Jumaat, 31 Disember 2010

Cuti Akhir 2010

Hari Sabtu kami bertolak ke Melaka, sebab ayah ada perbincangan dengan saudara-mara terdekat untuk hari pertunangan Faruqi, adik bungsu ayah.  Hari Ahad, terus ke Dusun Eco Resort di Bentong, Pahang.  Ayah bersama student KTDI yang bakal dipilih untuk jadi AJK ada sesi orientasi.  Antara aktiviti yang sempat ayah, Rayyan dan Sarah ikut bersama ialah canopy walk sepanjang 120 meter, flying fox 250 meter, mandi kolam (tak menten dan sejuk).  Ummi dan Aisyah tak ikut sebab takut, Basel dan Hf kecil lagi.  Yang tak sempat ikut sebab kami dah pergi antaranya berakit buluh, dan larian halangan ala askar.

Canopy walk 120 meter

Hari Selasa bertolak ke Seberang Prai sebab ayah ada kerja di situ, tinggal di Seaview Hotel.  Ummi belikan Rayyan MP3 di salah satu kedai elektrik di bawah hotel.

Petang Rabu bertolak ke Perlis, tidur di Putra Palace Hotel di Kangar.  Apa yang best tentang hotel ni ialah bilik yang luas dan selesa, dan kolam renang 3 kedalaman, untuk kanak-kanak, 3 kaki, dan dewasa ~ 6 kaki.  Sarah paling aktif berenang merentas kolam tu. Sepanjang malam pula ayah tengok bola!!!!  Malaysia lawan Indonesia 4-2 Piala Suzuki.   Ummi bawak anak2 makan malam di luar.


Pagi Khamis 30 Dis baru pergi Matri hantar Aisyah dan Rayyan.  Pukul 10 pagi  kami dah bertolak balik ke Skudai sebab ayah kena pergi Filipina pukul 12 malam ni.

Jumaat, 24 Disember 2010

Ayah Sibuk Betul !!!!

Malam tadi ayah balik dari Australia-New Zealand.  Terkejut dia semua anak belum tidur, yang dah tidurnya ummi sebab penat sangat.  Janji nak sampai 11.30, sampai 12.30 tengah malam.   Bila semua budah dah masuk bilik, ayah tanya apsal semua tak tidur lagi?  Ummi cakap diaorang tunggu ayah balik bawak coklat Ferraro Roche.  Ayah terus kata coklat tu takde, dah cari semua tempat.  Ummi punya hampa, nampak agaknya kat muka.  Macam tak percaya dah singgah banyak airport, satu kedai pun takde coklat tu. Tapi senyap ajelah, kang ayah penat-penat takkan nak bergaduh pulak.

Bukan ummi tak boleh beli kat kedai biasa, tapi nak gembirakan anak2 aje, sebab dah lama tak jumpa ayah, dan biar diaorang ingat sampai besar, hadiah yang ayah bawak balik untuk diaorang.  Diaorang sendiri yg minta nak coklat tu aje.  Rasa sedih sangat, ummi menangis senyap-senyap masa nak tidur.  

Pagi ni, ayah ada kejutan lagi.  Gembira juga budak2 tu akhirnya, dapat sorang satu plat nama atas plastik. 
Plan ayah, 25 - Melaka, 26 - 28 Bentong, Pahang. Pastu balik JB hantar kitaorang. 29 - ayah ada meeting kat Penang.  31- Filipina.

Plan ummi, 25 - Melaka, 26 - 28 Bentong, terus ke Perlis.  Uruskan pendaftaran Aisyah dulu, pastu tinggalkan ummi dan anak2 kat hotel di Perlis.  29 - ayah ke Penang, then berkumpul di Perlis, saya good bye to Aisyah dan Rayyan, dan balik JB. 31 - Filipina.

Alhamdulillah ayah setuju.  Dan dan tu dia call ofis dia batalkan perjalanan plan asal dia (yang tak include kitaorang), dan ikut plan yg ummi cadangkan.

update:  Semua plan macam ummi cadang kecuali masa kat Penang, semua tidur kat Penang.

Sabtu, 18 Disember 2010

Aisyah dapat masuk MATRI

Alhamdulillah.  Sekarang ni tengah sibuk cari kain untuk tempah tudung labuh Aisyah. Ada 5 warna kena sediakan.  T-shirt muslimah pun nak kena beli, tapi kat mana ada jual ... selalunya nampak masa konvo je. 

Baru beli peralatan dan uniform sekolah budak2 ni dah belanja RM 850.  Masuk barang2 Aisyah, lebih seribu nanti.  Claim jangan tak claim.  Ayah baru hantar sms katanya sekarang di New Zealand.

Hari Sabtu, setelah pusing sana-sini cari kedai jahit, akhirnya dapat juga.  Mudah-mudahan takda masalah lain. Hari ni pergi Giant dengan Aisyah dan Rayyan, beli barang2 harian kat asrama dan kasut sukan.  Kasut Aisyah harga RM30, Rayyan RM100.  Habis RM400 semua hari ni.

T-shirt muslimah tak dapat lagi, mana nak cari ni, semua kedai kat sini tak jual.  Jualan online, dahla tak tau saiz fit  ke tak, pastu bila masa nak dapat?  5 hari je lagi nak pergi.


update: alhamdulillah dah jumpa kedai t-shirt muslimah di Giant Jalan Skudai, arah ke JB, ke depan sikit exit ke Taman Ungku Aminah.  Satu masalah dah selesai.   RM166 untuk 3 t-shirt Aisyah dan 2 t-shirt Sarah.  Exit lepas jejambat - Jalan Impian Utama.

 update 30/12/10:  Happy birthday Aisyah ... semalam

Kami dah bercuti sejak hari Sabtu, start dari Melaka, Bentong dan akhirnya Perlis.  Pagi tadi baru  hantar Aisyah dan Rayyan ke Matri.  Asrama sedang dibersihkan, memang nampak kotor dan bersepah.  Aisyah nampak risau, macammana nak tidur kat bilik bersepah macam tu.  Beberapa senior form 5 dah ada dalam bilik.  Alhamdulillah ada jugak kawan Aisyah sepanjang 3 hari sebelum sekolah bukak ni.  Aisyah dah menangis masa kami bersalam-salaman, alahai kesian tengokkan dia.  Koperasi tutup, jadi tak dapat belikan lagi baju asrama, buku, dan barang2 harian Aisyah.

