Khamis, 26 Januari 2012

Jasin Hot Spring, Bemban, Melaka

Kami ke Jasin Hot Spring yang terletak di Bemban, Melaka pada 24 Januari 2012.   Kami bertolak dari Segamat melalui Tangkak,  kemudian Jasin dan terus ke Bemban.  Bemban pekan kecil aje, ala ala Pekan Sungai Air Tawar, Selangor atau Pekan Kangkar Pulai, Johor.   Di situ baru nampak sign board ke air panas.

Tapi bila sampai, rasa hampa la,  indah iklan dari realiti.  Sebab dalam papan tanda tu, seolah2 ada banyak tempat untuk berendam di samping suhu air panas antara 40-50 darjah Celcius.

muka-muka yang tak sabar nak berendam dalam air panas

Semasa ke sana, cuma ada dua je tempat berendam, satu bebas, satu untuk perempuan.  Lepas ummi cecah kaki ke dalam, suam-suam kuku je, rasanya suhu dalam 30 dajah Celcius je kot.  Ummi bandingkan dengan Hot Spring di Sungkai, suhu air yang bertanda 35 Celcius jauh lepas panas dari ini, dan suhu yng bertanda 40-45 Celcius pula memang sangat panas, tak tahan lama-lama berendam.  Suhu 50 Celcius pula langsung tak berani nak masuk.


biasa  ~ suhu air sejuk dalam kolah, suam = tak panas

semuanya air sejuk biasa je


Tengok orang rendam kaki ingatkan panas ... rupa-rupanya sejuk



Kami dah pernah pergi ke Hot Spring Labis yang tak berapa dikormersilkan dan Hot Spring Sg Klah yang komersial habis.  Kalau Sg Klah ***** star, Labis cuma **star je, tu pun sebab dah ada penambahbaikan dari dulu.  Tapi air di Labis sangat panas  mungkin antara 40 - 50 Celcius.  Jadi ummi ratekan air suam dan sikit aje di Hot Spring Jasin ni * aje.  Memang tak puas hati.  Kalau ada yang sangat berpuas hati dan tak setuju dengan ummi, sila la bagitau.

Tapi syukur la diaorang dah buat pool untuk budak-budak main kat kawasan bersebelahan.  Jadi budak-budak pun main air sepuas hati kat situ.  Cuma airnya  kotor dan bersampah sebab aliran air keluar masuk yang tak kuat agaknya.   Ummi duduk rendam kaki kat situ, malam tu sampai 2 hari masih rasa gatal-gatal sebab kaki ummi memang sensitif air yang tercemar ni.


Basel dan Hf berehat dalam air paras lutut


Sarah mula-mula  kecewa, lama-lama ok dah

Kalau datang sini hajat nak bawak budak main air aje, ummi rasa bolehlah sebab nampak budak-budak ni seronok je main air.  Tapi kalau dari Johor nak rasa air panas, lebih baik pergi Hot Spring Labis ... ada 3 kolam besar kedalaman berbeza dan airnya prrrrr ... panas.  Cuma Labis belum sediakan kolam untuk budak2 main air macam kat atas ni.


Lepas tu kami pergi solat di Masjid al Ghaffar di Bandar Jasin. Cantik masjidnya dan bilik airnya sangat bersih, macam di hotel berbintang.  Setaraf kebersihan toilet di  Masjid Selat di Pulau Melaka.  Yang ummi perasan, masjid-masjid besar di Melaka ni menggajikan cleaner tetap  untuk pastikan toilet masjid sentiasa bersih. 


Kemudian kami pergi makan mee bandung dan bihun sup di gerai-gerai tepi sungai Kersang, sedap.  Bangunan penting di Jasin banyak berkumpul di sekitar masjid al Ghaffar.  Pusat bandar Jasin tak besar sangat, kecil dari Segamat.   Tapi hampir semua kedai penting dan bank terletak berdekatan dan sesuai untuk mereka yang berjalan kaki.

Selasa, 17 Januari 2012

HF Dah Bersekolah Tadika Jamiah

Tahun ni Hf dah daftar untuk kelas fardhu ain di tadika Jamiah, atau Tadika Didik Insan.  Katanya tiap hari belajar solat secara praktikal.  Semalam Hf kena solat atas meja sorang2 dan diperhatikan oleh kawan2.

