemah kecil yang dipasang sendiri di sana.  Ramai yang bercukur selepas habis melontar di Mina.

Semasa bertawaf sepanjang musim haji, keimanan dan kesabaran memang benar2 teruji.  Ada yang sanggup merempuh, nenolak atau menepis orang lain semasa bertawaf kerana mahu cepat2 menghabiskan 7 pusingan atau berebut mengucup hajaratul aswad.  Apabila buku bertemu ruas, terjadilah pergaduhan sehingga darah pernah mengalir betul2 di hadapan kaabah kerana kes rempuh merempuh ini.


Penginapan.

Alhamdulillah hotel untuk jemaah Malaysia berada antara 700 - 1000 meter dari masjid.  Hotel yang lebih dekat dari itu, khas untuk jemaah yang membayar lebih dari biasa.   Mereka yang membayar pakej haji RM20,000-RM40,000 sekitar 300-600 m dari masjid.   Hotel2 di hadapan masjid bagi pakej bernilai RM50,000 sehingga RM150,000.

Hotel Hilton yang terletak betul2 di hadapan masjid.  


Di Malaysia,  ummi ada penyakit migrain yang kronik sehingga muntah, bila dalam keadaan stress, sesak atau panas terik,   Maka kami memilih untuk solat zohor di surau hotel sahaja.   Kami ke masjid setiap hari seawal 2 am, subuh, tawaf dan bersarapan.  Kami balik ke hotel sekitar 10 am, rehat dan kemudian Zohor di surau hotel,  kembali semula ke masjid sekitar 3 pm  sehingga Isyak.

Tapi alhamdulillah,  dengan doa yang tak putus-putus, walaupun bersesak ketika tawaf, atau berjalan di tengah panas terik 750m dari hotel Hassan Khazindar ke Masjidil Haram, ummi tak pernah kena migrain atau sakit kepala pun sepanjang berada di sana.  Sekotak pil penahan sakit yang dibawa dari Malaysia tak pernah diguna.   Uumi cuma kena batuk2 kering selama seminggu yang juga dirasai oleh sebahagian besar jemaah kerana perubahan cuaca dan debu.

Maktab 94 di Hotel Hassan Khazindar 



Tahap Kesihatan Jemaah
Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Satu solat dimasjidku (masjid Nabi di Madinah) lebih afdhal daripada seribu solat di masjid-masjid yang lain, kecuali Masjidil Haram: dan satu solat di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu solat di masjid-masjid yang lain."

Pada musim haji, team doktor dan pembantunya sentiasa ada di bilik rawatan setiap maktab hotel. Bagi ibadah haji, tahap kesihatan amat ditekankan.  Setiap hari, bilik rawatan memang penuh dengan pesakit, kerana tahap kesihatan para jemaah terutama yang sudah berusia, merosot dengan teruknya ketika berada di sana.   Ramai jemaah haji berusia yang jatuh sakit atau meninggal dunia di Mekah kerana cuaca panas kering, penyebaran penyakit dari  jemaah2 lain,  serta aktiviti fizikal dari Subuh hingga malam.

Waktu puncak dari 2 minggu sebelum wukuf, jemaah haji mula berpusu2 datang ke Mekah.  Kita mesti pergi ke masjid seawal 2 am untuk berpeluang solat subuh di dalam masjid walaupun subuh masuk pukul 5 pagi.   Jika lambat, besar kemungkinan akan solat di atas jalanraya sahaja.   Ramai jemaah berusia dan uzur  di penempatan kami yang bersolat subuh  di surau hotel sahaja.  Malah ada yang sekali-sekala sahaja ke masjid.  Sebab itu sangat penting untuk jemaah berusia ditemankan oleh anak atau saudara mereka yang sihat, walaupun itu bukan syarat wajib untuk mereka ke Mekah. 


Khemah ayah semasa bermalam di Mina


Tabung  Haji agak relaks membenarkan orang tua (umur lebih 75) yang uzur atau sakit (bukan terlantar) untuk ke tanah suci, kerana usia mereka yang sudah lanjut dan kemungkinan untuk penyakit mereka sembuh sangat tipis.  Sekiranya kita ada waris atau ibubapa yang uzur/berpenyakit tetapi dapat giliran mengerjakan haji, pastikan seorang saudara sejantina dapat menemankan beliau.   Ini kerana pertolongan bukan setakat menolak kerusi roda sahaja, tetapi hampir semua aktiviti termasuk ketika mahu ke bilik air.   Jika jemaah uzur ini tiada muhrim sejantina, jemaah haji lain yang tiada kena mengena dengannya yang terpaksa mengambil alih.  Jika sekali sekala tentulah tiada yang kisah, tetapi jika setiap hari selama 45 hari?

