Khamis, 17 Mei 2012

Proton Saga 1.6

Ummi akhirnya dapat kereta Saga yang dinanti-nanti hampir sebulan lamanya.  Sebab dah lama sangat tak bawa kereta, ummi macam kekok dan hampir accident.

Hari pertama:

Kelainan utama antara Saga 1.6 dengan Saga 1.3, selain kapasitinya, ialah transmission.  Saga 1.3 cuma ada CVT- continuous variable transmission.  Saga 1.6 pula ada 2 jenis transmission, CVT dan Auto.  Secara default, CVT.  Kalau nak tukar auto, kena tekan butang panel AT di tepi gear.

Saga ni agak tinggi dari Wira.  Macam bawa Kancil.  Rasa selesa je duduk.  Baguslah, selama ni rasa macam rendah sangat terbenam kat kusyen Wira tu.  Rasanya inilah yan paling ummi suka tentang Saga baru ni.

Signal kiri kanan Saga sebelah kanan, wipers sebelah kiri.  Ini dah terbalik habis dari Wira.  Beberapa kali ummi nak bagi signal, tertekan wipers.

Disebabkan kereta itu dicat semula (adalah kesnya yang sangat sensitip dan tak mau cerita), maka bau cat pun agak kuat di dalamnya.

update lepas seminggu:
Kedudukan seat Saga memang ummi suka sampai sekarang.  Tangan pun dah biasakan dengan signal, dan bau cat dah hilang.
 Saga sempena hari guru  (hadiah dari diri sendiri  !!!!)

Hari pertama:
Kelemahan Saga dan kelebihan Wira, bunyi enjin.  Wira senyap je, Saga asyik mengaum.  Kaki ummi nak tekan pun kena hati2 dan perlahan, kalau tak ...mengaum.  Penat tul.   Kelemahan kedua, pedal breknya sangat tinggi, tak sama paras dengan pedal minyak.  Penat kaki ummi kena angkat tiap kali nak brek.  Wira dulu cuma perlu ubah kaki tanpa diangkat.

update lepas seminggu:   ummi dah biasakan diri dengan pedalminyak dan brek, dan dah tak perasan lagi kelemahan pada hari pertama tu.  Sentuh pedalminyak sikit je, memang tak mengaum.

Hari pertama:
Aduh ketatnya stering Saga.  Penat sey lengan ummi nak konar.  Stering Wira dulu lembut dan ringan sangat.  Saga orang lain pun macam ini ke atau ummi punya je yang buat hal.

update lepas seminggu:
stering masih berat dan ketat, tapi tak seketat hari pertama. Dah biasakan diri dengan stering, dan ummi dapati stering perlu dipusing sikit je untuk dapatkan pusingan yang banyak.

Saga juga sangat cekap bila brek ditekan.  Beberapa kali ummi kena tekan brek sebab kereta depan tiba2 berenti di lampu merah, dan Saga akan terus berenti serta-merta dengan senyap.  Dengan Wira dulu tak boleh buat macam ni, ada delay beberapa meter dari saat brek dan tempat berenti sebenar.

Masalah Saga yang masih ada selepas seminggu:
Remote selalu tak berfungsi.  Kadang2 je ok, selalunya tak ok.  Ummi kena pakai kunci manual.

Caution:
semua pintu dan bonet Saga kena tutup dengan perlahan tapi kena tahan dengan tangan sampai tutup, tak boleh lepas atau slam.  Kalau lepas, dia terbuka semula.   Penat mulut ummi dok ingatkan anak2 sebab diaorang dah biasa slam pintu kereta Wira dulu.

update selepas 8 bulan:

Masalah utama saga 1.6 sejak sebulan dua ni ialah tansmission CVT tu asyik keluar lampu warning warna merah.  Apasal?  Takkan baru 7 bulan pakai dah rosak/tak berfungsi?  Ummi malas nak bawa pegi Proton, kang lama pulak dalam tu susah ummi nak pergu kerja dan uruskjan anak, sebab ayah selalu takde.  Dalam manual, kalau lampu menyala, kena berenti dan call mentenance.

Jadi ummi berenti sampai cool down, pastu baru teruskan jalan.   Satu hari tu bila merah tak berenti walau dah stop enjin dekat setengah jam, ummi terus tukar ke transmission Auto.    Alhamdulillah sampai sekarang ummi lebih selesa pakai auto je.  Walau agak lambat dari segi kecekapan memotong dan menambah kelajuan, ummi tak kisah sebab nak pergi kerja je, buat apa nak laju2.