Tadika ni mula operasi sejak tahun 2007, semasa Sarah berusia 6 tahun.  Sarah dikenali sebab pandai mengaji, dan satu-satunya budak tadika yang ikut bertadarus sepanjang bulan Ramadhan.  Akhir tahun Sarah jadi pelajar contoh.

Tahun 2008 Basel pula masuk kelas tadika perdana sahaja.  Semasa berumur 6 tahun, baru Basel masuk kelas fardhu ain.

Ummi dan ayah sibuk betul bila kelas bermula, dari 6.30 pagi sampai 6.30 petang tugas ambil /hantar anak berjalan.

Minggu lepas tadika Hf ada acara sukan di padang Pulai Perdana, Hf dalam rumah merah - menang keseluruhan.  Peserta sukan ni semua budak2 yang belajar tadika, fardhu ain, dan  transit tengahari.

Khamis, 12 Januari 2012

Rayyan Minat Berniaga

Rayyan ni memang minat berniaga, bermula dari ikut2 ummi jual barang second-hand semasa di Canada.  Balik Malaysia, dia buat lukisan banyak2 atas kertas buku tulis (hahaha  conteng2 pakai pensil je) pastu susun atas meja tulis depan rumah.  Duduk dari pagi sampai petang, satu pun tak terjual.  Ummi biarkan je, sebab nak Rayyan tengok sendiri bisness macam tu memang tak boleh.

Masuk darjah 1, dia buat kotak2 kecik dan jual kat kawan2 10 sen satu.  Ummi beli 2 set guli untuk akuarium, si Rayyan jual 10 sen satu pada kawan2.  Sepanjang sekolah rendah, banyak benda la yang dia jual, kebanyakannya makanan yang budak2 suka dan harga murah.  

Dia juga buat service belikan makanan di kedai sebelah sekolah, dengan upah 10 sen sekali pergi.  Ummi pun selalu bagi dia upah buat kerja2 macam bersihkan kipas, peti ais dan basuh kasut Aisyah.  Patutla Aisyah manja sangat. 

Di rumah kami ada banyak buku dan novel kanak2. Rayyan sewakan pada budak2 di kawasan perumahan kami.  Budak2 yang dia  selalu jumpa di taman permainan.  Sekali baca 10 tau 20 sen agaknya.  Hampir semua budak akan pulangkan buku tu selepas baca. Majoriti budak2 kawasan tu jujur dan baik2 belaka.  Tapi Rayyan bertemu juga buku dan ruas, seorang budak perempuan berbadan besar yang terus hilangkan diri lepas ambil buku Rayyan. 

Sekolah menengah di asrama, Rayyan mula sewakan buku2 cerita pada kawan2.  Rayyan ada banyak buku yang ummi beli dan hadiah dari pak Wan Zu di PTS.  Di rumah kami ada satu rak komik dan novel kanak2.  Tahun ni dia dah mula jual pen drive yang diambil dari supplier di Kangar.  Katanya dah untung 500 ringgit.

Semasa di rumah lepas cuti PMR ni, dia mula berniaga siling perak pula.  Tapi dia mula lambat, dah masuk Januari baru nak mula. Tapi sehari sebelum balik sekolah pun sempat lagi dia berniaga, jumlah untung sepanjang Januari ni hampir 400 ringgit

update 15 Jan 2012
Rayyan dah balik ke MATRI.  Segala aktiviti bisness pun kena berhenti sebab sekolah dia haramkan semua hp dan personal laptop dan seumpamanya.   Dia sempat iklan service cat pagar, dapat seorang pelanggan. Upah cat pagar, scan album dan hadiah PMR, akaun bank Rayyan dah bertambah seribu lebih dalam masa cuti sekolah Dis-Jan.  Simpan, jangan joli ye Rayyan. 

Rupa-rupanya itulah tujuan utama dia cari duit - nak beli ipod dan hp baru.  Hp Nokia 70 ringgit yang ummi belikan, Rayyan dah jual pada kawan dengan harga 60 ringgit. Ummi sendiri pun tak tau apa ke benda Ipod, dah tengok dia pakai masa cuti bulan Jun itu hari, barulah tau.  

Selain dari dengar music, yang paling penting boleh main game dan guna kamera video.  Jadi alat penenang adik2 yang kebosanan masa travel 12 jam JB-Perlis.   Berguna juga masa kami pergi  bercuti ke Penang tu. Ummi tengok video masa turun dari keretapi Penang Hill.  Resolutionnnya tinggi dan gambar jadi cantik.