Pukul 8 malam, masa kami masih dalam kereta ke arah Skudai, Aisyah call guna hp senior.  Pastu ummi call dia balik.  Aisyah menangis je dalam hp, cuma jawap sepatah-sepatah soalan ummi.  Rayyan belikan dia makanan tengahari tu.  Lepas - lepas tu dia tolong masak dan makan ramai2 dengan kakak2 tingkatan 5 yang dah sampai.

Ahad, 12 Disember 2010

Ayah - Kemboja 5 - 11 Disember 2010

Ayah  pergi Kemboja lagi untuk bersama-sama dengan  rakyat Melayu/Muslim di sana.  Mula-mula ayah dan student KTDI UTM telah menjamu penduduk kampung 4 ekor lembu semasa upacara khatan beramai-ramai (anak ayah sendiri si Basel khatan kat klinik aje, syukurlah ayah dah balik  hari Ahad ni, kalau tak ummi ajelah  sorang-sorang  temankan).

Gambar:  Pelajar KTDI di depan rumah penduduk kampung


Rombongan KTDI juga taja 4 buah perigi dan cat untuk sekolah.  Ayah belikan set meja makan 6 kerusi berharga seribu ringgit untuk kegunaan guru-guru sekolah.  Katanya sebelum ni cikgu2 duduk-duduk kat beranda sekolah kalau tak mengajar, sebab tak ada meja.

Gambar: Asrama sekolah dan dinding konkrit untuk perigi.

Yang bestnya ayah kata, minyak masak sangat mahal di sana, jadi semua masakan dimasak tanpa minyak.  Goreng bawang pun tanpa minyak.  Makan malam di rumah tuan rumah, lauknya ikan jelawat bakar cicah asam limau, ikan toman sup, dan sayur timun dan daun salad.   Jelawat tu macam ikan yang ummi pernah bela dalam akuarium aje.

Budak-budak Kemboja kecik-kecik lagi dah bertanggungjawab bela adik.  Tengok la budak-budak ni, jenguk sekolah dari luar tingkap je, sebab baby tak boleh masuk kelas.  Dinding sekolah dah dicat warna merah bata. 

Sabtu, 4 Disember 2010

Lost World of Tambun dan Gua Tempurung

Kami ke Ipoh pada hari Rabu 1 Disember lepas sebab Aisyah ada test untuk masuk MATRI.  Pagi Khamis pergi ke Taman Rapat Indah, pejabat Haluan Perak.  Pukul 10 pagi terus ke Tambun.  Budak-budak main air sepuas hati.  Bayaran masuk sangat mahal ... RM38 untuk dewasa.  Kalau tak pakai sleuar renang, tak boleh main air.  Ummi masuk dalam air nak ambik gambar budak2 pun diarah keluar dari air sebab pakai tracksuit aje.  Tegas betul.  Beg pun diperiksa, dan semua makanan kena tinggal kat luar.

ada banyak kolam air panas kat sini

resort dikelilingi bukit batu kapur yang cantik


Hari Jumaat kami pergi ke Gua Tempurung yang terletak di selatan Gopeng.  Besar betul gua tu, boleh buat istana kat dalam tu.  Tapi letaknya di beberapa lapisan, kena panjat beratus anak tangga untuk sampai ke lapisan gua ke 5.  Kami ambik pakej kering, maksudnya tak masuk ke dalam air.  Sapa ambik pakej basah, kena turun lagi jauh ke dalam.  Kami tengok aje dari atas, langsung tak nampak dasar, dalam dan gelap.  Lepas tu terus balik ke Skudai.

Laluan angin di satu tempat sempit di dalam gua
anak sungai jernih di dalam gua

Isnin, 29 November 2010

Wet World Batu Pahat

Pada hari Ahad kami ke Wet World sekali lagi.  Kali ni Hf dah besar sikit, jadi senang sikit nak jaga.  Ummi cuba naik tube atas ombak, terus pening macam naik bot kat laut.  Macammana la budak2 boleh tahan.  Ummi cuba slide, masa dah sampai terus termasuk dalam air, air masuk hidung.  Dalam jugak air tu.  Wonder macammana anak2  yang kecik2 tu boleh bergelak ketawa masa cemas macam ni?

Selasa, 16 November 2010

Keputusan UPSR 11 Nov 2010 - Tusyen ke tak tusyen?

Result Aisyah 2A, 1B dan 2C.  A = BM, B = English, C = Sains dan Maths.  Alhamdulillah syukur lebih baik dari yang dijangka, terutamanya matematik.   Beberapa bulan sebelum UPSR, ummi cuba check kefahaman dan persediaan dia dalam maths, dan memang dia cuma faham 10% aje dari silibus.  Dan itulah satu-satunya subjek yg ummi cuba ajar dia sikit2, supaya dia tak fail masa exam nanti.

Apa2 pun yang Aisyah dapat, itula pencapaian sebenar dia, apa yang dia dapat hasil belajar kat sekolah.  Sebab kitaorang tak pernah hantar dia ke tusyen luar atau pergi mana2 tusyen anjuran sekolah (memang kena sindir dengan cikgu).  Bagi kami, tak payahlah paksa budak2 tu, baru sekolah rendah.  Bagi dia masa jadi budak2, bukan lama sangat pun.  Tahun depan dah kena jadi remaja pulak. 

Budak2 sekolah rendah sekarang, tusyen memanjang.  Kawan2 sekelas Aisyah dan anak2 kenalan yg academic ability hampir sama dgn dia, pergi tusyen sana-sini,  tp result UPSR samada sama atau teruk dari dia.  Penat sangat nampak budak2 tu, mengadap buku dari pagi sampai malam. Tapi berapa peratus sebenarnya yang masuk ke otak dia?