Dari segi minyak, menurut Proton, CVT lebih jimat, tp dari pengalaman ummi, lebih kurang je.  Minyak full boleh jalan kurang sikit dari 300 km, kalau bawak pergi kerja.  Tapi kalau jalan jauh dan menten kelajuan 80-100km/jam, dapat 300km+.

Saga ummi dah cecah 10,000 km.

update lepas 9 bulan.
Baru lepas hantar maintenance untuk 13000 km.  Bulan ni banyak jalan, sebab ayah guna kereta ummi untuk pergi bercuti sekeluarga ke Segamat, Melaka, PD dan KL.   Lagi jimat minyak dari Grandis yang gedabak tu.  Lagipun cuma ada 3 anak yang tinggal sekarang.

Ummi dah tukar ke gear CVT pula sejak sebulan ni, alhamdulillah dah tak pernah lampu merah lagi.  Rasa sangat beza kecekapan  masa tekan minyak dan memotong banding dengan auto.


Rabu, 25 April 2012

Selamat Tinggal Proton Wira

Kereta Proton Wira 1.5 warna kelabu ni ummi beli pada tahun 2002.  Tahun ni genap 10 tahun umurnya.  Kami dah guna semaksimum mungkin, hari-hari jadi hamba hantar dan ambik anak2 ke sekolah, dan pengangkutan utama ke tempat kerja.  Bawak kami balik ke kampung dan berjalan2 sekitar Malaysia.  Selama 7 tahun, Wira berkhidmat tanpa henti.   Tak pernah rosak.

Hari terakhir Wira di rumah kami


Kereta Grandis di sebelah Estima

Berehat sikit bermula tahun 2009 bila ayah beli kereta Grandis.  Semua kerja2 Wira selepas itu bergilir2 dengan Grandis.  Tapi ketika itu atuk Segamat jatuh sakit dan ayah selalu tiada di rumah.  Jadi Wira diguna secara intensif lagi untuk berulang alik Segamat-Johor hampir tiap minggu.  Semasa atuk meninggal dunia pada Jun 2009, ummi bawa Wira selaju 120 km/jam sepanjang lebuhraya sebab takut tak sempat jumpa.

Selepas peristiwa tu Wira mula semput2, ada aje benda baru yang terpaksa diganti. 

Genap 10 tahun, alternator dah mula meragam dan kereta mula berhenti tanpa sebab di mana yang dia suka.  Mula2 mereka ingat itu masalah ECU, jadi kami ganti ECU baru.  Masih masalah yang sama.  Bila ganti alternator baru ok.  Tapi sebulan kemudian, masalah yg sama lag ... lagi teruk ECU baru kami terus rosak.

Syukur masih dalam warranty, sementara nak dapat ECU baru, kami pakai ECU lama yg disangka rosak dan tukar alternator lain.  Elok pulak kereta berjalan.  Huh, sah2 ECU lama kami masih elok dan tak rosak.  Terbang 800 ringgit beli baru.

ECU lama masih lagi disimpan, sayang nak buang sebab masih ok.  Ummi iklankan di mudah.com, sampai sekarang belum ada pembeli.  Takpe, akan disimpan sampai ada orang yg betul2 memerlukan.
ECU baru dah sampai dan ganti ECU lama.  Tapi kereta rosak lagi sebab alternator  buat hal.  Ganti lagi alternator baru.  Dahlah ayah kat Nepal 2 minggu semasa semua benda tu terjadi.

Minggu ni, Wira kami pun di trade in ke wakil Proton Edar.  Dapat RM8000 pun dah cukup bersyukur sebab mileage   dah 230,000 km.  Ummi tengok kat mudah.com tu, mileage yg jauh kurang dari kami pun jual RM10000 je.