Yang hp baru, selain dari boleh terima mms, yang penting rupanya sebab nak access internet dan post di facebook.  Ish ish ish.

Rayyan .... ummi agak dalam beberapa tahun lepas ni dia akan cari duit lagi dan tukar2 gadget lagi.  Tengokla.



update 2020:
Di Sydney pula.  Rayyan dah berusia 24 tahun, memang pandai cari duit, selain kerja casual di sekolah sambil ambik master in teaching, dia juga buat tutor accounting pada student2 universiti dan Tafe. Dia belum lagi kerja full time, tapi dah ada banyak simpanan dan investment.  

Ummi percaya Rayyan bijak, cuma jangan gelap mata dan tertipu mlm scam sudahlah.  Umi sentiasa ingatkan Rayyan jangan masuk benda2 yang meragukan dari segi hukum macam forex. 

Teringat pula masa umi berusia 24 dulu, masih tak tau apa2, baru nak cari kerja dan zero ringgit dalam akaun.



Selasa, 27 Disember 2011

PMR Rayyan dan Kaki HF

Sejak Rayyan balik bercuti ni, dia selalu bawa Hf naik basikal.  Selalunya ok, seronok aje Hf membonceng basikal Rayyan.  Tapi 5 hari lepas, kaki Hf termasuk dalam rim basikal semasa basikal bergerak.  Ummi tengok darah keluar banyak sangat dan ada luka besar, terus rasa nak pengsan.  Ummi dukung masuk rumah dan tekap luka tu dengan sapu tangan.  Syukurlah ayah ada, sebab dia tak mudah panik. Ayah dan Rayyan bawa Hf ke emergency room kat klinik UTM, ummi ada kelas dan tak dapat ikut.  Ayah kata, sikit lagi nak kena urat keting yang sekiranya putus ...

Sejak masuk rumah baru ni, kaki Hf masih belum pulih jadi duduk ajelah kat atas sofa.  Ke mana-mana ummi tolak dalam stroller, fuhh nasib baik badan dia kecik macam umur 3 tahun.

Pada 22 Disember, Rayyan dapat keputusan PMR, 7A 1B 1D.  B untuk Agama dan D untuk bahasa Arab.  Rayyan dah cuba yang terbaik, mudah-mudahan dia dapat terus cemerlang sehingga bila-bila. .

Jumaat, 23 Disember 2011

Pindah Balik Ke Pulai Indah

Ayah dah resign pengetua KTDI, tapi cuba mohon fellow KTGB.  Belum dapt jawapan.  Kami dah kena keluar dari KTDI bulan ni.  Jadi kami bayar bil air yg enam ratus lebih tu, dan baik pulih rumah yang dah 4 tahun ditinggalkan ni.

Malam ni malam kedua kami tidur di Pulai Indah, tapi barang belum habis dipindahkan.  Kami bawa sikit2 barang yg boleh angkut dengan kereta, sebab lori mungkin hari Sabtu ni baru dapat.   Bulan ni sibuk betul sebab semester dah nak habis dan banyak sillibus nak dihabiskan.  Kesian budak-budak yang bercuti, tak dapat jalan sana sini kecuali yg kebetulan masa pergi  majlis kenduri kawin.  baju sekolah pun ummi belum belikan.  Syukurlah peralatan sekolah dah beli masa mula2 cuti hari tu.

Penat sangat kemaskan barang dan kemaskan rumah.

Dulu Pulai Indah ni banyak anjing liar dari kebun orkid di belakang kawasan perumahan.  Rupa-rupanya selepas 4 tahun kami tinggalkan, anjing liar semakin banyak terutama di belakang rumah kami.  Jiran kami yang pindah masuk semasa kami tiada, suka memberi makan kepada anjing2 tersebut.  Jadi anjing2 tu bersepah2 di luar rumah dia, dan kadang2 kencing berak di luar pagar rumah kami.  Stress tapi tak tau nak buat apa.  Anak2 pun tak boleh main kat luar tanpa orang dewasa, takut jadi apa-apa yang tak baik sebab anjing tu sangat2 garang dan liar. 

Satu lagi masalah lama yang tak selesai ialah lalat yang sangat banyak.  Masa kami kat KTDI, memang jarang nampak lalat masuk rumah.  Kalau ada pun kat kawasan belakang rumah, tempat ummi buang sampah2 organik.  Tapi kat sini, panas sikit je, terus meluru lalat datang.  Kertas lalat tu kejap aje dah gelap penuh dengan lalat mati.