Yang kesiannya budak2 tu, sebab parents dah ambik Aisyah pulak jadi contoh dapat result baik dari derang.  Kawan baik Aisyah kena pukul sebab dapat 1A sedangkan dah dibagi personal tutor lagi.  Anak baby sitter pun teruk kena bebel sedangkan tiap hari  pergi tusyen luar + tusyen sekolah, tp dapat 1A.  

Dahla stress kena paksa belajar tak berenti, stress lagi kena marah sebab dapat  result teruk.  Budak2 ni mana boleh pukul rata, ada yang Allah kurniakan otak genius, otak bijak, otak sederhana dan otak lemah.   Kena faham hakikat anak tu kategori mana, dan buat yang terbaik untuk masa depan dia.  Bagi ummi, buat yg terbaik bukan bermakna kena paksa budak lemah dapat 5A, tapi cari kelebihan dan kebolehan dia yg mungkin bukan akademik, dan bagi galakan untuk dia berjaya dan maju dalam bidang tu nanti.

Cukup-cukupla parents, jangan sampai ada anak yg bunuh diri dah.  Terima je kurniaan Tuhan, doa dan cuba buat yg terbaik.  Terbaik bagi anak, mungkin bukan bagi kita.

Isnin, 8 November 2010

Kereta Ayah dilanggar di Pasir Gudang

Hari Khamis - Shahiman sekeluarga, termasuk pakcik dan makcik datang ziarah.  Kak Khairiyah, Muhammad dan Sarah Yusra pun ada sekali.  Hari Jumaat adik2 ayah datang, paksu, makcik Asey, makngah, makteh, dan makcik Tiyah.  Pagi Sabtu kami semua pergi ke Pasir Gudang lawat Cik dan pergi raya Deepavali kat rumah kawan ayah, VT.

Balik dari situ, kereta ayah accident dekat2 kilang TNT, 1 km lebih kurang dari U turn ke Pasir Gudang.  Masa tu tengah jam, kenderaan jalan sikit2, lepas tu berenti, beberapa kali macam tu la.  Tiba2 masa kereta depan berenti mengejut, kereta ayah masih jalan lagi selepas brek dan tergenti betul2 seinci kot di belakang dia.  Kitaorang ada masa berenti sekejap, sebelum tiba2 kereta bergegar sebab dilanggar dari belakang. 

Alhamdulillah takde sorang budak pun cedera, tapi kereta belakang, PROTON, habis kemek bonet dan remuk semua lampu depannya.  Satu keluarga India yg pakai baju cantik sempena Deepavali.   OK tak de sapa cedera.  Kereta kami, cuma calar sikit cat pada bumper.  Tp menurut agen insuran, bumper kami kena ganti (kalau tengok mata kasar, ok je bumper tu takde cacat cela kecuali calar).

Pastu kena patah balik ke Pasir Gudang buat report kat balai polis Seri Alam.  Lamanya proses, sampai dekat maghrib baru semua selesai. Oleh sebab kereta kami yg dilanggar, kereta proton tu kena denda RM300 dan semua tuntutan buat kat insuran dia.

Bila lalu semula jalan yg sama, memang logik sangat kami kena accident, sebab style trafik di situ yg kadang2 jalan, kadang2 berenti mengejut.  Beberapa kali lagi kereta ayah berenti dekat sangat dengan kereta depan,  walau dah cuba ikut sejauh mungkin.  Tak boleh ikut jauh sangat, sebab ada je kereta dari lane sebelah nak cilok masuk.  Lepas dari pusingan U turn, ada exit ke JB, barulah trafik clear dan jalan smooth tak sangkut2.

Pagi tadi Hf cakap dia pun nak beli kereta macam kereta ayah, sebab power dan tak rosak lepas kena langgar.

Rabu, 6 Oktober 2010

Basel dan Kembarnya

Semasa Basel baru lahir dulu, ummi ada beli buah kelapa yg baru bertunas macam kat nurseri bawah ni,


Kelapa semasa berusia 4 tahun

Kelapa yang ummi beli adalah kelapa kampung, bukan gading atau  pandan.  Ummi tanam di belakang rumah Taman Pulai Indah.  Selepas 7 tahun, kelapa tu dah tinggi tapi  masih tak berbuah.  Kami pun dah 3 tahun tak duduk di Pulai Indah, jadi memang tak terjaga lagi.  Ahad lepas, ummi tiba2 teringin nak jenguk situ semula.  Alhamdulillah, dah berputik pun. 



Mayang pertama dah ada 4 putik kelapa, mayang kedua baru nak
 keluar putik bunga, dan mayang terakhir belum terbukak lagi.


Update:  20 Feb 2011
  - ummi tengok 4 biji buah kelapa dah besar, saiz dah sama macam yg selalu jual kat kedai.  Kalau dikira, dah 4 bulan umurnya.  Tiga darinya yang baru jadi putik ada dalam gambar atas.  Ummi pun ambik semua bawak balik rumah nak makan.  Mula2 keluarkan airnya, banyak jugak dapat lebihkurang 1 liter, tapi air still tak manis lagi.  Lepas tu belah dua buah nak ambik isi.  Malangnya semua buah belum ada isi ....!!!! padan muka haaaa kan.  Tak buat research, tak tanya-tanya umur berapa buah kelapa dah ada isi.
Baru tau buah kelapa muda boleh dimakan masa umur 7 - 8 bulan, dan matang selepas 12 bulan.  Tunggu bulan 8 nantilah baru petik buah seterusnya.

Update Ogos 2011:
Ramadhan jatuh pada bulan Ogos tahun ni, ummi pun petiklah mayang buah tertua di pokok tu, isinya dah keras, dah sesuai untuk dijadikan kelapa parut.  Masa tengok 6 bulan lepas, masih lagi putik kecil.   Mayang yang muda sikit pun ummi petik, dah ada banyak air, tapi langsung belum berisi.  Yang ini masih dalam bentuk mayang bunga 6 bulan lepas.  Selepas ini kalau nampak putik kecil tu keluar, kena petik 5 bulan kemudian untuk dapatkan isi yg lembut.