Ahad, 8 April 2012

Ayah di kaki Gunung Everest, Nepal

Namchee Bazaar Camp dan Gunung Everest dari satelit


Ayah bertolak ke Nepal pada 3 April 2012 lepas bersama beberapa pelajar dan staf UTM.     Semalam 7 April, ayah selamat tiba di Namche Bazaar Base Camp yang terletak 3000 m dari aras laut. Camp ini adalah perhentian pertama bagi semua pendaki ke gunung Everest yg melalui laluan tersebut.   Ayah trekking selama 7 jam sebelum sampai ke sana.  Ayah sms bagitau oksigen semakin menipis dan ayah muntah 3 kali sebab altitude sickness.  Penduduk Nepal bawakan barang2 keperluan.  Badan mereka fit dan boleh pikul barang naik gunung sehingga 100 kg.



Hari ni ayah naik lagi sehingga paras 3800 m, di mana mereka dapat melihat pemandangan base camp dan puncak gunung Everest dari situ. Ayah bagitau sekarang ni cuaca terang benderang dan dapat tengok semuanya.  Sekarang musim bunga, tapi di situ sudah bersalji.

Ini bukan main ski, tapi tongkat untuk naik gunung


Ayah takkan naik ke atas lagi, tapi pelajar2  UTM akan naik lagi sehingga ke Everest Base Camp di paras 5000m.  Mereka sedang buat latihan untuk mendaki Gunung Everest pada tahun 2014 nanti.



Ayah kata, tak dapat naik sampai Everest, dapat tengok pun jadik.


Update 28 April 2014:  
Pelajar-pelajar UTM yang diketuai oleh Azim Afif Ishak terpaksa menangguhkan pendakian mereka ke Gunung Everest kerana faktor cuaca.  Mereka dah pun sampai paras 6000m, tapi terpaksa berpatah turun kerana kematian 16 orang sherpa (pekerja pendakian) hanya dalam jarak 4-5 km dari lokasi mereka akibat runtuhan glacier.   Para sherpa tidak mahu meneruskan pendakian bagi musim ini kerana menghormati rakan2 mereka.   Kesemua pendaki musim ini diberikan lesen untuk 5 tahun lagi.   Mereka akan meneruskan pendakian tahun 2015 nanti.



Update 26 April 2015:  
Pelajar2 UTM pergi ke Nepal sekali lagi bermula Mac 2015, tetapi kali ni Azim sudah bergelar staf UTM sebagai ketua dn trainer.   Ketika itu pendaki2  UTM seramai 5 orang  sedang berada di Everest Base Camp di ketinggian 5000 m, gempa bumi terjadi di Nepal sekuat 7.8 richter.   Mereka sepatutnya berapa di Nepal sehingga Jun 2015, tetapi belum pasti samada dapat teruskan atau balik ke Malaysia.  Mangsa gempa bumi sudah mencecah 4000+.   Berita sepenuhnya di sini.



Update 28 April 2015:
Misi terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan.  Avalanche atau runtuhan salji  bermula dari ketinggian 7000m telah membunuh 18 orang di kawasan Everest Base Camp (EBC).  Petikan kata2 Azim dari thestar.com.my:   

“InsyaAllah, if there is an opportunity, the UTM flag will fly here another year. The climbers have not given up. This journey home is not a failure, but a mission that is not yet complete,” said the 27-year-old.


Avalanche menimpa EBC (gambar Azim Afif)

Namchee Base Camp, Everest Base Camp


Update 23 Mei 2016:
Akhirnya misi menakluk Gunung Everest berjaya juga.   Azim Afif dan   Mohd FarulAdib berjaya sampai ke puncak melalui laluan Tibet.    Walaupun ayah  sudah tiada di UTM untuk meraikan mereka,  ummi pasti ayah bangga sebab dah bersama mereka dari awal lagi, semasa mereka mula2 berlatih mendaki bukit2 dan gunung2 di dalam negara kita.


sumber:  UTM

Tahniah Azim dan Farul !!

Khamis, 29 Mac 2012

Sarah Juara Pertandingan Recitation Mandarin

2012: Sarah masuk pertandingan mendeklamasi sajak dalam bahasa Mandarin bagi kategori pelajar bukan Cina.   Alhamdulillah, Sarah menang tempat pertama peringkat daerah Kulai dan akan bertanding bagi peringkat negeri Johor pula.  Mudah-mudahan dia boleh berjaya.


Update 2013:  Sekali lagi Sarah terpilih mewakili sekolah dan daerah Kulai untuk pertandingan poem bahasa Cina peringkat negeri Johor.  Tapi malangnya macam tahun lepas, Sarah dapat hadiah saguhati sahaja.  Sarah dah buat yang terbaik, hari2 dia berlatih di sekolah dan rumah.  Ummi tak dapat nak tolong sebab tak faham sepatah pun.