Jangan sesekali menipu atau cuba merahsiakan penyakit yang kita alami, terutama wanita mengandung yang memang dilarang mengerjakan haji. Rakan ummi telah merahsiakan kandungannya kerana tidak mahu terlepas peluang tahun itu, tetapi telah gugur kandungannya  kerana proses mengerjakan haji yang sangat memerlukan ketahanan fizikal.    Dia ditahan beberapa hari di hospital dan terus berada dalam nifas sehingga pulang.    Tidak mengapa kita beritahu tabung haji untuk menangguhkan giliran, kerana insyaallah tahun hadapan kita akan diberi keutamaan untuk ke sana.


Projek pembesaran  Masjidil - Haram yang menyebabkan
persekitaran masjid berhabuk dan berdebu (gambar dari internet)



Demografi Jemaah Haji

Semasa ummi mengikuti pakej umrah dahulu, ramai jemaah datang dari negara2 Arab, Turki, Iran,  Malaysia dan Asia Selatan (Pakistan/India/Bangladesh).  Cuma sebahagian kecil dari negara2 lain seperti Afrika, Asia Tengah dan Indonesia.  Ini anggaran ummi sahaja berdasarkan apa yang ummi nampak di masjid setiap hari. Malah semasa umrah, ummi sempat berfikir mengapa arahan di beberapa papan berbahasa Indonesia, bukan Melayu.  Sedangkan jemaah Melayu jauh lebih ramai dari Indonesia.   Ya ketika itu ummi langsung tak terfikir keadaan semasa musim haji adalah sebaliknya.

10 negara dengan jumlah jemaah haji tertinggi di Mekah (dari internet)


Semasa musim haji, majoriti jemaah datang dari Indonesia, Asia Selatan (Pakistan/India/Bangladesh), Mesir, dan Nigeria.  Diikuti oleh Iran, Turki dan negara2 Arab yang lain.   Ini adalah jemaah dari penduduk Islam teramai di dunia, kerana kuota haji berdasarkan jumlah penduduk di negara tersebut. Sekiranya jemaah dari negara2 Asia Selatan (Pakistan, India, Bangladesh) digabungkan, dari pandangan mata warga negara lain, merekalah jemaah haji teramai di Mekah.  Kemudian barulah Indonesia dan negara2 lain.   Ada jemaah2 minoriti dari China, Jepun dan negara2 Barat, tetapi jumlah mereka sikit sangat.  Sebenarnya jumlah jemaah tahun ini jauh kurang dari tahun2 lepas kerana semua kuota negara luar telah dipotong 20% manakala jumlah jemaah warga Arab Saudi dipotong 50% . Ini berpunca dari penyakit MERS yang sedang merebak dan kerja2 penambahbaikan masjid.

Jemaah haji dari China


Sekumpulan jemaah dari Indonesia di hadapan jemaah dari Kurdistan  


Jemaah dari Nigeria berbadan tinggi dan besar.   Walaupun ada yang datang berkumpulan dan merempuh jemaah lain semasa tawaf, tetapi secara individu sikap mereka agak gentleman.  Mereka suka memakai wangian dan sangat melindungi kaum wanita.  Ayah pernah ditegur kerana biarkan ummi berjalan di belakang semasa tawaf.    Arab Saudi lebih ketat pengawasannya kali ini kerana warga Nigeria adalah antara  yang teramai menjadi pendatang tanpa izin di Mekah, terutama kaum wanita.  Kebanyakannya bermula dengan berumrah atau haji, kemudian terus tinggal di sana berniaga, meminta sedekah, atau pekerjaan lain.

Jemaah wanita dari Nigeria


Jemaah2 dari Asia Selatan (Pakistan, India, Bangladesh) pula ramai yang  tidur  di halaman masjid atau hotel menanti subuh. Sebenarnya masa umrah pun mereka buat begitu juga.  Kediaman mereka terlalu jauh sehingga tidak berbaloi untuk balik melainkan untuk mandi dan bertukar pakaian. Ketika perjalanan tawaf sangat perlahan kerana terlalu sesak, ada di antara mereka ini terutama kaum wanitanya sanggup menepis orang ketepi untuk berjalan laju ke depan.   Kaum lelaki tua pula biasanya berpaut pada bahu orang lain untuk ke hadapan, seolah2 bahu orang lain itu ibarat dinding atau kayu penahan.