Khamis, 8 Disember 2011

Strawberi Membiak dan Berbunga

Kami beli sepasu pokok strawberi 3 bulan lepas di Pesta Flora Putrajaya.   Masa tu strawberi tengah berbuah 3 biji, dan penjual nasihatkan mesti siram dengan air ais supaya pokok berbunga.

Pasu strawberi tu digantung di bawah atap porch kereta.  Semakin hari semakin uzur dan mengecil macam nak mati.  Nasihat penjual supaya siram dengan ais tak pernah ikut sebab ais pun tak pernah buat.  Takat siram dengan air biasa je.  2 bulan lepas, sebelum strawberi tu mati, usaha terakhir pun dilakukan.   Kebetulan hujan turun, dan air hujan memang sangat sejuk seperti ais.

Maka pasu strawberi pun digantung pada ranting pokok.  Alhamdulillah selepas 2-3 kali disiram air hujan, pokok strawberi kembali subur.   Bukan saja tumbuh subur, membiak lagi dengan sulur yang keluar dari celah batang dan daun-daunnya.   Sehingga hari ni, anak2 pokok strawberi dah 3 pasu, dan sulur2 baru dihalakan ke pasu2 itu aje sebab belum beli pasu baru.

Pokok asal pula berbunga lagi setelah diberi makan baja tahi ayam.  3 kuntum bunga keluar, tapi buah pertama membusuk.  Agaknya sebab dibiarkan berpanas berhujan macam asal.  Jadi pasu berbunga dialihkan semula ka bawah porch untuk berlindung.  Alhamdulillah 2 bunga tu menjadi buah, masih kecil lagi.  Cuma buah tu   tak cantik macam kat Cameron Highland.   Tak cukup vitamin ke?  Kena cari ilmu nak dapat buah cantik pula.

Pokok induk sudah berbunga

Update:  kira2 sebulan keluar bunga, akhirnya buah strawberi yang asalnya hijau muda bertukar warna merah dalam masa sehari je.  Basel yang merasa buah tu kata rasanya manis, tak masam seperti yg dibeli di Jaya Jusco. 

Budak bertuah yang dapat merasa buah strawberi masak

Update:  Januari 2012
Pokok straw beri yang sama dah berbunga buat kali kedua.  Kali ni 3 kuntum bunga keluar satu demi satu.  Buah yang pertama masak pada bulan Februari 2012 dan buah yang ketiga masak 2 minggu kemudian.  Kali ni buah2 strawberi tu agak besar sikit dan bentuk pun dah cantik.



Kali ni giliran Hf pula dapat makan strawberi

Anak pokok strawberi dalam pasu kedua sudah berbunga.


Di Sydney ummi  ada hampir 200 pokok strawberi.  Ummi catat  perkembangan strawberi dari 2016 di sini: Tanam Strawberi di Sydney

Rabu, 19 Oktober 2011

Ummi Accident

Kereta ummi beli May 2002, tahun depan cukup 10 tahun umurnya.  Sebulan lepas ummi accident teruk, ummi keluar simpang terus masuk laluan laju.  Ummi tak nampak ada kereta tengah laju, terus kena langgar. Pintu kereta sebelah ummi kemek kena langgar, alhamdulillah ummi dan Hf tak cedera.  Pemandu kereta tu perempuan, terhantuk strering kereta dia dan kereta dia langgar pembahagi jalan selepas langgar kereta ummi.

Oleh sebab ummi yang salah, kami buat report polis di Nusa Jaya, dan ummi kena bayar 300 ringgit.  Sejak hari tu, ummi dah macam patah kaki.  Tiap kali nak buat pasar atau beli barang,  minta ayah tolong hantar, kemudian balik naik teksi.  Semua urusan pun kena minta tolong ayah.

Dah sebulan, kereta ummi masih belum siap di bengkel, ayah baru pergi tengok tadi, katanya Sabtu ni mungkin siap.