Link video Sarah semasa pertandingan.



Update Jun 2018:  Alhamdulillah semasa berusia 17 tahun, Sarah serta 2 pelajar lagi terpilih mewakili Sydney pula untuk pertandingan bercerita bahasa Mandarin peringkat negeri New South Wales, Australia.  17 Jun nanti dia akan bertanding bersama pelajar2 dari daerah2 lain seperti Wollonggong, Newcastle,  dan Albury.   Sarah masuk kategori non-Chinese.  Ada kategori lain iaitu Australian born Chinese, dan mainland Chinese. 


Update: 17 June 2018
Alhamdulillah Sarah menang tempat pertama untuk kategori bukan Cina.  Insyaallah Sarah akan mewakili Australia di China untuk pertandingan peringkat dunia.  Ini video Sarah semasa pertandingan di Sydney.  Kena on caption untuk faham apa yang dia cakap.




Khamis, 26 Januari 2012

Jasin Hot Spring, Bemban, Melaka

Kami ke Jasin Hot Spring yang terletak di Bemban, Melaka pada 24 Januari 2012.   Kami bertolak dari Segamat melalui Tangkak,  kemudian Jasin dan terus ke Bemban.  Bemban pekan kecil aje, ala ala Pekan Sungai Air Tawar, Selangor atau Pekan Kangkar Pulai, Johor.   Di situ baru nampak sign board ke air panas.

Tapi bila sampai, rasa hampa la,  indah iklan dari realiti.  Sebab dalam papan tanda tu, seolah2 ada banyak tempat untuk berendam di samping suhu air panas antara 40-50 darjah Celcius.

muka-muka yang tak sabar nak berendam dalam air panas

Semasa ke sana, cuma ada dua je tempat berendam, satu bebas, satu untuk perempuan.  Lepas ummi cecah kaki ke dalam, suam-suam kuku je, rasanya suhu dalam 30 dajah Celcius je kot.  Ummi bandingkan dengan Hot Spring di Sungkai, suhu air yang bertanda 35 Celcius jauh lepas panas dari ini, dan suhu yng bertanda 40-45 Celcius pula memang sangat panas, tak tahan lama-lama berendam.  Suhu 50 Celcius pula langsung tak berani nak masuk.


biasa  ~ suhu air sejuk dalam kolah, suam = tak panas

semuanya air sejuk biasa je


Tengok orang rendam kaki ingatkan panas ... rupa-rupanya sejuk



Kami dah pernah pergi ke Hot Spring Labis yang tak berapa dikormersilkan dan Hot Spring Sg Klah yang komersial habis.  Kalau Sg Klah ***** star, Labis cuma **star je, tu pun sebab dah ada penambahbaikan dari dulu.  Tapi air di Labis sangat panas  mungkin antara 40 - 50 Celcius.  Jadi ummi ratekan air suam dan sikit aje di Hot Spring Jasin ni * aje.  Memang tak puas hati.  Kalau ada yang sangat berpuas hati dan tak setuju dengan ummi, sila la bagitau.

Tapi syukur la diaorang dah buat pool untuk budak-budak main kat kawasan bersebelahan.  Jadi budak-budak pun main air sepuas hati kat situ.  Cuma airnya  kotor dan bersampah sebab aliran air keluar masuk yang tak kuat agaknya.   Ummi duduk rendam kaki kat situ, malam tu sampai 2 hari masih rasa gatal-gatal sebab kaki ummi memang sensitif air yang tercemar ni.


Basel dan Hf berehat dalam air paras lutut


Sarah mula-mula  kecewa, lama-lama ok dah

Kalau datang sini hajat nak bawak budak main air aje, ummi rasa bolehlah sebab nampak budak-budak ni seronok je main air.  Tapi kalau dari Johor nak rasa air panas, lebih baik pergi Hot Spring Labis ... ada 3 kolam besar kedalaman berbeza dan airnya prrrrr ... panas.  Cuma Labis belum sediakan kolam untuk budak2 main air macam kat atas ni.