Basel dan pokok kelapa berusia lebih 7 tahun


Pokok kelapa yang lebih rendah kat belakang tu, ummi ambik dari atok.  Berusia setahun lebih muda.  Mungkin kelapa gading sebab pelepahnya berwarna kuning.
Update Disember 2011
Dah 4 bulan tak jenguk kebun Pulai Indah, akhirnya pergi jugak sebab nak bersihkan rumah.  Banyaknya buah kelapa.  Ada satu mayang dah nampak matang, ummi bagi kat jiran.  Ummi ambik mayang kedua, ada  6 biji  semuanya, lebih dari satu jug besar 2 liter.  Dan isinya masyaallah, manis dan dah betul2 sesuai untuk dimakan, sama macam yang jual dikedai.  Jug pun tak nampak jernih, sebab penuh dengan isi.  Puas ummi satu keluarga makan kebetulan Rayyan dan Aisyah pun dah balik bercuti.  Ummi letak sikit gula merah untuk perisakan sikit rasa air.  Rumah kami tak beli gula pasir ...percaya tak?
Ada satu lagi mayang yang lebih muda kami baru ambik semalam.  Ummi belum belah lagi.  Ambil gambar Basel dengan kembarnya umur 8 tahun pula.
Mayang ke 7  sesuai petik sebulan lagi.

Khamis, 23 September 2010

Matang Kunda dan Sabak Bernam

Hari ni baru dapat tahu asal usul atuk dan nenek sebelah mak ialah di kampung Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak.  Mak pernah ke sana masa kecil, mak kata ada permatang pasir kat situ.  Cari kat google map, cuma ada ladang aje.  

Baru dapat tahu asal usul datuk saya sebelah emak dari Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak.  Gambar di bawah adalah rumah semasa atuk membesar di Kg Matang Kunda.

Datuk saya dilahirkan sekitar 1910an, dan di dalam gambar ini umurnya sekitar 10 tahun.  Di akhir hayatnya, atuk tinggal di Kg Sungai Ayer Tawar, Sabak Bernam, Selangor.

Syawal 2010, kami puas beraya kat kampung, bermula dengan Segamat, balik Melaka, pastu lawat saudara mara jauh di Sabak Bernam sebab datuk dan nenek dah tiada, Teluk Intan dan Sungai Besar.  

Sayang tak dapat pergi rumah sedara-mara di Bagan Datoh dan KL., sebab tak cukup masa.  Budak2  sekolah Cina dah start sekolah hari Selasa, sekolah kebangsaan masih cuiti sampai Jumaat.  Aisyah pulak nak ambik UPSR minggu depannya.


Rumah atuk yang sudah kosong di Sungai Ayer Tawar, Sabak Bernam,  Selangor . Gambar tahun 2010 sewaktu kami pulang berhari raya melawat saudara mara. Datuk dan nenek sudah tiada.



Update Ogos 2012:  Kami berjaya menjejak jalan masuk ke Matang Kunda, tapi tak pergi sampai ke pusat kampung tu sebab terasa jauh di pedalaman.  Tanpa  peta dan takut sesat, kami berpatah balik separuh jalan bila tak jumpa satu rumah pun.    Sempat snap gambar2 di bawah ni:

  


Update 2012 Sg Ayer Tawar, Sabak Bernam;
Gambar di bawah ini saya ambil dari google map setelah lama tak pulang ke kampung.  Beberapa tahun kemudian rumah ini dirobohkan selepas tapaknya dijual kepada saudara kami.

Rumah peninggalan atuk di Sg Ayer Tawar, Sabak Bernam


Rumah arwah atuk di zaman kegemilangannya (2002)



Update Dis 2021 Matang Kunda

Setelah lama merantau, kami berpeluang melawat beting pasir tempat bakal Sultan Perak dibawa sebelum ditabalkan. Beting ini dipanggil Beting Beras Basah.   Beting pasir di muara Sungai Perak tu tak jauh dari Kampung Matang Kunda. Patutlah semasa kecil, emak sangka itu kampung emak juga. 

Beting pasir di Muara Sungai Perak 

Kemudian kami ke Bagan Datoh dan seterusnya Matang Kunda.  Dulu kami pergi buta2 begitu sahaja.  Google map mungkin sudah ada, tetapi kami masih menggunakan Nokia 3310 ketika itu.



Terletak di antara Selekoh dan Bagan Datuk,  Sekolah Menengah Agama Irshadiah terletak di sebelah kanan jalan masuk ke kampung tersebut. Di sebelah kiri ada sebuah rumah yang 10 tahun dulu belum ada.

Kami bergerak jauh ke dalam melalui kebun2 dan rumah2, sehingga berjumpa masjid Matang Kunda 2 km kemudian.  Di situ terletak sekolah kebangsaan Matang Kunda,  dan sekolah Arab al Islah yang dibina pada tahun 1935. 



Sekolah Arab al Islah, kini dikenai sebagai Madrasah al Islah addiniyah, Matang Kunda.


Masjid Matang Kunda sekarang adalah masjid baru yang dibina pada tahun 1968. Masjid asal yang dibina tahun 1890 telah dipindahkan Parit 12 Sungai Besar.


Masjid asal Matang Kunda.  Masjid Nurul Falah, Kg Sungai Panjang, Parit 12 Sg Besar. Cuma tinggal sebahagian masjid seperti bumbung ini  dan rangka utama yang masih asli,  yang lain telah ditambahbaik. 

Sempat pula merakam sawah padi dan parit kecil di sebelah masjid.






Selasa, 21 September 2010

Makan Nasi Lemak Bawah Gazebo Keladi Gajah

Lihatlah gazebo budak2 ni, tiangnya dari ranting pokok sena, atap dan lantainya dari daun keladi gajah, dan langsirnya dari daun kelapa yg budak2 jumpa kat tepi asrama.  Ummi la yg jadi pekerja kontraknya kena pacakkan tiang segala.