Ayah yang pernah ke negara2 Asia Selatan beberapa kali berkata, bandar2 di sana sangat sesak dan singgul menyinggul  semasa berjalan  adalah perkara biasa.  Rakyat dari negara kurang padat mungkin tersinggung bila ditolak atau ditepis, tapi rakyat dari negara sesak dan miskin mengganggap itu perkara biasa sahaja.  Sekiranya tak mahu terhimpit, kita boleh bertawaf di dalam masjid (kawasan berbumbung) atau di atas bumbung masjid.  Pastinya dengan jarak berkali ganda dibandingkan dengan bertawaf di dataran kaabah.

Suami isteri dari Asia Selatan


Di Mekah dan Madinah, ada banyak kedai emas di sekitar hotel dan masjid.  Rupa- rupanya bangsa2 Pakistan, India dan Bangladesh yang ramai jadi pelanggan di situ.  Keadaan yang sama semasa kami melawat Gold Souk Dubai satu masa dulu, dimana kedua2 pemilik kedai dan pelanggan adalah dari bangsa yang sama juga.

Berlindung dari terik matahari di ruang bawah Zam Zam Tower.


Sebahagian besar jemaah dari Indonesia tinggal di hotel yang sangat jauh dan mereka datang ke masjid menaiki bas.  Ramai menjadikan ruang saei sebagai tempat untuk tidur dan berehat ketika menantikan azan.   Yang paling tak selesa bagi ummi jika kebetulan berada di situ ketika masuk waktu solat, mereka solat bercampur2 satu saf lelaki dan perempuan.  Malah ketika dimasjid pun ada suami yang bersolat di sebelah isterinya walau telah ditegur oleh petugas masjid.   Ini kerana mereka yang datang bersama dalam satu kumpulan tak mahu berpisah dari kumpulannya

Malah ketika bertawaf, mereka yang berpaut antara satu sama lain  merempuh sahaja jemaah lain, kerana tidak mahu terpecah dari rombongannya.  Sekiranya terkeluar dari rombongan terutama pada hari pertama mereka tiba, ada yang terus panik  serta tidak tahu apa yang patut dilakukan.  Kami suami isteri kadang2 diminta untuk temankan jemaah wanita Indonesia yang tersesat keluar dari kumpulannya. 



Ayah dengan baju dari Indonesia.  Semasa nak pergi bersarapan.

Warga Mesir walaupun jumlah mereka juga ramai, tetapi rupa mereka seperti orang tempatan dan kemungkinan besar datang secara persendirian atau rombongan2 kecil dengan kenderaan darat seperti bas dan kereta.  Jadi susah nak temui atau kenal mereka dalam kumpulan besar seperti jemaah Nigeria dan Indonesia.  Jemaah Iran dapat dikenali kerana mereka sentiasa berada dalam kumpulan masing2 dengan tulisan bandar asal jelas terpampang di belakang telekung.  Yang paling ummi ingat jemaah dari Isfahan kerana gadis-gadisnya yang cantik berpipi pink dan comel.  Elok sangatlah mereka berpurdah di luar rumah. Jemaah Turki lebih mudah dikenal kerana kebanyakan jemaah lelaki berkemeja  atau Tshirt belang,

Jemaah Turki di hadapan bangunan perpustakaan yang sudah di tutup
Ini adalah tapak rumah Rasulullah saw dilahirkan.



Makanan


Jemaah kita disediakan makan tengahari dan malam dengan staf katering ramai dari bangsa Pattani yang sudah lama berada di Mekah.   Makanan musim haji disediakan agak tawar rasa dan rempahnya, mungkin mengambil kira majoriti jemaah sudah berusia dan mempunyai rangkaian penyakit yang perlukan kawalan diet.   Ummi sentiasa ada jeruk sayur2an yang dibeli dari Supermarket Bin Dawood atau al Rayyan, untuk dimakan dengan nasi.  Kawan2 sebilik ummi pula sanggup beli bawang, cili padi dan kicap untuk buat sambal kicap.  Kalau cili hijau yang tak pedas tu, ummi makanlah.    Susu, buah  dan yogurt sentiasa ada dalam peti ais.  Kebetulan rakan2 sebilik ummi (4 orang) semuanya hampir sebaya, jadi makanan ringan kegemaran kami agak sama citarasanya.