Lepas tu kami pergi solat di Masjid al Ghaffar di Bandar Jasin. Cantik masjidnya dan bilik airnya sangat bersih, macam di hotel berbintang.  Setaraf kebersihan toilet di  Masjid Selat di Pulau Melaka.  Yang ummi perasan, masjid-masjid besar di Melaka ni menggajikan cleaner tetap  untuk pastikan toilet masjid sentiasa bersih. 


Kemudian kami pergi makan mee bandung dan bihun sup di gerai-gerai tepi sungai Kersang, sedap.  Bangunan penting di Jasin banyak berkumpul di sekitar masjid al Ghaffar.  Pusat bandar Jasin tak besar sangat, kecil dari Segamat.   Tapi hampir semua kedai penting dan bank terletak berdekatan dan sesuai untuk mereka yang berjalan kaki.

Selasa, 17 Januari 2012

HF Dah Bersekolah Tadika Jamiah

Tahun ni Hf dah daftar untuk kelas fardhu ain di tadika Jamiah, atau Tadika Didik Insan.  Katanya tiap hari belajar solat secara praktikal.  Semalam Hf kena solat atas meja sorang2 dan diperhatikan oleh kawan2.

Tadika ni mula operasi sejak tahun 2007, semasa Sarah berusia 6 tahun.  Sarah dikenali sebab pandai mengaji, dan satu-satunya budak tadika yang ikut bertadarus sepanjang bulan Ramadhan.  Akhir tahun Sarah jadi pelajar contoh.

Tahun 2008 Basel pula masuk kelas tadika perdana sahaja.  Semasa berumur 6 tahun, baru Basel masuk kelas fardhu ain.

Ummi dan ayah sibuk betul bila kelas bermula, dari 6.30 pagi sampai 6.30 petang tugas ambil /hantar anak berjalan.

Minggu lepas tadika Hf ada acara sukan di padang Pulai Perdana, Hf dalam rumah merah - menang keseluruhan.  Peserta sukan ni semua budak2 yang belajar tadika, fardhu ain, dan  transit tengahari.

Khamis, 12 Januari 2012

Rayyan Minat Berniaga

Rayyan ni memang minat berniaga, bermula dari ikut2 ummi jual barang second-hand semasa di Canada.  Balik Malaysia, dia buat lukisan banyak2 atas kertas buku tulis (hahaha  conteng2 pakai pensil je) pastu susun atas meja tulis depan rumah.  Duduk dari pagi sampai petang, satu pun tak terjual.  Ummi biarkan je, sebab nak Rayyan tengok sendiri bisness macam tu memang tak boleh.

Masuk darjah 1, dia buat kotak2 kecik dan jual kat kawan2 10 sen satu.  Ummi beli 2 set guli untuk akuarium, si Rayyan jual 10 sen satu pada kawan2.  Sepanjang sekolah rendah, banyak benda la yang dia jual, kebanyakannya makanan yang budak2 suka dan harga murah.  

Dia juga buat service belikan makanan di kedai sebelah sekolah, dengan upah 10 sen sekali pergi.  Ummi pun selalu bagi dia upah buat kerja2 macam bersihkan kipas, peti ais dan basuh kasut Aisyah.  Patutla Aisyah manja sangat. 

Di rumah kami ada banyak buku dan novel kanak2. Rayyan sewakan pada budak2 di kawasan perumahan kami.  Budak2 yang dia  selalu jumpa di taman permainan.  Sekali baca 10 tau 20 sen agaknya.  Hampir semua budak akan pulangkan buku tu selepas baca. Majoriti budak2 kawasan tu jujur dan baik2 belaka.  Tapi Rayyan bertemu juga buku dan ruas, seorang budak perempuan berbadan besar yang terus hilangkan diri lepas ambil buku Rayyan. 

Sekolah menengah di asrama, Rayyan mula sewakan buku2 cerita pada kawan2.  Rayyan ada banyak buku yang ummi beli dan hadiah dari pak Wan Zu di PTS.  Di rumah kami ada satu rak komik dan novel kanak2.  Tahun ni dia dah mula jual pen drive yang diambil dari supplier di Kangar.  Katanya dah untung 500 ringgit.