Sepanjang hari Ahad tu diaorang berehat bawah gazebo, tidur baring kat situ.  Masa hujan turun renyai2 tengahari tu pun tak berganjak, siap komplen lagi atap tak cukup besar.


.
Pokok keladi gajah di hadapan rumah KTDI, UTM.



Kalau nak musnahkan keladi gajah, pastikan batang yang sudah dipotong  masuk dalam tong sampah atau letak di kawasan kering.   Pokok keladi   ni  sangat mudah membiak,  walau sedikit aje batang coklatnya  terkena tanah basah, pasti  akan keluar akar.  Pokoknya  sesuai dengan iklim Malaysia yang panas lembab, cepat tumbuh dan membesar, dan kena sentiasa dibersihkan dan dijaga supaya  nampak kemas.

Ahad, 29 Ogos 2010

Anak Kucing dari Pasar (2010) vs Anak Kucing dalam Kebun (2022)

Semalam masa pergi pasar, ternampak sekor anak kucing comel bulu meremang, tapi duduk diam2 kat tengah jalan.  Pastu masa nak balik namapk anak kucing ikut je.  Comel tapi badan terketar2 kesejukan agaknya.

Kitaorang ambik bawak balik, anak kucing tu asyik mengiau aje.  Sempat minum susu fresh campur susu manis sikit.  Cuma nak makan kerang rebus dan udang.  Pastu nak rehat  atas riba je. 

Letak dalam bakul. Lapik kertas suratkhabar dan tuala, barula dia oleh tertidur.  Bangun tidur mengiau2, bagi makan tak nak, rupanya nak baring atas riba lagi.



Hari ni masa tengah sibuk nak berbuka, sorang pun tak dengar ummi suruh letak kucing dalam bakul.  Semua buat dek aje.  Kucing tu dah jalan goyang2 ke sana sini.  Ummi pun apa lagi kata kalau macam ni esok letak balik kat pasar.  Sorang pun tak cuba nak pertahan, nak minta peluang kedua, untuk bela kucing tu.  Maknanya memang semua dah penat la tu.  Diaorang nak main je, tapi bela tak nak. 

Akhirnya terpaksa pulang balik ke pasar bila anak kucing terceret di depan TV dan takde siapa pun nak cuci najisnya.  Umi lah juga yang cuci. Sapa yang beria nak bela tu?


Update Mei 2022

Kami dah migrate Sydney. Umi setiap hari je kebun di belakang rumah. Minggu lepas semasa nak ke kebun, ternampak seekor binatang sebesar tikus mondok berlari laju di celah2 semak.  Umi cuba kejar tapi hilang, licik betul.  Umi ternampak bukan rupa tikus, tapi anak kucing!  Budak2 kata umi berhalusinasi.

2 hari lepas umi ternampak seekor kucing dewasa tompok putih hitam, duduk diam mengadap 3 beg sampah organik di kebun.  Mungkin dia tengah tunggu tikus keluar, umi biarkan je.  Baguslah ada kucing liar, takut sikit tikus nak datang.

Semalam Sarah pula ternampak 4 ekor anak kucing sedang bermain di kebun.  2 ekor terus hilang tak tau pergi mana, tinggal 2 ekor menyusup belakang beg sampah organik.  Kami sempat ambil gambar. Sarah pula sediakan seketul ikan mackerel dalam tin dan susu suam.  Cepat betul anak2 kucing makan.

Sekarang Sarah dah sediakan ikan dan susu setiap pagi dan petang.  Tapi anak2 kucing tetap liar tak mahu dekat kalau kami ada.  Rupa-rupanya belakang beg sampah tu tempat mereka menyorok.







Ahad, 15 Ogos 2010

Kura-kura Lari dari Kolam

Kura-kura tu baru je dibeli.  Hari-hari budak2 ni minta dinaikkan dari kolam sebab nak main.  Diaorang suka tengok kura2 tu jalan perlahan2 ke arah kolam sebeblum terjun masuk.


Beberapa hari lepas, Hf tak tahan tengok air kolam hampir kering sebab ummi baru bersihkan.  Dia minta nak masuk.  Ummi bagi sebab tengok dia pun belum mandi dan comot.  Seronok betul dia main. 



Malangnya, sehari lepas tu, dua-dua kura2 kami hilang, usaha agaknya panjat dinding kolam yang berbatu2 dan lari jauh dari situ.

Selasa, 10 Ogos 2010

Aisyah dan UPSR

Tarikh UPSR: 21- 23 September 2010.  Aisyah mungkin bersedia dalam BM dan BI, boleh la dalam Sains, tapi sangat2 lemah dalam Matematik.  Penilaian terbaru, markah math dia 16/100 aje. 

Baru-baru ni pergi kem motivasi, balik2 tu sama je, takde perubahan langsung.

update:  21/9/2010

Hari ni hari pertama periksa UPSR -  BM 1, BM2, dan Matematik 2.  Hari kedua Matematik 1 dan English.  Hari ketiga Sains.  Mudah-mudahan Aisyah boleh jawab dengan tenang.  Sebelum raya hari tu adalah dia buat latihan sikit2, itupun lepas puas ummi suruh, pujuk, dan bagi galakan.  Siap buatkan exercixe dlm bentuk powerpoint beranimasi, untuk tumbuhkan minat dia dalam matematik.   Masa ujian penilaian terakhir, dapatlah naik markah matematik kepada 30/100.   Alhamdulillah satu kemajuan yg ketara.  Kemudian rehat seminggu masa raya 10 Sept lepas.  Lepas raya barulah nampak dia ada usaha buat latihan tanpa disuruh.

update lepas UPSR:  Aisyah ikut lawatan ke Melaka, dan ada aktiviti pertandingan memasak kat sekolah. Bagus jugak aktiviti tu, sebab tiba2 dia berminat nak tengok dapur!