Tapi hikmah juga semua ni.  Ummi dapat rehat sebulan dari keluar ulang alik ambik dan hantar anak ke sekolah. Semua ayah yg buat, dari 6.30 pagi sampai  7 malam.  Tiap-tiap malam ayah terlepek keletihan.  Tapi tak pernah sekali ayah komplen, mungkin dia sedar ummi dah buat semua ini semasa dia takde, ditambah dengan kerja2 rumah lagi.

update;  cukup sebulan kereta dah siap dibaiki.  Ummi pergi sekali lagi ke tempat kemalangan untuk tengok dengan teliti kenapa boleh jadi accident.  Ummi drive betul2 macam apa yg ummi buat pada hari kemalangan tu.  Sampai di simpang 3, tempat kereta ummi keluar dan terus dilanggar kereta dari belakang, ummi berhenti di belakang stop sign dan tengok ke kanan.  Patutpun, di sebelah kanan ada satu sign board tak tau untuk apa sebab dah penuh dengan nombor along.  Sign board tu terletak betul2 di paras mata pemandu kereta, dan semasa berhenti, sign board tu melindungi sebahagian jalan yang jauh di kanan.

Mungkin masa tu, kereta yg melanggar ummi tu betul2 berada di belakang sign board, dan sebab ummi tengok sekejap aje, ummi tak sempat tengok kereta tu bergerak kedepan dari sign board.  Jadi pengajarannya, kalau nak keluar dari simpang, tengok dengan agak lama, sebab kita tak tau kalau2 ada blind spot yg disebabkan oleh cermin kereta kita sendiri, atau benda2 asing di tepi jalan.

Ahad, 4 September 2011

Rayyan dan Aisyah balik MATRI, Ayah ke New Delhi

Tengahari semalam ummi bawak budak2 beli barang2 keperluan asrama dan makan kat KFC.  Ummi beli set burger untuk Rayyan, dan set baru macam snack plate (2 ayam, kentang putar, sayur, roti), tapi 50 sen untuk didermakan.   Kami share makan, seketul ayam Aisyah dan Sarah.  Seketul lagi ummi, Basel dan Hf.  Tambah kentang putar untuk Hf.

Pasangan apek dan nyonya kat meja sebelah asik tengok aje keluarga kami makan, dia kesian ke tengok kami makan berkongsi?  Memang habis licin, tak bersisa.  Ummi bayar RM19 aje untuk semua, kurang separuh dari selalu.  Sebenarnya anak2 umi dah kenyang sebab dah makan di rumah tadi.  Kami ke KFC temankan Rayyan sebab dia seorang yang belum makan.

Hari ni ayah ke New Delhi selama seminggu.  Baru semalam ayah bagitau, ummi terus sedih dan tak lalu nak makan.  Rasa tersekat aje kerongkong.  Ya Allah dugaan terbesar minggu depan, akan jadi the worst week of my life.  Ummi ada banyak assignment n report due!!!  Student baru masuk dan semester baru mula .... teringat kisah minggu ummi yg huru-hara masa ayah ke Australia dulu.

Ummi dah  bagitau ayah, takkan hantar anak ke sekolah agama seminggu, sebab ummi akan sibuk di ofis.  Akan hantar ke sekolah Cina aje.

Semalam ayah puasa, lewat petang tu ummi sibuk gosokkan pakaian Aisyah sebab nak keluar terus lepas maghrib.  Jadi ummi terlupa nak sediakan makan berbuka untuk ayah.  Nasib baik atas meja dah ada buah kurma, air mineral dan lagsania yg ummi buat petang tu.  Tp ayah makan je sorang2 tak komplen, dia tau ummi tengah stress.  Ayah makan lagsania direct dari tupperware sebab ummi tak sediakan pinggan!

Lepas mahgrib, Aisyah dan Rayyan angkut semua beg, dan ayah bawak kami makan di Mama Chops n Papa Grill yang 5 minit aje dari rumah.  Ayah dan Rayyan makan lamb chop, ummi makan Black Pepper Chicken RM14, Aisyah dan Basel minta Fish n Chip.  Tapi Basel seperti biasa tertidur di meja makan.  Dia sempat minum air dan sentuh sikit aje makanan.  Sarah dan Hf minta air je.  

Servis di Mama Chops n Papa Grill sangat cepat, jadi kami dah habis makan sebelum 8.30 malam, sempat balik rumah dan solat isyak.  Pastu hantar Rayyan dan Aisyah di Seri Putri, Jalan Skudai.  Kami sampai sana 9.10 pm, bas sampai 11.10 pm. Macam nilah bas di tempat kami, tak pernah tepat masa.  Anak2 kecik masing2 dah merengek2 nak buang air.  Toilet kat stesen Shell orang berbaris panjang, terpaksalah membuang dalam semak.