Makanan yang boleh dibeli melimpah ruah.   Kedai buah, kedai runcit, ada di mana - mana.  Ummi dapat rasa buah delima yang sangat manis dan besar semasa di sana.   Ada warga Indonesia   berniaga kuih-muih Melayu didepan pintu masuk ke Hotel Tabung Haji.  Selain itu, Hotel Tabung Haji dan beberapa hotel lain menyediakan cafe yang dibuka sepanjang masa. Malangnya hotel kami cuma ada kios yang dibuka pada waktu2 tertentu. Nasi lemak dan nasi kerabu biasanya dijual untuk sarapan, selain roti2 dan mee segera. Tetapi kami jarang dapat rasa kerana kami masih berada di masjid ketika itu, dan apabila pulang semuanya sudah habis terjual.

Apabila sudah lama di Mekah, barulah kami berjalan2 di dalam mall seperti Zam Zam Tower dan Shafa Tower di hadapan masjid, dan rupanya ada kios KFC yang sepi pengunjung,  D'SAJI  Felda, restoren Indonesia dan banyak lagi kios kebab sehingga kita boleh makan dengan selesa.  Kami biasanya ke sini untuk bersarapan.  Ruang berair-con serta banyak disediakan kerusi meja.

Sarapan kegemaran kami, teh susu tanpa gula dan murtabak


Selain dari tempat2 tersebut,  kios2  menjual kebab dan lain2  juga ada di bawah2 hotel depan masjid. tiada kerusi meja disediakan.  Tempat2 ini biasanya diserbu golongan jemaah marhain yang tak berani nak mencecahkan kaki ke dalam mall2 di dalam hotel, padahal di dalam sana lagi banyak pilihannya dan selesa pula. Harga makanan adalah sama.   Beli ayam di Kios KFC betul2 di depan Masjidil Haram, seolah-olah berada di negara third world, kerana tolak menolak dan berebut2 nak pesan. Kami yang sudah berada didepan pun tidak dipedulikan kerana orang2 di belakang, kiri dan kanan menghulurkan duit terlebih dulu. Ya hulur duit baru pesan makanan. Pekerja KFC pun dari third world juga, begitulah jadinya.   Orang2 kaya Arab memang tak pergi ke sini.

Ketika makan di situ pula, beberapa kali jemaah haji berwajah Pakistan @ Bangladesh meminta ayam dari kami. Sejak itu, ummi dan ayah sengaja beli ayam goreng (bukan dari kios yg sesak itu) atau buah2an lebih dari keperluan kami, supaya dapat dikongsi dengan mana2 jemaah haji yang sedang memandang kami dengan penuh harapan. Begitu juga makan tengahari yang disediakan pihak hotel, ummi sedekahkan sahaja pada mana2 jemaah yang memerlukan.

Kongsi makanan tak mengapa, tapi jangan cari pasal pergi ke sarang peminta sedekah di ruang bawah Menara Zam Zam.  Ummi tersilap kerana bawa sekotak besar ayam goreng ke situ ingat nak berkongsi, tetapi terus dikerumuni berbelas2 peminta sedekah dari Afrika (bukan jemaah haji sebab masing2 mendukung bayi) yang meminta dan mendesak ummi memberi duit pada mereka.  Kalau beri sikit mereka kata tak cukup.  Takut sangat, betul2 takut.  Peminta sedekah juga ramai di tepi2 hotel, tetapi mereka tidaklah agresif sangat sebab tempat laluan orang ramai.  Penduduk Arab Saudi ada 29 juta orang sahaja, tetapi pendatang asing termasuk tanpa izin ada hampir 10 juta.    Lagi kronik masalah negara mereka berbanding kita.



Wanita Wajib Bermahram
Bukan sahaja kerana peraturan, tetapi untuk keselamatan kita juga.  Yang ini tiada beza pun antara umrah dan musim haji, kecuali ketika umrah kita sentiasa dalam group ahli keluarga atau teman2 yang ramai jadi tiada masalah.

Kebanyakan penjual di sini berbangsa Pakistan/Bangladesh yang sudah lama meninggalkan negara mereka. Teksi atau van yang kita perlukan untuk keluar berumrah pula dikuasai lelaki dari Mesir yang kasar. Wanita yang tidak ditemani suami atau rakan, besar kemungkinan akan di kacau.  Rakan ummi yang ada darah kacukan Arab, selalu diusik peniaga2   walaupun memakai purdah sewaktu kami bershopping jubah.  Mereka tahu yang wajahnya cantik di sebalik purdah itu,  Malah ummi yang sudah berusia juga diusik ketika ke kedai seorang diri.  Sejak itu ummi sentiasa bersama teman atau ayah sahaja.