Semasa di rumah lepas cuti PMR ni, dia mula berniaga siling perak pula.  Tapi dia mula lambat, dah masuk Januari baru nak mula. Tapi sehari sebelum balik sekolah pun sempat lagi dia berniaga, jumlah untung sepanjang Januari ni hampir 400 ringgit

update 15 Jan 2012
Rayyan dah balik ke MATRI.  Segala aktiviti bisness pun kena berhenti sebab sekolah dia haramkan semua hp dan personal laptop dan seumpamanya.   Dia sempat iklan service cat pagar, dapat seorang pelanggan. Upah cat pagar, scan album dan hadiah PMR, akaun bank Rayyan dah bertambah seribu lebih dalam masa cuti sekolah Dis-Jan.  Simpan, jangan joli ye Rayyan. 

Rupa-rupanya itulah tujuan utama dia cari duit - nak beli ipod dan hp baru.  Hp Nokia 70 ringgit yang ummi belikan, Rayyan dah jual pada kawan dengan harga 60 ringgit. Ummi sendiri pun tak tau apa ke benda Ipod, dah tengok dia pakai masa cuti bulan Jun itu hari, barulah tau.  

Selain dari dengar music, yang paling penting boleh main game dan guna kamera video.  Jadi alat penenang adik2 yang kebosanan masa travel 12 jam JB-Perlis.   Berguna juga masa kami pergi  bercuti ke Penang tu. Ummi tengok video masa turun dari keretapi Penang Hill.  Resolutionnnya tinggi dan gambar jadi cantik.

Yang hp baru, selain dari boleh terima mms, yang penting rupanya sebab nak access internet dan post di facebook.  Ish ish ish.

Rayyan .... ummi agak dalam beberapa tahun lepas ni dia akan cari duit lagi dan tukar2 gadget lagi.  Tengokla.



update 2020:
Di Sydney pula.  Rayyan dah berusia 24 tahun, memang pandai cari duit, selain kerja casual di sekolah sambil ambik master in teaching, dia juga buat tutor accounting pada student2 universiti dan Tafe. Dia belum lagi kerja full time, tapi dah ada banyak simpanan dan investment.  

Ummi percaya Rayyan bijak, cuma jangan gelap mata dan tertipu mlm scam sudahlah.  Umi sentiasa ingatkan Rayyan jangan masuk benda2 yang meragukan dari segi hukum macam forex. 

Teringat pula masa umi berusia 24 dulu, masih tak tau apa2, baru nak cari kerja dan zero ringgit dalam akaun.



Selasa, 27 Disember 2011

PMR Rayyan dan Kaki HF

Sejak Rayyan balik bercuti ni, dia selalu bawa Hf naik basikal.  Selalunya ok, seronok aje Hf membonceng basikal Rayyan.  Tapi 5 hari lepas, kaki Hf termasuk dalam rim basikal semasa basikal bergerak.  Ummi tengok darah keluar banyak sangat dan ada luka besar, terus rasa nak pengsan.  Ummi dukung masuk rumah dan tekap luka tu dengan sapu tangan.  Syukurlah ayah ada, sebab dia tak mudah panik. Ayah dan Rayyan bawa Hf ke emergency room kat klinik UTM, ummi ada kelas dan tak dapat ikut.  Ayah kata, sikit lagi nak kena urat keting yang sekiranya putus ...

Sejak masuk rumah baru ni, kaki Hf masih belum pulih jadi duduk ajelah kat atas sofa.  Ke mana-mana ummi tolak dalam stroller, fuhh nasib baik badan dia kecik macam umur 3 tahun.

Pada 22 Disember, Rayyan dapat keputusan PMR, 7A 1B 1D.  B untuk Agama dan D untuk bahasa Arab.  Rayyan dah cuba yang terbaik, mudah-mudahan dia dapat terus cemerlang sehingga bila-bila. .

Jumaat, 23 Disember 2011

Pindah Balik Ke Pulai Indah

Ayah dah resign pengetua KTDI, tapi cuba mohon fellow KTGB.  Belum dapt jawapan.  Kami dah kena keluar dari KTDI bulan ni.  Jadi kami bayar bil air yg enam ratus lebih tu, dan baik pulih rumah yang dah 4 tahun ditinggalkan ni.