Kami terserempak keluarga kak Khairiyah yg hantar Mamat, dan keluarga Hilal Ashraf yg hantar adik lelakinya.

Balik rumah dekat pukul 12 malam, si Hf minta susu. Tak sempat minum, dah lelap.

Isnin, 15 Ogos 2011

Bedak Sejuk dan Jerawat Batu

Tak tau la salah makan ke salah pakai ke, dah sebulan muka ummi tumbuh jerawat batu yang sungguh besar dan sakit.  Jerawat tu mula2 tumbuh di bawah dagu, lepas tu merebak sebelah bawah telinga kiri dan kanan.  Pakai ubat jerawat, berhenti makan benda2 yang mungkin jadi punca, semua tak jalan.  Jerawat makin banyak, seolah-olah ada akar kat bawah kulit. 

Dulu2 ummi pernah kena macam ni, seminggu sebelum hari nikah!!!  Malang betul.  Masa tu muka ummi langsung tak bermasalah, tp konon2 nak lawa masa kawin nanti, ummi pun amalkan satu set cucian muka jenama Nutrilite.  Pastu apalagi, jerawat batu tumbuh merata2.  Alhamdulillah masa hari nikah, jerawat tu baru nak tumbuh kat keliling muka.  Tapi sebab ummi tak tau apa punca jerawat, ummi teruskan pakai set cucian tu.

2 minggu lepas nikah, ayah pergi ke Jepun selama 14 hari.  Alhamdulillah ayah takde, sebab .masa ni muka ummi dah jadi sangat teruk, jerawat batu dan nanah dah pecah di seluruh muka.  Masa ummi naik kerja, semua orang tanya ummi kena cacar ke?  

Sorang staf tiba2 tanya ummi ada makan/pakai apa2 produk ke baru2 ni.  Bila ummi sebut jenama ... di atas tu, dia terus kata... dah agak dah.  Sebab dia pun pakai jenama yg sama tapi kulit dia jadi gebu dan halus.  Tapi katanya ada beberapa kawan yang jadi macam ummi. Terus ummi berenti pakai dan akhirnya berakhir juga derita selepas berbulan2 berjerawat batu.

Sekarang benda yang sama dah jadi, tapi sebab lain pula.  Kali ni ummi dah ada clue, jadi ummi terus berenti makan lepas jerawat batu yang pertama keluar.   Ummi suspek pelet minyak prim rose yg ummi amalkan sebelum ini setelah terhasut dengan dakwaan minyak ni boleh buat kulit wanita yang bermasalah jadi gebu dan halus.  

Betul agaknya untuk setengah perempuan, memang serasi.  Tapi bila ummi pakai, seawal seminggu je sikit demi sikit muka ummi naik jerawat.   Ubat jerawat, pencuci muka mana ummi tak cuba, jerawat memang kering tapi tak kecut, lepas tu naik kat tempat lain pula.

Minggu lepas, tiba2 je ummi terpandang bedak sejuk yang ummi guna untuk sapu dan sejukkan badan Hf masa dia kena sakit gatal2 badan tempohari.

Ummi pun tawakkal, bancuh 3 biji dalam air dan sapu kat seluruh muka.  Pertama kali pakai aje dah rasa perubahan.  Kulit muka yang selama ni rasa pedih dan sakit terus rasa sejuk je.   Bila bedak tu kering, ummi bersihkan muka dengan air dan keluar sekali nanah dari jerawat yang tengah masak.

Sekarang dah seminggu ummi amalkan pakai bedak sejuk, cuma satu je jerawat baru yang tumbuh.  Jerawat2 lama pun sikit semi sikit kecut, dan paling penting rasa sakit dah hilang.


update 15 Feb 2018

Ummi dah menetap di Sydney.  Masa datang 2 tahun lepas, ummi bawa satu set bedak sejuk.  Dah lama habis, so nak tak nak, kena la usaha buat bedak sejuk sendiri.  Tapi silap tak tanya orang2 dulu resepi nak buatnya.  Tak jadi bedak sejuk ummi tu.  Patutnya jadi debu halus macam bedak, tapi ummi  punya jadi kasar macam scrub muka.  Ummi letak kat bilik air je, jadikan scrub muka berasaskan beras.  Best sangat, rasa sejuk dan fresh sangat muka lepas guna scrub beras buatan sendiri tu. 

Khamis, 4 Ogos 2011

Memori Silam di Canada

Kami tinggal di Canada antara tahun 1997 dan 2002.   Sebenarnya ummi ada laman keluarga geocities waktu di sana, tapi sudah hilang.   Ummi tak sempat nak selamatkan satu catatanpun.   