Di farmasi pula, penjualnya berbangsa Arab.  Tetapi mereka tidak suka melayan pelanggan perempuan muda  yang datang seorang kerana melanggar syarat tidak bermahram itu.    Walaupun secara legal (umur lebih 45 tahun ketika itu), ummi sudah termasuk golongan wanita yang boleh ke Mekah tanpa mahram,  tetapi secara praktisnya lebih aman jika kita berteman.

Ummi tutup muka kerana persekitaran yang berdebu.
Biasanya ummi pakai topeng muka, mungkin waktu ini tak bawa.

Sunday, April 5, 2015

Homestay Melayu Sydney


 
Valda Avenue, Arncliffe

Inilah rumah kami, dan satu bilik di dalamnya yg muat sehingga 4 orang disewakan untuk pelancung.  Bagi yang berminat, boleh whatsapp + 614 69934934.  Sewa semalam $40 untuk dewasa, $20 untuk kanak2   4-14 tahun.   Service charge $50 bagi setiap kumpulan yang masuk.

10-15 minit driving dari airport, 20 minit naik keretapi ke Central Station Sydney, dan 30 minit sehingga ke Circular Quay tempat Opera House dan Sydney Bridge.

,
Malaysia Hall  dan Homestay


Di Arncliffe  banyak bakeri Arab Lebanese.  Sepotong baklava  harga antara $2.00 dan $3.50 ikut saiz dan isi di dalamnya.   Kalau beli banyak boleh dapat diskaun.  Kedai  kebab dan piza halal  pun ada banyak sekitar Arncliffe,  


boleh tapau ayam panggang seekor $14.50  atau makan di restoren dengan berbagai pilihan.


manisan Lebanese


Lakemba yang terletak  11 km dari Arncliffe, 60% penduduknya Muslim, majoriti berbangsa Arab. Tempat ni jadi pilihan bagi pelancung2 berusia seperti ummi dan ayah.   Kalau pergi sana puas dapat masuk macam2 kedai makanan Arab dan kedai2 Asia lain termasuk Bangladesh, Nepal, Cina Muslim, Indonesia dan Melayu kepulauan Cocos & Christmas.  Cuma 20 minit berkereta dari rumah kami.  Naik train pun boleh juga, tapi ambil masa lebih lama.

Antara makanan yang terdapat di restoren Melayu Cocos, Lakemba

Kedai kebab  dalam bandar Sydney terletak di atas Paddy's Market.  Dekat dengan tangga pintu masuk utama Mall.  Kebab ayam (ketulan ayam cucuk dengan lidi sate) cuma $3.00. Yang lain2 tu lengkap dengan salad dan nasi/kentang harga $10.00 ke atas.  Kalau masuk kedai kebab pastikan ada tanda halal, sebab separuh Arab Lebanese di Australia beragama Kristian.

Kedai Thai halal pun ada di Sydney.  Time for Thai terletak di simpang George St dan Valentine St.  Harga semangkuk tomyam ayam $10, daging $13 dan seafood $15.  Restoren Thai halal lain berdekatan terletak di pekan di Arncliffe,  Rockdale dan Randwick.



Restoren Melayu, selain dari cafe di Malaysia Hall, ada Nur Muhammad Cafe dekat Darling Harbour.
Nur Muhammad Cafe

Kalau nak berjimat, masak mamee instant pun boleh, di pasaraya Woolworth, ada jual ni.  Dapur kami boleh guna untuk masak yang ringan2 dan panaskan makanan.  Ada kedai Cina berdekatan Wolli Creek Train Station jual mee maggie dan beberapa makanan segera lain dari Malaysia termasuk roti canai dan capati  yang disejukbeku.
mamee instant


Ummi paling suka Sydney musim bunga yang bermula seawal bulan Ogos, tapi paling meriah dari September hingga November.    Suhu ketika ni sekitar 15 - 25 Celcius, macam di Cameron Highland. Bila dah masuk musim panas December - Mac, boleh naik sampai 48 Celcius, kepala ummi pun zapp je sakit serta merta.

 
 Tulip dan Cherry Blossom di Royal Botanic Garden Sydney,

Musim sejuk 2016, kami pergi ke Snowy Mountain berhampiran Canberra.  Dapat merasa main salji yang memang tak de di Sydney.  Boleh pergi ke sini melalui pakej2 pelancungan yang banyak, atau bas2 yang pergi balik hari dari Sydney ke Snowy Mountain.  Purata bayaran ke sana $100 seorang, berubah ikut pakej. Maklumat lanjut boleh dapat di sini:  Snowy Mountain Tour.