Isnin, 7 Jun 2010

KL: Denai Alam, Selayang, FRIM

Kami dah 2 hari kat KL. Semalam datang KL ke rumah cik Era sebab ada majlis kenduri kawin.

Lepas tu berkumpul rumah Ani kat Denai Alam, emak dah ada kat situ. Ambik kunci apartment Ilah kat Selayang, dan malam tu kami tidur kat situ. Pagi tadi budak2 mandi kat kolam.  Pastu bawa budak jalan2 kat hutan FRIM. Esok nak pergi lagi ke FRIM sebab nak ke air terjun dan jambatan gantung.

Pokok buluh terbesar


Pokok kapur setinggi  > 30 meter dilihat dari dalam hutan



Tengahari  balik ke rumah Ani sebab mak nak buat kenduri sempena umrah kami sebelah malam.  Mak dah jemput adik-beradik dan sedaranya kat KL.

Isnin, 17 Mei 2010

Persediaan Umrah ... Fizikal dan Mental

Doa yang selalu dibaca sepanjang perjalanan umrah kami.



Selepas berniat umrah, sepanjang perjalanan dari Madinah ke Mekah, kami melaungkan kalimah talbiyah beramai2, dan semangat umrah itu mulai hidup dan sangat  terasa ketika itu.

Dengarkan Kalimah Talbiyah yang dirakam ketika musim haji,  syahdu mendengarnya:



Ahad 23 Mei 2010.  Ummi, ayah dan nenek pergi kursus umrah ustaz Daud Che Ngah di Taman Maluri, Kg Pandan.  Stay kat umah makngah di Denai Alam, Shah Alam. 

Ustaz Daud banyak bagi tips untuk perempuan2 yg bermasalah  masa mengerjakan umrah, terutama ketika haid.  Rukun2 umrah dan wajib umrah.  Umrah kali pertama adalah wajib, dan selepas itu sunat.
Umrah Jun 2010

Antara tips yang ummi sempat cedok dan dari pengalaman ummi semasa umrah:

Niat umrah - Kalau ada niat sebab nak berniaga, bershopping, nak berjalan2 macam tourist, maka apa aja yg kita niatkan, itulah yang akan kita dapat.  Biarlah benda2 tu jadi sampingan aje, kalau tak sempat buat pun, tak mengapa.  Jangan sampai bergaduh suami isteri sebab shopping tak habis lagi.

1. Sekiranya haid, tunggu hingga 24 jam selepas kering baru buat tawaf. Sebab ditakuti jika terus buat tawaf, tiba2 masih ada baki darah yang keluar, maka tawaf tu tak sah dan kita masih dikira dalam ihram.   Ummi ikut arahan ustaz ni dan alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.


2.  Pil/injection  untuk tahan haid tu berjaya 50% aje, maknanya dari 10 orang yg ambik, 5 je yg berjaya.  Dan dari pengalaman ummi semasa mengerjakan umrah, ada 3 orang wanita dari kumpulan kami yg ambil pil tu, yg berjaya cuma sorang.  Lagi sorang haid datang macam biasa.  Lagi sorang, haid bertambah buruk, lebih panjang dan banyak dari biasa.  Ummi tak ambil pil atau injection sebab pengalaman nenek yg mengerikan.  Nenek kena pendarahan yg banyak sepanjang umrah sehingga menyusahkan dirinya, walaupun dah ambil pil ikut arahan doktor.  Pil itu cuma serasi dengan sesetengah orang aje.   Nak tau serasi, mungkin boleh cuba dulu sebelum umrah.


3.  Bawa botol spray air untuk memudahkan mengambil wuduk sekiranya terbatal semasa di dalam masjid.  Sebab tandas/tempat ambil wuduk terletak jauh di luar masjid.  Tapi kalau dah jenis selalu nak buang air, kenalah pilih tempat bersolat yg senang nak keluar tanpa mengganggu orang2 yg sedang bersolat.


4.  Bawa tuala kecil untuk keringkan peluh, terutama jika bertawaf ketika panas terik.


5.  Bawa botol kosong untuk diisi dengan air zam zam semasa nak balik ke bilik.  Bekal untuk  hilangkan dahaga.  Semasa di dalam masjid, jangan risau boleh minum dengan cawan yg sentiasa disediakan.


6.  Kalau bermula dari Madinah, belilah kacang2 dan kurma di sini, sebab kurmanya segar dan banyak pilihan, murah pula tu.  Beli di Pasar Kurma berdekatan masjid Nabi, boleh jalan kaki aje.  Kalau berjalan kaki, kena menyeberang jalanraya besar, orang tua dan berkerusi roda tak sesuai sebab kereta laju2 tak nak bagi laluan.  Masa kami pergi dulu, dah masuk dalam agenda lawatan.

Kebanyakan driver akan bawa kita ke kebun kurma (ada sebuah kedai sahaja) dan berhenti dengan lama sehingga akhirnya kita yang tak nak beli pun akan beli juga. Boleh la beli tapi mahal sikit.   Kalau datang pada musim yang betul (Mei - Ogos), pokok kurma sedang berbuah.

Di Mekah, tak banyak pilihan, dah lisut, dan mahal.  Tapi di Mekah ada banyak cookie yg dibuat dari kurma dan kekacang, beli yg itu bolehlah.


7. Barang toiletories (berus, ubat gigi, lotion dll) elok bawa dari Malaysia sebab kat sini semuanya mahal.  Ummi tertinggal berus gigi di Jordan, dan ketika di Madinah bibir ummi kering.  Beli berus gigi dan krim bibir je dah 30 riyal!!! (lebihkurang 30 ringgit).  Tempat tukar matawang ada banyak di sana, jangan risau.


8. Bawa selipar dari Malaysia.  Ayah bawak kasut je.  Beli selipar kat sana, tak de pilihan, sama je bentuknya dengan beribu2 selipar jemaah lain.  Yg penting, bekas selipar mesti dikenali, bawa beg plastik khas dan letak di petak kasut yg disediakan.  Semua petak kasut di sana bernombor, begitu juga semua pintu masuk masjid, macam gate di airport.   Tempah baju atau jubah berpoket dalam dan tersorok supaya senang simpan dompet duit atau barang berharga.  Duit nenek di dalam beg tangan senang2 je diseluk semasa berhimpit2 di luar masjid.