Malam ni malam kedua kami tidur di Pulai Indah, tapi barang belum habis dipindahkan.  Kami bawa sikit2 barang yg boleh angkut dengan kereta, sebab lori mungkin hari Sabtu ni baru dapat.   Bulan ni sibuk betul sebab semester dah nak habis dan banyak sillibus nak dihabiskan.  Kesian budak-budak yang bercuti, tak dapat jalan sana sini kecuali yg kebetulan masa pergi  majlis kenduri kawin.  baju sekolah pun ummi belum belikan.  Syukurlah peralatan sekolah dah beli masa mula2 cuti hari tu.

Penat sangat kemaskan barang dan kemaskan rumah.

Dulu Pulai Indah ni banyak anjing liar dari kebun orkid di belakang kawasan perumahan.  Rupa-rupanya selepas 4 tahun kami tinggalkan, anjing liar semakin banyak terutama di belakang rumah kami.  Jiran kami yang pindah masuk semasa kami tiada, suka memberi makan kepada anjing2 tersebut.  Jadi anjing2 tu bersepah2 di luar rumah dia, dan kadang2 kencing berak di luar pagar rumah kami.  Stress tapi tak tau nak buat apa.  Anak2 pun tak boleh main kat luar tanpa orang dewasa, takut jadi apa-apa yang tak baik sebab anjing tu sangat2 garang dan liar. 

Satu lagi masalah lama yang tak selesai ialah lalat yang sangat banyak.  Masa kami kat KTDI, memang jarang nampak lalat masuk rumah.  Kalau ada pun kat kawasan belakang rumah, tempat ummi buang sampah2 organik.  Tapi kat sini, panas sikit je, terus meluru lalat datang.  Kertas lalat tu kejap aje dah gelap penuh dengan lalat mati.

Khamis, 8 Disember 2011

Strawberi Membiak dan Berbunga

Kami beli sepasu pokok strawberi 3 bulan lepas di Pesta Flora Putrajaya.   Masa tu strawberi tengah berbuah 3 biji, dan penjual nasihatkan mesti siram dengan air ais supaya pokok berbunga.

Pasu strawberi tu digantung di bawah atap porch kereta.  Semakin hari semakin uzur dan mengecil macam nak mati.  Nasihat penjual supaya siram dengan ais tak pernah ikut sebab ais pun tak pernah buat.  Takat siram dengan air biasa je.  2 bulan lepas, sebelum strawberi tu mati, usaha terakhir pun dilakukan.   Kebetulan hujan turun, dan air hujan memang sangat sejuk seperti ais.

Maka pasu strawberi pun digantung pada ranting pokok.  Alhamdulillah selepas 2-3 kali disiram air hujan, pokok strawberi kembali subur.   Bukan saja tumbuh subur, membiak lagi dengan sulur yang keluar dari celah batang dan daun-daunnya.   Sehingga hari ni, anak2 pokok strawberi dah 3 pasu, dan sulur2 baru dihalakan ke pasu2 itu aje sebab belum beli pasu baru.

Pokok asal pula berbunga lagi setelah diberi makan baja tahi ayam.  3 kuntum bunga keluar, tapi buah pertama membusuk.  Agaknya sebab dibiarkan berpanas berhujan macam asal.  Jadi pasu berbunga dialihkan semula ka bawah porch untuk berlindung.  Alhamdulillah 2 bunga tu menjadi buah, masih kecil lagi.  Cuma buah tu   tak cantik macam kat Cameron Highland.   Tak cukup vitamin ke?  Kena cari ilmu nak dapat buah cantik pula.

Pokok induk sudah berbunga

Update:  kira2 sebulan keluar bunga, akhirnya buah strawberi yang asalnya hijau muda bertukar warna merah dalam masa sehari je.  Basel yang merasa buah tu kata rasanya manis, tak masam seperti yg dibeli di Jaya Jusco. 

Budak bertuah yang dapat merasa buah strawberi masak

Update:  Januari 2012
Pokok straw beri yang sama dah berbunga buat kali kedua.  Kali ni 3 kuntum bunga keluar satu demi satu.  Buah yang pertama masak pada bulan Februari 2012 dan buah yang ketiga masak 2 minggu kemudian.  Kali ni buah2 strawberi tu agak besar sikit dan bentuk pun dah cantik.



Kali ni giliran Hf pula dapat makan strawberi

Anak pokok strawberi dalam pasu kedua sudah berbunga.


Di Sydney ummi  ada hampir 200 pokok strawberi.  Ummi catat  perkembangan strawberi dari 2016 di sini: Tanam Strawberi di Sydney