Antara memori yang paling ummi ingat, ekonomi dan ringgit Malaysia jatuh mendadak semasa kami dalam perjalanan ke Canada.  Semasa di Malaysia, ringgit masih cantik lagi berbanding dollar, lebihkurang RM2.30 = $1 Canada.   Masa transit di UK, nampak tukaran dah jatuh.  Ayah percaya itu sementara, dan nak tunggu sehingga pulih semula.  Tapi bila tiba di Canada, ringgit semakin jatuh sehingga menghampiri RM3 kepada $1 Canada.   

Kerana kami dah kehabisan dollar, ayah terpaksa tukar juga matawang ringgit kami walaupun rate ketika itu sudah sangat tinggi.  Alhamdulillah kami bertindak cepat, sebab ringgit Malaysia terus jatuh paling teruk pada Januari 1998.   Berdasarkan rekod di https://tradingeconomics.com/,  ringgit Malaysia berbanding dollar US = RM4.71, terburuk dalam sejarah.   Kerajaan Malaysia di bawah Mahathir ketika itu, terus ikat ringgit kepada dollar = RM3.80 selama 7 tahun.


Winter

Antara kenangan termanis di Canada adalah salji yang menutupi buminya selama hampir 6 bulan setiap tahun, bermula pada bulan Disember sehingga bulan Mei.  Aisyah lahir ketika salji tebal separas lutut, dan Sarah pula lahir ketika buah2 strawberi  sudah merah dan boleh dipetik diladang2.  

Kami pernah travel  menyambut raya sehingga ke Kansas City tempat seorang saudara  jauh ummi, ketika itu salji terlalu tebal sehingga tak nampak garis pemisah antara langit dan bumi.  Semuanya nampak putih dari atas ke bawah.  Kami terlepas exit ketika di lebuhraya kerana jarak penglihatan yang hanya beberapa meter sahaja.

sehari sebelum tahun 2000

Kebetulan kami berada di bandaraya New York semasa sambutan tahun baru 2000 dan dapat melihat bunga api dari beranda rumah tumpangan.  Sempat pula bergambar dengan menara kembar sebelum hilang pada tahun 2001.  Ummi   bawa keluarga melawat  univ tempat ummi belajar satu masa dulu, dan bermalam di rumah kenalan yang sudah menetap sejak 10 tahun lalu.


 Spring

Musim bunga walaupun singkat, sangat cantik, bermula dengan tulip dan daffodil pada bulan Mei semasa salji masih ada  di atas tanah , diikuti  bunga2  ceri, peach, plum dan epal yang lebat menutup seluruh dahan dan ranting.  Kami melawat ladang tulip di Ottawa dan naik ke Quebec City yang dingin dan berangin.  Biasanya kami pergi ke tempat yang dekat2 sahaja kerana ayah sibuk dengan researchnya.


Musim  panas pula nyaman walaupun siangnya panjang.  Kami pernah pulang ke rumah pukul 9 malam, dan masih sempat bersolat maghrib. Subuh ketika itu masuk sekitar 2.30 pagi.   Cuaca betul2 panas melebihi 25 Celcius cuma dalam masa seminggu dua sahaja.  Selebihnya hanya sekitar 20 Celcius, seperti dikawasan peranginan tanah tinggi Frasier.  Kami biasanya berjalan jauh ketika ini, pernah mengelilingi sebahagian tasik2 besar, utara Ontario, turun ke Chicago, terus ke Niagara, seterusnya Boston, dan naik semula ke Canada menuju Montreal.



 Summer


Musim luruh adalah yang tercantik pemandangannya.  Kebanyakan pokok kecuali pokok2 pine,  bertukar warna menjadi kuning terang, oren dan merah.    Bendera Canada juga berdasarkan daun maple yang merupakan hutan semulajadi di sini.   



Kami berjalan ke Halifax dan kawasan sekitarnya waktu itu, melihat keindahan alam semulajadi dan merasa sendiri air segar yang manis tak tercemar.  Antara memori yang masih diingat selepas peristiwa Sept 11,  ayah ditahan ketika sudah berada di depan pintu kapalterbang, dan seorang wanita Malaysia dipenjarakan hanya kerana berkata dia tak mahu transit di New York, ketika menempah flight dari Canada ke USA.

Fall