9. Jaga hati dan percakapan semasa di sana.  Banyakkan bersabar, latih diri untuk bersabar dari sekarang lagi.  Sebab di sana kita akan jumpa macam2 orang dan perkara yg mungkin tak selesa atau serasi di hati kita.    Semua itu ujian, kalau dapat tempuh ujian tu insyaallah bila balik dari umrah hati rasa gembira dan seronok, samalah rasanya macam kita dapat lepas ujian sebulan berpuasa atau lepas peperiksaan besar masa sekolah dulu.  Kalau balik umrah tak rasa apa-apa, atau rasa tak puas hati, hmmm tak lepas lagi la agaknya.

Semasa umrah, banyak sangat yg terdetik di hati ummi, tak sebut atau komplen pun, Allah jawab/respon di situ juga.  Contohnya, masa 5 hari pertama badan ummi sihat.  Ummi terdetik, apasal ramai orang yg pergi sini sakit2 tak sihat semua, ummi ok je?  Lepas tu, semasa sujud di masjid, angin panas bertiup ke muka ummi, debu dari lantai terus masuk ke hidung ummi, tak sempat elak.  Sejak hari tu, ummi terus dapat batuk2 kering sehingga balik dari umrah.  Pengajarannya, bersyukurla badan sihat dan sentiasa berdoa semoga badan sentiasa dalam keadaan sihat.  Jangan sesekali riak atau sombong, terutama semasa melihat jemaah2 miskin dari negara lain.

Semasa nak bersolat, jemaah2 Arab semua bergerak penuhkan saf di hadapan.  Ada sorang jemaah melayu ni tak nak bergerak, rela solat sorang sorang2 di barisannya sebab orang lain semua dah ke hadapan.  Hati ummi terdetik degil betul, tak belajar agama ke?  Sebenarnya ramai jemaah melayu/indon yg macamni sebab taknak tinggalkan barang2 mereka yg banyak di atas sejadah.   Esoknya ummi solat bersama nenek dan kawan yg baru dikenali.  Nenek dan kawannya bawak sekali sejadah masing2, sebab kapet di masjid biasanya berdebu dan   agak kotor.  Tiba waktu solat semua jemaah arab bergerak jauh ke depan.  Ummi ajak nenek dan kawannya, tp diaorang taknak, sebab nak solat di sejadah masing2.   Takkan ummi nak tinggalkan nenek, maka masuklah ummi ke dalam statistik mereka yg 'tak belajar agama' itu.

Satu lagi, semasa lawatan bersama ahli rombongan, sorang jemaah lambat naik ke bas, kerana lama bersolat dan berdoa di masjid.  Ummi dan beberapa ahli rombongan mengomel sebab ada banyak lagi acara lain hari tu.  Esoknya, ummi dan nenek pula yg terlambat dan terakhir naik bas kerana terlalu lama menunggu giliran ke toilet di lapangan terbang Jeddah.  Malu gila masa nak naik bas tu bila semua jemaah pandang je kat kami.  Sebab tu mulut dan hati kena jaga, kena faham masalah orang lain, dan banyak-banyak bersabar.


10. Yang paling penting dan utama tentulah ilmu tentang ibadah umrah tu sendiri. Wajib tahu rukun umrah, niat, tempat dan waktunya.  Apa itu dam.   Banyak baca buku persediaan umrah, kepentingan setiap ibadah seperti tawaf dan saei, sejarah dan hikmah, kenapa mesti buat dan sebagainya.   Bacaan2 di dalam setiap ibadah tu adalah sunat, tetapi jika kita tahu apa yg elok dibaca ketika itu, tentulah lagi baik.
      

Link perjalanan umrah kami di sini:  http://umrahjun2010.blogspot.com


Update:
Tahun 2013 kami telah selamat menunaikan haji.  Pengalaman  Haji 1434 H..

Rabu, 21 April 2010

Kerja rumah bahasa Cina

Tangguh-tangguh nak cari tutor, akhirnya tak cari jugak.  Basel ada spelling Cina tiap-tiap hari.  Tak masuk lagi homework2 lain.  Macam tu juga dengan si Sarah.  Dulu-dulu ummi cuma boleh tolong Basel hafal untuk spelling aje.  Malam semalam, ummi dah tolong lebih sikit sebab Sarah tengah moody baru lepas gaduh dengan Basel.

Basel ada hw kena matchkan perkataan2 Cina yang sama sebutan tapi tak sama makna. Nasib baik dia tau hw tu tentang apa.   Kalau ada bagi gambar ke makna bahasa melayu ke senang sikit... ini langsung takde clue.  Masa tadika dulu ok lagi, sebab semua perkataan dikenalkan bersama gambar. 

Bertungkus-lumus ummi cari cemana nak sebut huruf2 Cina tu dan cari maknanya sampai baca kamus Melayu-Cina dari kulit ke kulit.   Rasa nak terbakar otak.  Habis2 dah 12 tengah malam.  Ada hw kena buat ayat Cina, ummi suruh dia tanya cikgu.  Masa Sarah dan Rayyan darjah 1 sampai sekarang, ummi memang tak pernah tolong, sebab budak berdua tu jenis independent, langsung tak minta tolong kita.  Kalau dia tak tau, dia tinggalkan aja dan tanya cikgu atau kekawan esoknya (ajaran ummi la tu).

Malam tu ummi langsung tak tidur.  Sebab lepas tu kena siapkan marking kertas jawapan final student pulak.  Ratus2 lai tu... tertidur 5 minit terus mimpi tengah marking, terkejut jaga. Lepas subuh pun tak bole tidur lagi, sebab kena hantar budak2 tu pegi sekolah, ayah takde.  Penat...penat.

Isnin, 1 Mac 2010

Kemarau - hujan - pokok berbunga


Musim kemarau kat Johor dan mungkin kat seluruh Malaysia dah 2 bulan rasanya.  Anak-anak pun sorang2 demam  sebab terlalu letih dan dehyrated kat sekolah.  Kena banyak minum air. 

Minggu ni hujan dah mula turun.  Pokok2 buah-buahan yg hampir semuanya berusia setahun lebih dah mula berbunga.  

Pokok longan dalam pasu dah berbunga masa awal kemarau hari tu, tp semua bunganya jatuh tak jadi buah.  Dah dua musim longan tu berbunga tp tak jadi buah.  Jadi petang tadi umi alihkan ke tanah, semoga akarnya bertambah kuat dan berbuah akhirnya.

Pokok pisang montel dah berbuah lebat dan sangat berat, sampai senget dan hampir patah batangnya.  Masa hujan lebat dan angin kencang, berakhir jugak riwayat pokok tu.  Terpaksa ummi ambil buahnya walupun belum cukup matang.  Lepas dibiar beberapa hari, buahnya bertukar hijau kekuningan dan berkenduri pisangla.  Manis dan sedap juga, macam pisang dah betul2 masak.


Pokok mangga, dah jatuh semua bunga.  Sebab pokok pun masih muda dan belum matang, buah yang jadi pun sebiji aje. Cukupla buat eksperimen.


Pokok belimbing besi, waaaa dah gugur semua bunga yg sarat satu pokok tu tanpa berbuah walau sebutir pun!!!!  Apa dah jadi?  Bunga2 dalam gambar kat bawah ni bunga April, lepas bunga  Februari gugur.  Kali ni ummi jaga betul2, terus letak baja buah disamping baja organik.  Harap2 kali ni menjadi.


Tapi pokok betik dah berbuah dengan meriahnya, bermula Jun 2010, alhamdulillah.  Buah pertama dah masak dan selamat dimakan pada akhir bulan September.


Sapa-sapa yang minat berkebun tu, ada banyak lagi cerita pasal kebun ummi di sini.

Rabu, 24 Februari 2010

Aisyah masuk hafadzan

Aisyah dipilih cikgunya masuk bertanding hafadzan antara kelas.  Kena hafal surah al Baqarah ayat 1 - 40. Ummi yakin Aisyah boleh buat, sebab dia cepat ingat ayat2 Quran yg dibaca.  Malam ni je dia dah start hafal 5 ayat.

28 Mac baru hafal 9 ayat.  Lemah betul semangat dia, asik nak kena motivasi je.

15 April 2010 - Aisyah betul2 hampakan ummi.  Ummi yg sibuk nak nolong dia hafal, dia buat selamba jek.  Minggu lepas, dia tak nak habiskan hafal ayat 13.   Bila ummi suruh (dah 2 hari tak menghafal sbnarnya), dia terus simpan Quran.  Ummi betul2 sedih,  cakap kalau susah macam ni, bagitau cikgu tak payah masuk hafazan.  Ummi sebenarnya nak dia sedar dan terus usaha. Tapi dia terus bagitau cikgu macam tu keesokannya.  Mungkin Aisyah tak matang lagi.  Ummi harap satu hari nanti Aisyah sedar dan usaha untuk majukan dirinya.

Update:  15 April 2011
masyallah, ummi tak sangka tepat setahun lepas Aisyah lepaskan peluang masuk pertandingan Hafazhan, hari ni dia call ummi dari sekolah, dia akan masuk pertandingan bercerita dalam bahasa Arab!!!

Ya Allah, ummi bersyukur sangat-sangat.  Alhamdulillah Aisyah dah cuba buat sesuatu yang baik untuk diri dia.  Mudah-mudahan Aisyah berjaya.

Isnin, 22 Februari 2010

Fatin dah graduate

Fatin graduate dari al al Azhar bulan Jan lepas.Sekarang dok dengan kitaorang.  Ayah tak bagitau dia nak stay, so tak sediakan almari untuk dia, cuma bilik aje.  Almari penuh de ngan baju budak2.  Fatin pegi Kusza semalam dengan kawan dia.

Fatin mohon master UKM dan DPLI (hantar sehari sebelum due date).

update:  Fatin dapat pergi test untuk DPLI.  Katanya kebanyakan yg dapat tu ramai dah kerja kat luar, tp nak jadi cikgu.  Fatin tak dapat.

update: Julai 2010
Fatin masuk mendaftar master kat UKM.

Khamis, 28 Januari 2010

Mencari Pakej Umrah Ziarah

Nenek ajak kami buat umrah tahun ni.   Ummi dan ayah cuma boleh bercuti masa budak cuti sekolah, dan semasa student UTM cuti.  Jadi kami bercadang nak pergi bulan Jun.  Belum daftar mana2 pakej lagi, tengah mencari yang paling sesuai.  Sekarang ni tengah baca2 cerita dari orang lain.  Mudah-mudahan Allah izinkan kami pergi tahun ni, insyaallah.

update:  12/2/2010
Dah confirm nak pegi dengan Andalusia Travel sebab susah sangat yg lain2 (pakej umrah kecil yang menunggu 40 orang baru confirm pergi).   Web Andalusia sangat customer friendly,  semua tarikh dan harga sudah dirancang sejak awal, serta semua tempahan boleh dibuat secara online.  Tempahan bayar RM300 sorang.  Pergi 8 Jun, semasa cuti sekolah, balik 22 Jun, dah naik sekolah sebenarnya.

update: 10/5/2010
Ayah masih kat Borneo ada kembara dengan staff dan student UTM sampai 13 hb nanti.  Pastu dari 15 - 20 Mei dia nak pergi Padang pulak.  Nenek dah risau sebab  hampir sangat nak tarikh umrah, ayah masih sibuk lagi.  Visa yg patutnya buat awal bulan ni pun tak buat lagi sebab ayah tak boleh bagi lagi passport dia kat agensi.  Ummi dengan nenek dan buat suntikan meningitis, ayah je yg belum.  Ya Allah mudahkanlah urusan kami, aminnnn.